Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!
Powered by MaxBlogPress 

Bila ibu “hilang sabar”…

Kehidupan bersama si manja biasanya dipenuhi dengan pelbagai “peristiwa”. Baik peristiwa yang mengembirakan, mencuit hati, bahagia, mahupun peristiwa yang menyebabkan kita “terlepas” segala-galanya.

Semua ibubapa akan merasai satu ketika mereka “hilang sabar” dengan anak-anak. Sekiranya tidak pernah, mungkin anda masih kurang bersama mereka.

Bagi saya sendiri, ianya adalah suatu perkara yang berulang kali, mungkin beberapa kali dalam sehari, atau setiap beberapa hari sekali, atau mungkin beberapa minggu sekali. Keadaan “hilang sabar” memang meresahkan para ibubapa dan turut memberikan kesan negative kepada anak.

Seorang ibu atau bapa yang sepatutnya menjadi contoh kepada anak, apabila berada di dalam situasi “hilang sabar” itu terkadang secara tak sengaja akan bertindak “tidak bijak” seperti marah yang terlampau, memukul anak lebih dari sepatutnya, memarahi anak dengan suara yang kuat, malah ada yang sehingga menghukum anak dengan keterlaluan. (more…)

filed under: Pendidikan Tagged with: ,

Kesan Stress Ibu Terhadap Bayi Lelaki dan Perempuan

Kajian yang dilakukan oleh pakar kanak-kanak di Australia menunjukkan bahawa bayi lelaki dan perempuan menunjukkan tindakbalas yang berbeza ketika ibunya mengalami stress. Sejak dalam kandungan lagi, perkembangan bayi lelaki berbeza dengan perkembangan bayi perempuan dan pertumbuhannya juga dipengaruhi oleh keadaan ibunya.

“Bayi lelaki dan perempuan berbeza dalam merespon ketika ibunya dalam keadaan stress sejajar dengan pola pertumbuhan mereka” kata Profesor Vicki Clifton dari Robinson Institute Pregnancy dan Developmental Group.

Ketika dalam kandungan, bayi lelaki tidak dipengaruhi sangat oleh perasaan stress ibu berbanding bayi perempuan yang merespon dengan perasaan ibunya dan mempengaruhi pertumbuhannya.

“Ketika terjadi tekanan lain dalam kehamilan seperti stress, bayi lelaki akan berkembang dengan baik, namun bayi perempuan tidak dapat menghadapinya dan berisiko lahir sebelum waktunya atau benhenti berkembang.” kata Prof. Clifton.

Hal ini menjelaskan tentang perbezaan tindak balas dan pengaruh terhadap bayi lelaki dan bayi perempuan telah lama dikaji khususnya pada kehamilan yang mempunyai komplikasi seperti asma, pengambilan tembakau dan stres. Menurutnya, perbezaan pola pertumbuhan itu terjadi kerana perubahan pada fungsi placenta yang dipengaruhi oleh hormon stres, hormon kortisol.
(more…)

Bagaimana Blog Boleh Menjadi Sumber Kewangan WAHM?

wahm
Assalamualaikum wbt…

Sekali lagi saya menulis berkenaan blogging. Mengapa? Kerana saya telah mengambil jalan ini yang pertama sekali sebelum saya terjun ke dunia perniagaan internet. Pada awalnya, saya tidak mempunyai cita-cita untuk menjana pendapatan melalui blog. Akan tetapi, apabila saya terus mengemaskini blog saya, saya membaca beberapa informasi tentang perniagaan internet, dan saya mula mengeluarkan modal untuk membeli domain dan hosting, barulah saya tahu betapa besarnya kuasa blog ini.

Pada awalnya, saya tidak tahu menjana pendapatan daripada blog yang saya miliki. Kemudian, saya meminta nasihat daripada saudara Raja Kamil. Kemudian barulah saya tahu dan saya mulakan proses menjana pendapatan dengan blog ini!

Saya melaburkan sedikit wang untuk membeli panduan audio Raja Kamil. Pada masa itu, panduan ini berharga RM10 sahaja! Tetapi, sekarang Raja Kamil telah menaik taraf produknya dengan harga yang lebih tinggi tetapi saya jamin ia sangat berbaloi.

Sila rujuk: http://rkurl.com/8448g (more…)

Bertindaklah Dengan Bijaksana Dalam Memberi Amaran

Memberi Amaran kepada anak

Sejak Muhammad (anak kedua) mencecah umur 1 tahun pada 29 Mac lepas, macam-macam karenah dan sikap mula terbentuk. Abang yang bakal mencecah umur 4 tahun pada 31 Ogos kelak, lain pula karenahnya. Kadangkala, sambil jalan, langgar adiknya. Mulalah uminya memberi ‘warning’.

Biasanya saya akan memberi amaran:

“Abdullah, kenapa langgar adik tu? Lepas ni tak payah dah main dengan adik”

Setelah saya terjumpa satu tips, saya mula berfikir panjang. Amaran sebegitu memberi kesan kepada anak. Dan jika kita bijak dalam memberi amaran, anak akan hormati dan besar kemungkinan akan tinggalkan perbuatannya yang dilarang tadi.

Sebenarnya, anak bukanlah faham hal itu baik atau tidak. Jika anak tahu sekalipun, kadangkala anak terlupa. Ingatan jangka panjangnya masih belum lagi terbentuk ketika ini. Jadi, amaran adalah langkah yang digunakan untuk menguatkan ingatan anak terhadap hal-hal yang baik dan tidak baik.

Bagaimana cara dan langkah-langkah yang baik dalam memberi amaran kepada anak?

Langkah Pertama: Amaran yang Tepat (more…)

Blog Adalah Komitmen Saya

Assalamualaikum kepada semua pembaca Blog Anakkusayang yang saya amat kasihi.

Ketika ini jam 2.39 pagi, saya baru sahaja tiba dari rumah setelah menghantar anak saya ke rumah ibu mertua kerana pada hujung minggu ini kami akan menjalankan kursus ke-3 kami di rumah, kursus website. Alhamdulillah, perjalanan pergi ke gombak terasa singkat apabila saya dan suami sempat “brainstorm” idea baru perniagaan internet dan blogging ini.

Dipendekkan cerita, kami selamat tiba di rumah dan saya tetap ingin mengemaskini blog ini. Blog saya merupakan diari hidup saya yang saya harapkan agar pembaca memperoleh manfaat. Baiklah, saya ingin menceritakan berkenaan ini: (more…)

filed under: Sembang Tagged with: , , ,

Bahasa Bayi, Menjadi Ibu Yang Memahami

Sejak lahinya bayi ke dunia ini, bayi mula berkomunikasi baik dengan ibunya atau perekitarannya. Bayi yang mula memahami bahasa emosi, kemudian bahasa sosialnya mula berkembang dari hairi ke hari. Bahasa emosi ataupun perasaan lebih dominan di awal kelahiran kerana bayi masih belum beupaya mewujudkan bahasa sosial untuk bekomunikasi. Malah, ketika bayi masih di awal kelahiran, bayi memerlukan sentuhan, belaian dan kasih sayang seorang ibu. Itulah keperluan dan kehendaknya yang dominan di awal kelahirannya.

Ketika penglihatan bayi mula terang dan berkembang baik, bayi mula berkomunikasi dengan bahasa sosial yang dipelajari daripada persekitarannya. Daripada bahasa tangisan, bayi mula membentu bahasa yang lebih jelas. Daipada sebutan “uwaa” kepada sebutan “neh neh neh” dan sebagainya. Pekembangan ini sudah tentu memberikan kebahagiaan dan kegembiraan dalam hati seorang ibu. (more…)

Ajar Anak Dua Bahasa

Tahukah anda bahawa kanak-kanak yang belajar lebih daripada 1 bahasa akan mencapai 1 tahap penguasaan bahasa yang sama dengan kanak-kanak yang bercakap 1 bahasa sahaja.

Zurer Pearson, B., Fernandez, S. C., Kimbrough Oller, D. , 1993.

Maksudnya:

Kanak-kanak dapat belajar 2 bahasa dalam satu masa. Pada awalnya, mereka mungkin dapat menguasai sedikit sahaja perkataan dalam setiap bahasa yang dipelajari. Akan tetapi, ia bukan bermakna kanak-kanak ini bermasalah dalam bahasa. Kajian menunjukkan bahawa sekiranya anda mengajar dua bahasa (more…)

Salah Faham Ibu Bapa – Sikap “Negatif dalam Diri Anak”

Abdullah Angkat beratAssalamualaikum dan salam sejahtera…

Akhir-akhir ini Abdullah mula bersikap aman dan sangat menyenangkan. Boleh dikatakan anak berusia 4 tahun ini sudah boleh diharapkan untuk menjaga adiknya yang berusia 1 tahun.

Tiba-tiba terdengar adiknya menangis, pada awalnya, terfikir untuk menyalahkan Abdullah kerana Abdullah yang sedang bermain dengannya. Akan tetapi akal menyedarkan saya.

“Abdullah, kenapa adik menangis?”

Soalan ini ditujukan buat Abdullah kerana pada ketika ini, tanggungjawabnya menjaga adik kerana dia yang sedang bersama adiknya. (more…)

Page 3 of 21123451020...Last »
Copyright © 2009 Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak . All rights reserved.
designed by alfatihstudio.