Inginkan Harta Yang Diberkati?... Klik Disini!
Powered by MaxBlogPress 

Program Little Reader Banyak Membantu Penguasaan Bahasa Anak

Assalamualaikum semua…

Alhamdulillah harini Muhammad berumur 1 tahun 3 bulan. Gembira sangat kan melihat perkembangan anak yang makin pesat. Ketika ini Muhammad dah boleh bercakap. Tapi tidaklah selancar mana. Untuk komunikasi agak mudah sebab dia mudah faham arahan ringkas.

Ketika Muhammad berumur 1 tahun pada bulan 3 lepas, saya dan suami melanggan Little Reader untuk pembelajarannya. Alhamdulillah, program ini sangat membantunya mengenal arahan demi arahan yang diberikan sekarang. Program yang sungguh memuaskan. Walaupun program ini berbahasa Inggeris, namun ia dapat memperkenalkan perkataan dan perbuatan-perbuatan ringkas yang sangat mudah difahami oleh kanak-kanak dan sangat menarik bagi mereka. (more…)

Saya Kembali Mengemaskini Blog

Assalamualaikum kepada semua pembaca.

Saya mohon maaf kerana sudah lama saya tidak update blog ini. Saya sekarang berada di kampung, Kedah. Bukanlah ada kekangan yang banyak untuk mengemaskini blog ini, akan tetapi, tumpuan banyak diberikan kepada hal lain buat masa ini. Dan kini saya akan mula berkongsi info-info terbaik tentang pendidikan anak.

Terima Kasih!

filed under: Sembang Tagged with:

Keburukan Pendedahan Video atau Televisyen Kepada Anak

Siapa yang gemar meninggalkan anak dengan video atau laptop yang terpasang dengan cerita kanak-kanak ketika kita ingin meninggalkanny sebentar?

Itulah yang saya lakukan dahulu. Ketika anak sulung mencecah 1 tahun, saya meninggalkannya di hadapan laptop dengan cerita kartun islam terpasang. Memang asyik. Ketika itu saya fikir, ia mampu meningkatkan tahap fokus anak.

Akan tetapi saya SALAH!

Saya kongsikan kepada semua agar kesalahan saya tidak diulangi oleh mana-mana ibu di luar sana.

Menurut kajian, kanak-kanak yang gemar menonton televisyen, akan menghadapi:

1. Kurang Tahap Fokus

Suatu cerita tidak kira kartun atau apa-apa sahaja, ia mempunyai satu ciri yang sama. Satu-satu ’scene’ itu tidak akan ditanyangkan lebih 30 saat. Atau dalam bahasa mudahnya, gambar sering berubah-ubah. Hal ini memberi kesan terhadap fokus anak. Anak tidak diajar untuk fokus pada satu gambar sahaja, akan tetapi pada gambar yang sering berubah-ubah. (more…)

Tips Pendidikan Anak – 15 Bulan

“Ketawanya sering mengukir senyuman ibu bapa yang meihat dan mendengarnya”

Ketika ini anak anda sudah berjalan dengan stabil walaupun kadangkala dia terjatuh namun bangun semula untuk menyempurnakan hajatnya.

Umur 15 bulan, adalah masa yang sangat baik bagi anak untuk meneroka dan mempelajari hal-hal berkaitan pancaindera. Merasa, bau, dan sebagainya. Berikan anak kain berbulu dan nyatakan sifat kain pada anak sambil memberinya memegang kain tersebut dan banyak lagi.

Waktu makan juga boleh dijadikan aktiviti mengenal rasa. Sudah tentu anak anda sangat gembira dengan aktiviti yang dijalankan.

Pada waktu ini, anak anda masih lagi menganggap rakan bermainnya sebagai objek, bukan manusia. Membawa anak bergaul dengan rakan sebaya dengannya boleh membantu perkembangan sosial anak pada waktu ini. (more…)

Empat Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Ajar Anak Membaca

bacalah anakkuBayi sangat mudah untuk belajar membaca. Kerana proses mengajarnya adalah seolah permainan yang digemarinya. Anak kedua saya, Muhammad memang ternanti-nanti waktu membaca. Sehingga kadangkala, dia sendiri datang sambil memberi kepada saya buku untuk dibaca. Namun, ingat! Empat perkara di bawah adalah perkara yang mesti dielakkan ketika mengajar anak membaca.

1. Jangan Harapkan Hasil yang Serta Merta

Tak kira berapa pun umur bayi, kadangkala kita ingin melihat hasil yang memberangsangkan sebaik sahaja kita selesai mengajarkan anak membaca. Hal ini biasanya berlaku ketika ibu mengajarkan anak yang berumur sekitar 1 hingga 3 tahun. Anak sudah mula pandai bercakap, sudah tentu kita ingin lihat apa yang anak dapat belajar sepanjang seminggu pengajaran bermula. (more…)

Percubaan untuk memasukkan sample games…

Sebenarnya post ni hanyalah percubaan saya untuk membuat coding yang akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang nak meletakkan games kami di dalam blog mereka.

Tapi kami masih sedang mencuba-cuba, risau kalau-kalau ada browser yang tak compatible atau ada yang tak dapat melihat games ni. Sekiranya anda boleh lihat dan main games di bawah, minta jasabaik untuk memberikan komen di bawah post ni ye?

Satu lagi, kalau sesiapa nak code ni untuk masukkan games ke dalam blog mereka, just tinggalkan komen di bawah ni, nanti kami akan emailkan code tersebut pada anda.

(more…)

filed under: Aktiviti Anak

Aktiviti Mengawal Emosi Anak

Assalamualaikum WBT…

Macam mana dengan keadaan pembaca sekarang? Saya doakan para pembaca setia blog ini akan terus memberi sokongan dan dorongan kepada saya… Wahh!

Semalam saya keluar berjalan-jalan dengan Abdullah dan Muhammad. BEST! Yang menariknya, tengah main-main di taman permainan Abdullah nyanyi lagu Bahasa Inggeris yang mungkin dia sendiri tak perasan yang dia tengah menyanyi. Boleh kata ia berlaku dalam keadaan minda separa sedar.

“You are my everything… nothing…”

Asyik ulang-ulang perkataan tu aje. Tapi main punya pasal, uminya Tanya apa-apa pun tak dijawabnya.

Malam tu, saya sempat luangkan sedikit masa dengan anak-anak. Ajar anak bagaimana mengawal emosi. Wah! Nampak macam menarik.

Sebenarnya ringkas saja aktivitinya. Dan saya pun tidak  mengambil masa yang lama untuk aktiviti ini. Saya ambil satu buku, lukis 5 wajah dengan ekspresi yang berlainan. Kemudian, saya mula ceritakan keadaan demi keadaan, dan Alhamdulillah, Abdullah boleh jawab dengan baik bagaimana untuk mengawal emosi dan perasaan. (more…)

Bila anak lambat bercakap

“Anak saya sudah berusia 2 tahun setengah namun maih belum pandai bercakap lagi. Boleh bantu tak?”

“Anak saya masih belum pandai bercakap lagi, sedangkan semua kawan-kawan sebayanya sudah pun petah bercakap. Saya cemburu melihat mereka.”

Terima kasih kepada kumpulan perbincangan anakkusayang di dalam facebook, kami mula Nampak beberapa perkara yang menjadi concern utama para ibubapa di Malaysia. Bagi yang belum menyertai kami, jom join page portal anakkusayang di facebook dan jom berkongsi cerita di sana.

Sebenarnya, semua anak-anak belajar bahasa mengikut aturan yang sama, mereka belajar nama-nama pertama, kemudian mereka mula menggabungkan perkataan-perkataan tersebut dan akhirnya mereka pandai membuat ayat.

Cepat atau lambat bergantung pada anak

Namun selain dari aturan tersebut, cepat atau lambat seseorang anak itu mula bercakap adalah bergantung pada dirinya sendiri. Ada anak yang cepat, dan ada yang lambat. Tidak semestinya mereka yang cepat itu adalah lebih bijak berbanding yang lambat. Ada yang lambat mula bercakap tapi kemudiannya lebih petah dan berjaya di dalam hidup berbanding anak yang cepat bercakap. (more…)

filed under: Pendidikan Tagged with: ,
Page 2 of 21123451020...Last »
Copyright © 2009 Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak . All rights reserved.
designed by alfatihstudio.