Jom berkawan di facebook (Ainul Kauthar Bt Sayuti / upc007@gmail.com)... Klik Disini!
Powered by MaxBlogPress 
Your are here: Home // Kisah Keluarga // Zaman Silam Mempengaruhi Anak Kecil Itu

Zaman Silam Mempengaruhi Anak Kecil Itu

sekadar gambar hiasan

sekadar gambar hiasan

Suria (bukan nama sebenar) hanya mengerti erti kekerasan dan kekejaman. Tiada kasih sayang, tiada lemah lembut mahupun belaian si ibu, apatah lagi si ayah. Ibu dipukul  dengan kejam oleh si ayah. Suria hanya mampu melihat dan bersembunyi di balik langsir ataupun di belakang si ibu. Jeritan pilu si ibu sering membuatkan Suria menangis sama seolah mengerti kesakitan yang dialami ibunya.

Umur mentah, kira-kira 3 tahun Suria berhadapan dengan ayahnya yang pendek akal dan bersikap binatang. Lebih pilu lagi, ibunya juga tidak berpandangan jauh, hanya mengerti erti hidup untuk memberi anak makan dan pakaian, malah kadangkala makan juga tidak dihiraukan. Suria dikurniakan adik ketika umurnya 2 tahun, namun kehidupannya dengan 3 ahli keluarga lain tidak lama apabila ayahnya menceraikan ibunya dengan taklik. Kini Suria tinggal bersama ibu saudaranya (Suria memanggilnya Ibu), yang secara kebetulan mengambil Suria kerana kasihan akan nasibnya. Adik Suria tetap bersama ibunya.

Kini umur Suria dalam lingkungan 5 tahun. Tinggal dengan keluarga baru yang menjadi tempat bergantung. Suria mula menunjukkan sikap berontaknya hasil ‘didikan’ ayah dan ibunya. Kemana saja Ibu pergi, disitulah Suria akan ada. Tiada siapa yang boleh rapat dengan Ibu Suria. Jika tidak, memang akan dipukulnya.Pelik memang pelik. Sehingga kucing pun Suria pukul, kerana bermanja dengan Ibunya.

Paling menjengkelkan Suria adalah ketika ditanya, “anak siapa ni?”. Kasihan, Suria mesti menangis apabila soalan itu diajukan. Masalahnya bukan sekali atau dua, malah hampir berpuluh-puluh kali soalan itu diajukan. Suria sering menangis, memberontak dan memukul apabila dia teringatkan kisah silamnya. Semua pandangan orang yang tertumpu kepadanya seolah-olah memandang wajah ayahnya di mata Suria. Apa tidaknya, telah ditaqdirkan, wajah Suria mirip wajah ayahnya. Ibu dan ayah angkat Suria telah menjangkau usia 40an. Letih sangat menjaga Suria sehingga kadang-kadang Suria dimarahi dengan teruk.

Suatu ketika, Suria memberontak apabila hasratnya untuk mengekori ibu tidak kesampaian, malah soalan-soalan tidak menyenangkan masih sering diajukan. Ayah angkat Suria marah dan Suria terus bersikap begitu. Akhirnya ayah angkatnya berusuara, “Ibu Suria dah meninggal, dah ditanam dalam tanah.” Barulah Suria terdiam. Sikap mengamuk, memberontak dan cemburunya mula hilang. Katanya, Suria sedikit lega dengan kata-kata itu. Memang sebelum ini pun, suria sering mengelak daripada berjumpa dengan orang-orang yang dikenalinya ketika zaman silamnya.

Namun, ibu dan ayah angkat Suria hampir lanjut usia mereka. Mereka pernah terfikir untuk menghantar Suria ke rumah kebajikan. Mereka seperti tidak mampu lagi untuk menjaganya. Hakikatnya, walaupun suria telah mempunyai ayah dan ibu angkat, namun Suria tetap seperti tiada tempat bergantung. Suria masih dahagakan kasih sayang yang utuh. Apa tidaknya, ibu angkatnya tidak sempat melayannya, dan selalu juga Suria dimarahi…

Inilah luahan seorang sahabat saya yang meminta solusi bagi masalah ini. Sahabat saya adalah anak kepada ibu angkat Suria. Dia sendiri sukar mengawal tingkah laku Suria. Kasihan bukan?

Kasihan anak yang hilang tempat bergantung. Saya seperti ingin berjumpa dengan Suria dan memeluknya erat. Mungkin satu hari…

Artikel Berkaitan:

    Persoalan Anak Kecil itu…
    Ajar Anak Membaca Sejak Kecil
    Rindunya Pelukan Itu
    Salah Faham Ibu Bapa – Sikap “Negatif dalam Diri Anak”
    Bila Anak Menangis

Leave a reply

Copyright © 2009 Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak . All rights reserved.
designed by alfatihstudio.