Jom berkawan di facebook (Ainul Kauthar Bt Sayuti / upc007@gmail.com)... Klik Disini!
Powered by MaxBlogPress 
Your are here: Home // Kisah Keluarga // Warna Warni Kehidupan: Hak Anak-Anak

Warna Warni Kehidupan: Hak Anak-Anak

Warna warni kehidupan

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang Kuat dan yang Hebat dalam segala hal.Nikmat Allah yang tidak terhingga ini, membolehkan kita bernafas dan hidup dengan penuh ketenangan dan kenikmatan.

‘Manusia yang berakal adalah manusia yang suka menerima nasihat dan meminta nasihat’ – Umar bin Khaththab

Kalimah di atas adalah renungan buat diri dan semua pembaca.
———————-
Alhamdulillah, saya nampak perkembangan demi perkembangan pada anak-anak semakin hari semakin meningkat. Takkan lah perkembangan merosot kan? Jika perkembangan anak merosot dari aspek apa sekalipun, cubalah nilai semula bagaimana tanggungjawab kita. Adakah sudah tertunai atau tidak.

Lainlah jika anak mempunyai keistimewaan lain. Namun, jika istimewa sekalipun, anak mesti dididik agar menjadi insan yang bertambah baik dari hari ke hari.

Manusia… Ya, saya manusia yang lemah. Tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Jika kita renung kembali, adakah kita telah menunaikan hak anak kita dengan baik. Hak itukan banyak. Dan salah satunya hak anak yang perlu ditunaikan.

Allah telah memberikan kepada anak-anak hak keatas ibu bapa mereka, begitu juga ibu bapa mempunyai hak ke atas anak-anak mereka.

Apakah hak anak-anak itu?

1. Memilih Isteri yang baik untuk menjadi ibu yang baik.

“Seorang perempuan dikahwini untuk empat sebab: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan ketaatan agamanya. Berkahwinlah dengan seseorang yang taat agamanya, semoga tangan anda di seliputi debu (iaitu semoga anda makmur).”
(Riwayat al-Bukhaari, 4802; Muslim, 1466)

2. Mentahnik anak setelah kelahiran.

Tahnik itu lebih dikenali dengan istilah belah mulut di kalangan kita.

Al-Nawawi berkata:
“Ulama bersepakat yang adalah mustahabb( digalakkan) untuk membuat tahneek dengan kurma untuk anak selepas anak itu dilahirkan; jika tiada kurma maka gunakan sebarang yang manis. Kurma itu harus dikunyah sehingga ia menjadi cukup lembut untuk ditelan, maka mulut anak itu dibuka dan sedikit kurma diletakkan dalam mulutnya.”
Sharh al-Nawawi ‘ala Muslim, 14/122-123

3. Diberikan nama yang baik

‘Abdullah atau ‘Abdul Raman.
Adalah diriwayatkan dari Naafi’ yang Ibn ‘Umar berkata: Rasulullah (SAW) bersabda : “Nama-nama kamu yang disukai Allah ialah ‘Abdullah dan ‘Abdul Raman.” (Riwayat Muslim, 2132)

Saranan tentang nama-nama yang baik ini cukup banyak. Saya sering menontong rancangan al-Kuliyyah (ulangan) di web TV3, dan kebelakangan ini saya sedar banyak juga hal-hal pendidikan anak ini dibincangkan. Antaranya adalah bagaimana menamakan anak. Nama anak zaman modern kini juga modern. Salah? Tidak salah. Yang paling penting dalam pemilihan nama adalah maksudnya, bukanlah sedapnya nama tersebut. (saya cuma menonton siaran ulangan sebab di rumah takde TV…hehe)

4. Mencukur anak pada hari ke tujuh

5. Digalakkan melakukan Aqiqah
Dua biri-biri dikorbankan untuk lelaki dan satu untuk perempuan. Telah diriwayatkan daripada ‘Aishah yang Rasulullah (SAW) mengarahkan mereka (untuk mengorbankan) dua ekor biri-biri yang sama untuk lelaki dan seekor untuk perempuan.
Riwayat oleh al-Tirmidhi, 1513; Saheeh al-Tirmidhi, 1221; Abu Daud, 2834;al-Nasaa’i, 4212; Ibn Maajah, 3163

6. Khatan

Telah diriwayatkan Abu Hurayrah berkata: Rasulullah (SAW) bersabda: ” Fitrah ada dalam lima perkara, atau lima perkara ialah sebahagian daripada fitrah: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan mencukur misai.”
Riwayat oleh al-Bukhaari, 5550; Muslim, 257

Jadi, secara teorinya, hak-hak anak di atas adalah sunnah dan juga tuntutan. Maka, sekiranya kita mematuhi dan melakukan sunnah, maka Allah akan memberikan kebaikan dan pahala. Semuanya atas perhitungan Allah.

Maka kita, sebagai ibu bapa soleh wa musleh, fikirkan apakah gak didikan yang sepatutnya anak-anak dapat. Saya menyeru diri saya yang pertama sekali agar terus sabar dan sabar dan sabar dalam mendidik anak dan mengharungi hidup yang tak pernah lepas daripada rintangan dan masalah.

Wallahua’lam…

Artikel Berkaitan:

    Perkembangan Yang Berbeza
    Nasihat 2010, Pendidikan Anak Di Rumah
    Hadiah Paling Berkualiti
    Pendidikan anak versi fiqh dakwah
    Pendidikan anak : emosi

filed under: Kisah Keluarga Tagged with: ,

Leave a reply

Copyright © 2009 Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak . All rights reserved.
designed by alfatihstudio.