SHARE
Bila Anak Menangis
Bila Anak Menangis

Lama sungguh tak post. Baiklah, harini saya cuma nak share tentang sikap anak yang menangis takde pasal. Bukan apa, kadang-kadang saya terima emel tentang persoalan tersebut. Jadi saya dah kongsikan pengalaman saya dengan para ibu bapa di luar sana dalam emel, sekarang saya nak kongsi dalam blog pula.

Anak yang menangis sudah tentu mempunyai faktornya. Ada sebab anak menangis. Akan tetapi kadang-kadang, kita sukar nak kawal emosi dan sukar untuk memahami mengapa anak menangis. Bila anak minta belikan mainan, kita tak bagi, kemudian anak menangis, anak minta kita buka TV tapi kita mengelak, kemudian anak menangis, semua tu kita tahu sebabnya. Akan tetapi, jika anak yang sudah pandai berbicara, kemudian menangis lepas bangun tidur, atau sukar memahamkan anak tentang bahaya main api sehingga anak menangis, sudah tentu kita buntu sebentar sehingga kadang kala boleh menyebabkan kita sendiri hilang sabar.

Pertama sekali, saya cadangkan agar terangkan kepada anak kenapa kita tak berikan apa yang diinginkannya, kemudian jika masih menangis, peluk anak tersebut. Memang kadangkala ketika tengah berang, rasa ego sangat untuk peluk anak.

Kedua, alihkan perhatian anak. Cuba berikan sesuatu yang anak suka, contohnya jika anak tidak diizinkan menonton televisyen, cuba berikan anak air jus, atau makanan yang disukainya. Kalau anak saya, sebotol solivite pun dah cukup. Selain itu, cuba bawa anak jalan-jalan keluar rumah, jika anak dah diam, barulah terangkan semula kenapa kita berbuat demikian atau jika memang betul tiada sebab anak menangis, kita dah jumpa apa yang dapat mengubatinya jika anak buat hal lagi.

Yang terakhir, jika anak menangis kerana teguran kita, dan tangisannya merosakkan benda-benda sekeliling, biasanya suami saya akan bertindak. Di Malaysia istilah denda dengan masa kurang popular. Caranya mudah, jika anak mengamuk, tidak mahu berkongsi barang atau istilah mudah, buat hal tak tentu pasal, letakkan anak di satu tempat yang anak tak dapat berbuat apa-apa selama 5 minit. Biarkan jika dia mengamuk di situ, yang penting dia hanya duduk di situ sahaja dan tahu itu adalah denda terhadapnya. Sehingga 5 minit baru ambil semula anak daripada tempat tersebut. Pastikan tempat tersebut selamat untuknya dan memang anak tahu yang dia sedang didenda.

Wallahua’lam.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY