Ingin Melipatgandakan Keuntungan Perniagaan Anda?... Klik Disini!
Powered by MaxBlogPress 
Your are here: Home // Kisah Keluarga // Perniagaan dan Anak-Anak

Perniagaan dan Anak-Anak

Assalamualaikum semua…

Saya terpanggil untuk berkongsi kisah di rumah. Dalam bulan ini, masa sangat mencemburui saya dan suami. Terlalu banyak kerja-kerja yang perlu disiapkan. Selain memenuhi kehendak pelanggan dan melayan karenah mereka, karenah anak-anak juga tak kurang hebatnya.

Biasanya, suami saya akan bahagikan kerja kepada saya, banyak jugak kerja tu. huhu… Akan tetapi, apabila tiba masa mendidik anak, saya langsung meninggalkan meja komputer dan fokus pada anak sahaja. Begitu juga masa yang perlu dibahagikan untuk berhadapan dengan Allah, yang memberi rezeki dan kemampuan.

Kekalutan dan kesibukan ini banyak mengajar saya menghargai waktu dengan anak-anak serta keluarga. Hujung minggu, jika tiada apa-apa program, kami akan bertandang ke rumah ibu bapa di Gombak. Alhamdulillah, keluarga sangat memahami pekerjaan kami.

Berbalik kepada keadaan di rumah. Memberi masa yang berkualiti terhadap suatu pekerjaan itu sangat penting. Kadangkala, kita ada saja masa berhadapan dengan laptop/komputer ketika anak sedang nyenyak tidur. Akan tetapi, kita tidak memulakan langkah dalam melakukan kerja-kerja yang sepatutnya. Dalam erti kata lain, kita mula berlayar ke forum-forum, melayan Facebook sehingga berjam-jam serta menonton video-video di youtube. Sedangkan masa yang ada itu sepatutnya diberikan keutamaan untuk melakukan kerja-kerja yang sepatutnya.

Alhamdulillah, dalam kesibukan, kita lebih menghargai masa. Pendidikan anak yang  merupakan tanggungjawab kita perlu diperhatikan dan dilaksanakan dengan sungguh-sungguh. Subahanallah, sungguh tiada masa untuk berlengah lagi.

Saya menyeru rakan-rakan yang membaca penulisan saya ini supaya tidak mengabaikan pendidikan anak dan tidak leka dengan dunia yang sementara ini sahaja. Kita mempunyai tanggungjawab terhadap Allah, Rasul, ibu bapa, suami, anak-anak dan juga masyarakat. Maka, kita perlu membahagi masa kita untuk melunaskan hak-hak terhadap diri mereka.

Alahamdulillah, kala ini, anak sulung saya, Abdullah mampu memahami kerja-kerja saya. Ketika saya mula menghadap laptop, Abdullah pun mula mencari buku dan membacanya sendiri. Dalam waktu yang lain, dia menjaga adiknya daripada melakukan perkara-perkara yang berbahaya. Terima kasih Abdullah kerana memahami.

Baiklah, saya perlu melakukan kerja lain sebelum ke Gombak malam ini. Sekian, Wallahua’lam.

Artikel Berkaitan:

    Seminar Perniagaan Ebook oleh Saudara Shuth
    Perniagaan Internet dan Anak-anak
    Aktiviti Anak Bagi Ibu Bekerjaya
    Biarkan Anak Belajar!
    Mendidik Anak Dengan Cinta

5 responses to "Perniagaan dan Anak-Anak"

  1. Hidier Hidier says:

    seronoknye bekerja depan pc kalau anak2 x mengganggu kan.. :)

  2. s_husna s_husna says:

    Salam. anak2 saya pulak pantang saya pegang laptop dia mulalah….sabar je lah… :-)

  3. ummu_abdullah ummu_abdullah says:

    awal-awal dulu, anak-anak saya dulu camtu jugak. Susah la kita ni nak buat keje…
    latly, saya mula terangkan pada anak sulung saya yang keje saya di “sini”…

    dan ketika dia perlukan saya, dia akan cakap:
    “boleh tak umi buat keje sebelah abdullah, abdullah nak main ni, tapi takde orang teman abdullah”

    okeh, masa tu, samada saya akan tinggalkan keje saya dan main dengan dia atau saya akan bawa laptop, dduduk sebelah dia…

  4. Hayati Hayati says:

    Terimakasih atas perkongsian pngalaman..
    Moga kita tidak leka dgn urusan dunia semata amin..

  5. ummu_abdullah ummu_abdullah says:

    InsyaAllah, kita kejar kejayaan dunia akhirat…

Leave a reply

Copyright © 2009 Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak . All rights reserved.
designed by alfatihstudio.