“Wah, anak awak dah ada banyak ‘vocab’ ”
“Eh, dah dekat tiga tahun masih pakai pampers?”
“Yusuf tak pandai lagi cakap, risau la”
Banyak rungutan dan juga kritikan yang saya terima akhir-akhir ini, baik kritikan kepada anak saya mahupun rungutan kepada anak mereka sendiri. Semuanya berlaku apabila kita mula membeza-bezakan anak kita dengan anak orang lain.
Sebenarnya, kebolehan anak itu berbeza-beza. Walaupun dari perut yang sama, namun perkembangan mereka tetap berbeza. Malah, kadangkala rungutan yang datang itu seolah-olah tidak nampak bahawa anak mereka juga punya banyak kelebihan dan kebolehan lain.
Anak saya, Abdullah mungkin boleh bertutur dengan sempurna dan mempunyai banyak perbendaharaan kata, namun masih memakai lampin pakai buang. Namun, ada sesetengah anak-anak kawan saya yang sama umur dengan Abdullah, sudah pandai membancuh susu buat adiknya, sudah tidak lagi memakai lampin pakai buang. Namun, tidak petah berbicara dan kurang mengenal benda-benda sekeliling. Seperti anak saudara saya, Yusuf Adham (saya suka nama ini), ibunya sangat khuatir tentang perkembangan Yusuf. Sudah berumur satu tahun namun tidak berbicara dengan perkataan. Lebih banyak menggunakan isyarat tangan dan bunyi.
Khuatir dengan perkembangan anak. Inilah yang berlaku sekiranya ibu terutamanya mula membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain. membandingkan dengan tujuan untuk mengajarkan sesuatu yang lebih baik tidak salah, akan tetapi membandingkan seolah merendahkan, itu kan tidak sepatutnya. Siapa anak kita, bagaimana anak kita, semua itu hasil pendidikan kita. Hasil pendidikan awal yang diterima daripada seorang ibu, bapa dan juga lingkungan.
Sebenarnya tidak perlu bimbang dengan semua hal ini. Sekiranya ibu atau bapa asyik mengulang-ulang perkataan yang nampak khuatir seperti,
“Kamu ni sudah besar, namun masih lagi memakai lampin.”
“Kamu cakaplah sesuatu perkataan. Jangan hanya menunjuk-nunjuk jika mahukan sesuatu.”
Itukan bunyinya seperti kerisauan yang menguasai diri sehingga terkeluar dari bibir. Kadangkala, anak menjadi rendah diri dengan kekurangan yang sering kita sebutkan. Bukankah kita berperanan mendidik anak dengan positif. Maka, elakkan perkataan-perkataan yang dapat membangkitkan perasaan negatif anak.
Ingatlah bahawa kebolehan anak-anak itu berbeza. Sekiranya masih terdapat sedikit kekurangan daripada anak yang lain, jangan khuatir. Anak kita tentu punya kebolehan dari sisi yang lain. Bukankah terdapat banyak kecerdasan yang diperkenalkan oleh Howard Gardner? Maka perhatikan anak kita. Tentu banyak lagi kelebihan dan kebolehannya daripada anak-anak yang lain.
Artikel Berkaitan:




















salam Ummu Abdullah,
saya setuju!
dan saya rasa instead of mengeluh atau merasa gusar melihat keupayaan anak sendiri/orang lain, lebih baik berusaha untuk merangsang anak tu & berkata yang baik2 instead of cakap ‘anak saya belum dapat itu ini’…
kata2 ibu doa kan?
yups mommy lyna… sama sama kita berusaha meningkatkan kualiti anak2 kita ya… >”< Hugssss
Ibubapa adalah guru yang terbaik… contoh yang terbaik buat anak2!
ibu bapa yang mencorak anak-anak, menjadi warna warni atau tiada warna… >”.”< Lot of lurve…. =)
UmmuAbdullah
saya antara yg risau bab2 perkembangan anak2.(risau saja pun tak guna klu takda usaha..hihi )almaklumla anak 1st.excited terlebih..tapi bila byk baca especially post mcm Ummu tulih ni, saya semakin sedaq la..setiap anak tu berbeza…
Dearest Dayah.
Benar tu, saya doakan Dayah sentiasa diberi pentunjuk Oleh Allah. I’ll always pray for u n ur family… insyaAllah…
Moga tabah ya mendidik anak.