Inginkan Motivasi Diri Untuk Berjaya? Klik Disini!
Powered by MaxBlogPress 
Your are here: Home // Kisah Keluarga // Pendidikan anak : emosi

Pendidikan anak : emosi

abdullah2Assalamualaikum pembaca setia blog Anakkusayang.com.

Harini adalah hari ke 5 berpuasa. Alhamdulillah, dah tiba hari ke lima, diri masih boleh bertahan. kali ini memang tekad nak puasa penuh. Muhammad baru 5 bulan, masih full breastfeeding. Memang mencabar sebab kene rajin bangun sagur. huhuhu… Kalau dulu, kalau tak larat je memang tak bangun la…

Abdullah pulak sekarang ni seperti dah ada prinsip sendiri. Kalau dia kata itu, memang itu lah. No nego. tapi disebabkan uminye lebih terrer daripadanya, kadang-kadang memang selalu berjaya lah.

Bercakap tentang emosi anak, sebenarnya emosi anak telah dilatih dan dibentuk sejak mereka masih bayi. Malah, mereka lebih kuat untuk terpengaruh dengan emosi orang terdekat dengan mereka. Tak lain tak bukan, ibunya…

Contohnya, ketika anak berusia 2 tahun, anak ternampak ibunya menjerit ketika kucing menghampirinya. Hal ini amat terkesan dalam jiwanya. Apabila kucing menghampirinya juga, maka dia akan takut dan menjerit, dan boleh jadi menangis. Sedangkan anak tiada pengalaman pahit bersama kucing seperti ibunya.

Sama la kesnya kalau ibu takut lipas, cicak, katak, anak-anak akan terikut. Macam Abdullah, alhamdulillah abinya lebih kedepan untuk mempengaruhinya daripada takut lipas sehingga bila jumpa lipas, PUKUL!!! =)

Tapi, sebenarnya emosi anak-anak dapat dididik atau dibentuk. Ada aktiviti yang memang boleh mendidik emosi anak. Ops, terlupa pula. Sebenarnya ketika anak-anak berumur 2 tahun, emosinya baru terbentuk dengan matang daripada sebelumnya yang samar-samar.

Saya cuba beli ikan untuk Abdullah ketika umurnya 1 tahun setengah (lebih kurang la). Apa yang berlaku, dia memang ‘membunuh’ semua ikan-ikan yang dibeli. Nasib baik beli sehinggit je. Dapat la dalam 5 ekor ikan gapi. Sampai sekarang masih beli ikan, semuanya di’bunuh’. Memang tak sampai3 hari pun.

Kenapa bela binatang???

Sebenarnya membela binatang ni dapat menanam sifat kasih sayang. Memberi makan, membelai (kalau kucing lah), sediakan tempat yang baik untuknya. Namun, umur yang sesuai adalah selepas 4 tahun. Ini pensyarah kursus Bimbingan dan Kaunseling yang bagitahu ketika ziarah ke rumahnya.

Setakat ini dulu, nanti saya kongsikan aktiviti sempoi yang boleh dibuat untuk mendidik emosi anak.

Artikel Berkaitan:

    Aktiviti Mengawal Emosi Anak
    Emosi Kanak-Kanak : Marah
    Kenali emosi anak
    Pendidikan anak versi fiqh dakwah
    Pendidikan anak : Bermula dari dalam diri

6 responses to "Pendidikan anak : emosi"

  1. norhaizan norhaizan says:

    teringat masa anak kecil dulu, umurnya masa tu 1 tahun setengah, dia suka pergi bawah sinki

    sebab takut kepalanya terhantuk bucu sinki, kami letakkan buah durian! sebab dia takut dengan kulit durian. bila nampak kulit durian, dia pun patah balik tak jadi pergi situ

    adikgenius.blogspot.com

  2. ummu_abdullah ummu_abdullah says:

    Huhu… bijak2.. hmm.. ape lah sebenarnye yang menyebabkan dia suka pegi bawah sinki tu agaknya? adakah cuma sebab curious? huhu…

  3. norhaizan norhaizan says:

    sekarang ni lain pulak dengan buah durian, suka makan durian!

  4. zakiah zakiah says:

    betul sy setuju…sy lihat ank sy yg baru setahun 5 bulan bnyk meniru gaya saya…tp tak kurang juga gaya abah nya… tp yg merunsingkan stp kali berjumpa sepupunya yg kuat menjerit n menangis…balik rumah jer ‘gerenti’ dia buat sama tune suara menangis sepupunya itu…hmmm nk elak dr dorg ke?

  5. ummu_abdullah ummu_abdullah says:

    pada pandangan saya, tak perlu elak daripada diorang… ketika spupunya menangis, cuba terangkan kepada si anak, “comel x menangis macam tu?”, “suka tak tengok?” macam-macam lagi lahh… dia belajar untuk tidak mengikut semata… sedikit sebanyak dia dah setuju dengan apa yang kita kata, jadi bila dia wat camtu, kite cuba tegur semula…

    pandangan dari insan biasa… ini yang saya selalu buat pada anak-anak…

  6. effa effa says:

    mcmana pulak dgn ank yg penakut. ank lelaki pulak tu, dh 7 thun, adiknya pulak baru 3thn tukang teman, perempuan ni. sedangkan maknya berani

Leave a reply

Copyright © 2009 Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak . All rights reserved.
designed by alfatihstudio.