Mendidik Anak Dengan Cinta

“Kenape Abdullah picit dakwat tu? Kan dah tumpah dah.”
“Minta maaf ummi, Abdullah tak sengaja.”
“Ummi nak marah Abdullah boleh? Tadikan ummi dah cakap jangan main dengan dakwat tu.”
“Sekarang ni kemas balik. Abdullah yang tumpahkan, lap balik sampai bersih.”
“Ok, Abdullah lap”
“tak boleh la, ummi, tak boleh la. Abdullah tak pandai, ummi buat lah”
“Kan Abdullah yang tumpah kan tadi?, Abdullah la yang kene lap. Siape yang tumpahkan die kene lap. Mari sini ummi tunjukkan.”
Biasanya ibu bapa lebih mudah memarahi anak dan melarang mereka dari meneroka dunia sekeliling mereka kerana itu lebih mudah buat kedua ibu bapa. Anda bagaimana?
Apakah anda ingin mendidik anak dengan cara yang mudah atau cara yang berkesan?
Orang yang ingin mendidik anak dengan mudah lebih suka anak mereka menjadi anak yang selalu duduk diam sahaja, menurut kata2 kedua ibubapa dengan perasaan takut. Apabila anak melakukan kesilapan, hukum mereka supaya mereka tahu apa yang mereka buat itu akan menyebabkan mereka dihukum, jadi mereka takkan mengulangi perbuatan itu lagi.
Maka lahirlah anak yang tidak melakukan perbuatan yang dilarang kerana takut akan hukuman dan ancaman dari kedua ibubapa. Diluar dari lingkungan ibubapa mereka pun bermaharaja lela berbuat sesuka hati.
Atau kebarangkalian lain, lahirlah anak yang selalu memberontak kerana mereka belajar bahawa cara untuk menyuruh orang lain melakukan apa mereka inginkan adalah dengan cara memarahi mereka, sama seperti yang dilakukan kepada mereka.
Seorang anak belajar bagaimana bertindak dengan orang sekelilingnya adalah daripada bagaimana orang sekelilingnya memperlakukan dirinya. Seorang anak yang selalu dimarahi akan belajar bahawa untuk mendapatkan sesuatu dia juga perlu memarahi orang lain. Seorang anak yang selalu dimanjai akan belajar bahawa untuk mendapatkan sesuatu dia tidak perlu berusaha apa-apa. Dan begitulah seterusnya.
Bagaimana mendidik anak agar menjadi matang sebelum usia mereka? Layanlah mereka seperti anda melayan seorang dewasa yang belum mengerti apa-apa.
Bagaimana kita menyinggapi seorang kawan yang menumpahkan dakwat di atas meja kita? Terus memarahi dan mencubit mereka? Apakah logik dari perbuatan itu yang ingin kita tanamkan pada seorang anak?
Seorang anak kecil belum lagi mahir mengawal saraf otot mereka dengan baik. Disebabkan itu, pergerakan mereka tak selancar orang dewasa. Air tertumpah, barangan terjatuh, alatan-alatan yang pecah dan sebagainya akan sering menjadi sebahagian dari jadual sehariannya. Kita yang dewasa pun kadang-kala secara tidak sengaja memecahkan barangan rumah, apatahlagi mereka.
Seorang anak kecil mempunyai perasaan ingin tahu yang membuak-buak. Disebabkan perasaan inilah mereka dapat berkembang dengan pesat, belajar dengan pantas dan menuasai ilmu kehidupan. Semua yang berada di sekeliling mereka menimbulkan tanda tanya.
“Ummi, tu ape tu yang hitam tu?”
“Ummi kenape ikan tu duduk dalam air?”
“Abi kenape abi solat?”
Menghalang mereka daripada meneroka alam disekitar mereka bererti menghalang suatu kehendak yang membuak-buak dari dalam jiwa mereka. Untuk lebih mudah difahami lagi, ianya bagaikan menghalang seorang yang lapar dari makan dan seorang yang mengantuk dari tidur.
“Tapi kalau tak halang, habislah bersepah rumah. Berteraburlah semua barangan. Tak larat lah asyik nak kene kemas rumah jer.”
Hmm soal ini, kene bijak lah dalam mengaturkannya. Banyak penyelesaian yang ada, antaranya :
1. Mengajarkan mereka agar bertanggung jawab mengemaskan kembali barangan yang telah dia sepahkan. Anda boleh menjadikan mengemas itu satu perbuatan yang seolah-olahnya sangat menyeronokkan. Boleh juga memberikan syarat kepada mereka kalau nak main kene kemas balik selepas habis main. Menyediakan satu ruang khusus untuk mereka bermain juga satu kelebihan.
2. Sediakan barangan permainan yang mencukupi buat mereka. Maka mereka tak perlu bereksperimen dengan barangan kita yang lain yang lebih berharga. Tapi biasanya anak lebih berminat dengan barangan dia selalu lihat kita gunakan. Ingat mereka sebenarnya ingin belajar dan bereksperimen bukan sekadar bermain. Dia ingin merasai pengalaman membuat semuanya. Dia ingin mengetahui cara melakukan semua perkara.
3. Bermain bersama mereka akan mengubah suatu permainan yang membosankan menjadi sangat menarik. Anak sangat suka apa pun jenis permainan yang dimainkan bersama orang yang dia sayangi.
Anak yang dipenuhi kehendak perasaan ingin tahu mereka akan menjadi anak yang cepat matang. Anak yang cepat matang akan mudah menerima pelajaran. Anak yang mudah menerima pelajaran, akan sekaligus kurang merosakkan barangan dan kurang menyepahkan. Malah andai mereka diajar bertanggung jawab, mereka akan menjadi pembantu anda yang sangat baik.
Jadi, biarkan mereka bereksperimen. Biar kita susah sebentar, biar kita susah dalam usaha mereka untuk menjadi matang, biar kita susah sekarang, asalkan anak kita lebih cepat menjadi anak yang bijak dan akhirnya dapat menjadi pembantu, bukan lagi penyusah.
Sebab itu pepatah melayu mengatakan bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Anak yang dididik secara ambil mudah oleh kedua ibubapa, memanglah masa kecil mereka lebih mudah kita jaga (bukan didik), tetapi apabila sampai waktu besar, sangat menyusahkan kedua ibubapa, selalu memberontak, selalu mengamuk, tidak mendengar kata, bertindak kasar, dan sebagainya. Ataupun kita bersusah payah memerhatikan pelajaran-pelajaran mereka dengan perasaan redho dan cinta, membimbing mereka dengan lemah-lembut dan kasih sayang, agar mereka nantinya juga menjadi seorang yang lemah lembut dan penuh cinta juga, hasil dari pelajaran yang mereka dapatkan dari orang disekeliling mereka.
Related Posts
- Tips Mendidik Anak
- Siapa Mendidik Anak Anda?
- Tips Mendidik Anak
- Cinta dalam rumah tangga
- Relevenkan Televisyen dengan Pendidikan Anak
Categories: Kisah Keluarga, Pendidikan
Tags: Anak, Ibu Bapa, Interaksi, Kanak-kanak, Keluarga, Komunikasi, Parenting Skill, Pendidikan, Pendidikan Anak, Tips Keluarga














Comments (14)
Abu Abdullah
February 6th, 2009 at 11:26 pm
Artikel yang sangat menarik. Teruskan usaha.
parentingskill
February 10th, 2009 at 3:43 am
=) Sama-sama berkongsi, moga pengalaman setiap orang menjadi pengajaran buat kita semua.
mommy2h
February 11th, 2009 at 12:01 pm
salam perkenalan..byk betul ilmu berguna dlm blog nih utk saya jadikan panduan. Terima kasih.Lepas ih saya akan selalu ke sini
parentingskill
February 11th, 2009 at 2:04 pm
Jemput-jemput… jangan lupa berkongsi juga ja mommy2h.. =)
nor shahida ismail
April 9th, 2009 at 2:28 pm
tips yang menarik dan bermakna walaupun ana belum berkahwin..boleh aplikasi utk adik dan anak2 saudara dl.
ieta
April 21st, 2009 at 9:59 am
bagus info ni.. buleh jd panduan utk saye.
thanks.
Ummu Abdullah
April 21st, 2009 at 9:59 pm
Dear ieta,
Wish u Lost of luck… =)
I’ll pray for ur success…
Mrs. H
June 1st, 2009 at 2:37 pm
Bagusnye artikel ni. Boleh tak saya minta izin copy n paste artikel2 dlm blog ni ke dlm blog saya?
Ummu Abdullah
June 1st, 2009 at 11:08 pm
Dear Mrs. H,
Tafadholi… Silakan… Artikel di sini untuk disebar-sebarkan.. InsyaAllah… =)
nurul
October 3rd, 2009 at 6:51 am
Salam…..alhamdulillah kerana saya telah menjumpai laman yang penuh info yang diperlukan oleh ibu baru seperti saya….thanks kak…semoga Allah merahmatimu….
onizuka
January 2nd, 2010 at 8:49 pm
selama ni tercari info tentang anak2.. baru register internet so baru blh search tentang anak2… seronok dpt jumpa blog ni… sy akan jadi pembaca setia…
ummu_abdullah
January 3rd, 2010 at 7:56 am
puan nurul dan onizuka, moga kita sama-sama berkongsi maklumat dan informasi ya… =)
Ummu
March 9th, 2010 at 6:38 am
Ha, suka suka~! Santai dan bersahaja tapi penuh makna… Semoga ALLAH memberkati usaha kalian.
ummu_abdullah
March 9th, 2010 at 7:23 am
ameen, moga2 begitu lah…
Leave a reply