Pelajari Teknik Menyelamatkan Nyawa Insan Yang Anda Sayangi!... Klik Disini!
Powered by MaxBlogPress 
Your are here: Home // Kisah Keluarga, Sembang // Kisah keluarga : Work at home father

Kisah keluarga : Work at home father

aman nikah-family

Sejak dari zaman sekolah lagi, mindset saya telah diletakkan untuk menjadi seorang bussinesman. Bahkan waktu memilih jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik sekalipun memang mindset adalah untuk menjadi seorang peniaga.

Sewaktu sedang kuliah, dalam masa 2 tahun pertama, saya berjaya mengumpulkan RM4000. Kemudiannya dilaburkan untuk berniaga madu tualang dari serawak. Madu tersebut rosak selepas 2-3 bulan. Rugi yang sangat besar.

Kemudian saya berniaga lagi. Saya menjual burger dari bilik ke bilik. Hasil jualan burger dapatlah hampir RM50 sehari. Tak cukup dengan itu saya juga pernah berniaga buku-buku agama, al-quran, dan pelbagai lagi barangan untuk menampung kehidupan berkahwin ketika belajar ini.

Kini usaha berniaga masih diteruskan. Saya memang tak mahu makan gaji. Pengalaman makan gaji selama 8 bulan sewaktu praktikal dahulu lebih menguatkan keyakinan bahawa memang jiwa ini bukan jiwa seorang pemakan gaji.

Bidang niaga ini sangat luas. Dan saya memilih untuk menjadikan internet sebagai ruang niaga saya. bermula dari membuat service design website, sehinggalah menceburi pelbagai jenis perniagaan di internet, banyak yang telah dicuba. Sebahagiannya berjaya dan kebanyakannya gagal. Lumrah biasa perniagaan, 80% darinya adalah projek gagal, namun mencari 20% yang akan berjaya itulah yang sangat bernilai.

Dan dari situlah gelaran sebagai seorang “Work at Home Father” bermula. Internet adalah ruang perkenalan sehinggalah menghasilkan jualan. Sebenarnya berbisnes di internet sama sahaja dengan berbisnes di tempat lain. Asasnya sangat serupa. Perlu ada permintaan dan penawaran. Perlu ada kajian. Perlu ada pembeli dan penjual. Perlu berkenalan dan membuat hubungan dengan orang lain, dan sebagainya.

Sebenarnya, saja nak memperkenalkan Projek berbayar pertama yang akan saya perkenalkan pada anakkusayang.com, Game Mewarna Online, sudah hampir siap. Cuma tinggal sedikit touch up dan adjustment sebelum benar-benar dipasarkan.

Setelah hampir sebulan bekerja, kini games pertama anakkusayang sudah dalam fasa-fasa terakhir sebelum di isytiharkan siap sepenuhnya.

Demo permainan boleh anda lihat di:

http://anakkusayang.com/games/demo/ColorGame1.html

http://anakkusayang.com/games/demo/ColorGame2.html

http://anakkusayang.com/games/demo/ColorGame3.html

Contoh-contoh ini belum menggunakan gambar yang dilukis oleh pelukis sebenar untuk game ini. Ia cuma gambar contoh yang saya ambil dari internet untuk menguji keberkesanan game ini. Saya telah mengambil seorang pelukis professional untuk game sebenar.

Untuk game pertama anakkusayang, kami memilih games colouring. walaupun sudah banyak games colouring online yang sudah berada di pasaran, namun sukar sekali mendapatkan games tersebut yang bersesuaian dengan adat, agama dan kebudayaan kita di malaysia.

Jadi untuk game ini kami akan meyediakan gambar yang sesuai untuk menanamkan akhlak mulia, kasih sayang, sopan santun, menyayangi binatang, menghargai jasa orang tua, dan seumpamanya. Melalui game ini juga anak akan melatih kreativiti, mengenal warna, dan yang paling penting mendapat semua itu dengan gembira.

Kami juga menambah beberapa kelebihan pada games colouring ini dengan meletakkan fungsi berikut:

1. Pilihan Warna yang lebih banyak. Anak boleh memilih daripada 44 jenis warna untuk mereka gunakan dalam permainan ini, memberikan mereka kebebasan untuk menjadi lebih creative dan mengurangkan rasa bosan.

2. Musik latar belakang. Anak anda mewarna sambil diiringi dengan musik latar belakang, untuk menaikkan mood mereka dan menjadikan permainan mewarna lebih menarik.

3. Fungsi print/cetak. Setelah habis mewarna, abadikan lukisan tersebut dengan fungsi print.

4. Fungsi save/simpan. Anak anda mewarna separuh jalan, dia mahu save lukisan yang telah diwarnakan untuk disambung kembali pada masa yang lain. Cuma klik butang simpan, lukisan akan disimpan dan anda boleh tutup komputer. Apabila anda masuk kembali, lukisan tadi akan masih seperti sediakala.

5. Fungsi Clear/Padam. Lukisan jadi terlalu kelam-kabut?, anak anda mahu mula dari keadaan asal? tekan padam dan lukisan akan kembali pada asal.

Jadi apa pendapat anda? apa lagi yang perlu ditambah? apa kekurangan yang ada? minta masukan pendapat dari semua ye?

Artikel Berkaitan:

    Contest ‘Di Sini Kisah Coklatku Bermula’
    Semailah Cinta Dalam Keluarga
    Pendidikan Anak Bermula dari Sebuah Keluarga
    Aktiviti bersama anak : Mewarna Online
    Aktiviti bersama anak : lelong lukisan

filed under: Kisah Keluarga, Sembang

1 response to "Kisah keluarga : Work at home father"

  1. ummu_abdullah ummu_abdullah says:

    wah wah… seronoknyer duk umah…

    gambar tu apa kena mengena dengan WAHF?

Leave a reply

Copyright © 2009 Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak . All rights reserved.
designed by alfatihstudio.