Sudah ramai ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan sistem pembelajaran anak-anak di sekolah. Silibus pendidikan yang terlalu exam oriented, menumpukan kepada peperiksaan semata-mata, sehingga mengabaikan aspek yang lebih penting di dalam kehidupan, aspek pratikal. Ilmu yang dipelajari dan dihafal menjadi kayu ukur kepada harga diri seseorang di mata sekolah khususnya dan masyarakat umumnya.
Sebagai seorang yang dibesarkan dalam suasana pendidikan, ayah saya seorang mudir yang juga diantara founder kepada sebuah sekolah agama swasta, Sekolah al-Azhar, adik beradik saya kebanyakkannya pernah juga menjadi guru di sana, suami saya pernah mengajar di sebuah sekolah agama swasta dan ditambah lagi dengan diri sendiri sedang belajar dalam bidang pendidikan di UPSI, persoalan tentang pendidikan sudah menjadi lumrah untuk selalu difikirkan dan dibincangkan dalam sehari-harian.
Mungkin dari sinilah timbulnya semangat untuk saya meletakkan pendidikan anak sebagai antara fokus utama di dalam hidup saya. Dari semangat inilah yang menemukan saya kepada konsep homeschooling, iaitu anak tidak dihantar ke sekolah, tetapi diajar sendiri.
Kelebihan homeschooling banyak, yang paling jelas adalah siapa lagi yang lebih bersungguh-sungguh dalam mendidik anak kita kalau bukan diri kita? kerana sebaik mana pun suatu sistem pembelajaran, seandainya diajarkan oleh guru yang cuma sambil lewa sahaja dalam mengajar, sistem itu akan gagal. Sebaliknya, sistem pembelajaran yang biasa-biasa sahaja pun, seandainya diajarkan oleh guru yang berdedikasi dan bersemangat tinggi, biasanya akan membawa kepada kejayaan.
Seorang guru, perlu menumpukan perhatian kepada 30 ke 40 orang murid pada satu-satu masa, bagaimana kita mahu mengharapkan yang dia dapat memberikan tumpuan pada anak kita? Seorang guru yang masuk berjumpa dengan anak kita selama 4 jam seminggu, bagaimana akan memahami anak kita dengan baik? sedangkan kita pun kadang kala masih kurang memahami kehendak anak sendiri.
Saya sendiri pernah menjadi guru, dan secara jujurnya, guru-guru rata-ratanya bukanlah orang yang selalu memikirkan masalah anak murid yang diajarnya, mereka hanya memikirkan bagaimana agar anak murid mereka boleh mendapat hasil periksa yang baik.
Sedangkan kaedah pendidikan yang diajarkan oleh al-Qur’an adalah :
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.” (ali-imran:159)
Anak yang selalu dimarahi akan belajar untuk memarahi, anak yang selalu diajak berbincang akan belajar untuk bertoleransi. Sebagaimana kita menginginkan sesuatu, maka kita menggunakan kuasa marah yang kita ada, begitu jugalah nantinya anak kita, apabila mereka menginginkan sesuatu maka mereka pun menggunakan kuasa marah yang ada pada mereka.
Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat menginginkan kemudahan buat ummatnya, seandainya diberikan dua pilihan, maka baginda akan memilih yang paling ringan diantara kedua itu. Akan tetapi beliau sangat tegas apabila sesuatu yang melibatkan perkara yang haram.
Akan tetapi, mengambil keputusan untuk home schooling bukan suatu keputusan yang mudah. Antara cabaran paling besar untuk dihadapi adalah padangan orang terdekat, keluarga, sanak saudara dan sebagainya. Bagaimana suatu konsep yang begitu pelik ini mahu disampaikan kepada mereka dengan baik.
Persoalan seterusnya adalah, mampukah kita bertahan dengan duduk di rumah dan sepenuhnya mendidik anak? apakah kelayakan kita berbanding guru-guru yang memang sepenuh hidup dan masa mereka dihabiskan untuk mengajar, bolehkah kita berbuat lebih baik dari mereka?
Artikel Berkaitan:




















Persoalan yg di bawah sekali yang paling sukar saya nak jawab…
Alangkah inDahnya kalau dpt memikiokan ttg homeschool
Sbg working mommy takdak choice nampaknya tp saya rasa kalau kita turut turin Padang dlm hal sekolah anakanak xde masalah kurikulumnya cemana. Masalahnya bila 100% harap ke cikguu jeeeee
Huhu… Sabar lah… ibu yang bekerjaya ni memang susah sikit… balik rumah pun dah letih dah… kebanyakan life habis pada kerja…
Tapi jangan jadikan ia alasan untuk mengasingkan sebahagian dari tenaga kita untuk anak-anak kita. Kalau bukan kita yang nak concern kepada pendidikan mereka, siapa lagi yang nak kita harapkan?
Buat homeschool jugak, cuma bukan fulltime la… maksudnya jadikan rumah kita sebagai sekolah kehidupan buat anak-anak… terutama di sisi yang kurang ditekankan oleh sekolah seperti akhlak, motivasi, peribadi dan sebagainya…
Kalau boleh ambil satu masa, duduk bincang dengan hubby, ape silibus yang nak buat untuk memenuhkan sisi peribadi ini. Contohnya, cleanliness, menjaga kebersihan, apa yang perlu buat di rumah supaya anak terdidik dengan kebersihan? dsb…
huhu… saya pun sukar jugak nak jawab soalan tu… sebab terasa masih banyak perlu belajar…
Anak-anak ni bukan macam eksperimen kimia yang saya selalu buat dalam lab tu, kalau gagal, amik je yang lain, buat sekali lagi…
Dan anak-anak bukan macam komputer yang kalau ditekan begini akan jadi begitu, belum tentu cara yang sama sesuai untuk semua anak…
Hmm… semakin belajar, baru tahu yang sebenarnya terlalu banyak yang kita tidak tahu… huhu…
Salam,
Saya mempunyai pendapat yang berbeza mengenai homeschool. Oleh kerana mentaliti saya dan suami mahukan anak menjadi pendakwah kelak, saya lebih suka jika mereka sejak kecil menyesuaikan diri dengan pelbagai sikap manusia dan pelbagai jenis bangsa. Resam pendakwah itu keluar mengembara mencari ilmu. Pelajaran anak2 di sekolah boleh dipantau setiap masa oleh ibubapa dirumah dgn melihat hasil kerja rumah mereka dan tanyakan kepada mereka untuk menguji kefahaman di sekolah. Di rumah, ibubapa perlu menekankan tarbiyah rohaniah dalam diri anak2. sekadar btukar2 pandangan, t.kasih.
ummufarhan´s last blog ..Salam Ramadhan al-Mubarak
w’salam,
Wah, bagusnya nak anak menjadi pendakwah sejak kecil lagi. Kami pun sama insya’allah. Setiap orang yang bersyahadah adalah da’ie.
Satu hari saya tanya Abdullah, “nak pergi mana tu?”, “Nak pergi kerja”. “Kerje ape?”, “Kerje Dakwah”. Huhu… amin…
Bagusnya nak mengajar anak bersosial sejak dari awal.
Cuma, mengapa hadkan kalau nak mengajar anak bersosial, mereka perlu ke sekolah? banyak lagi cara lain. Apabila petang-petang, mereka keluar bermain, dari situ mereka belajar bersosial. Apabila kita keluar untuk urusan dakwah, bawa mereka bersama, mereka akan belajar bersosial dengan orang dewasa (yang turut berdakwah) dalam lingkungan kita. Mereka belajar dan melihat secara first hand apa kerja kita.
Mereka rasakan secara langsung kaedah fiqh dakwah yang perlu digunakan sewaktu berdakwah. Apabila kita menziarahi sahabat, bawa mereka, apabila kita berprogram, bawa mereka, apabila kita buat training, bawa mereka. Libatkan mereka dengan sebanyak mungkin aktiviti yang boleh kita libatkan.
Bersosial dengan orang dewasa rasanya lebih besar manfaat buat anak berbanding belajar bersosial dengan budak kecil yang lain.
Sebenarnye kami pun tak bersetuju dengan 100% homeschooling. Konsep homeschooling yang paling menarik minat kami adalah anak tak semestinya dihantar ke sekolah kerajaan dan mengikut silibus kerajaan. Kemudian kita boleh susunkan bagaimana kehendak pendidikan anak yang kita mahukan.
Sekolah yang berteraskan pengajaran cinta, keimanan dan membangkitkan potensi diri, bukan berteraskan materialisme dan exam oriented. Anak belajar, kerana memang dia memilih untuk belajar.
Sekolah ini mungkin sahaja di rumah, di taman, di sekolah pondok, di sekolah swasta, atau cuma berpakat dengan kawan yang mempunyai pendapat yang sama dengan kita untuk kita susunkan modul pembelajaran anak-anak kita.
Perinsipnya adalah merubah daripada tunduk kepada keadaan yang ada, kepada kita yang membentuk keadaan yang kita mahukan pada anak-anak kita.
Pembelajaran bagaimana bertindak menyesuaikan diri dengan pelbagai sikap manusia dan pelbagai jenis bangsa itu mungkin lebih baik dipelajari apabila mereka sendiri telah punya keperibadian mereka sendiri. Kerana anak kecil lebih mudah terpengaruh dengan suasana berbanding mempengaruhi suasana.
Kalau alasannya, ada anak yang ikut sekolah biasa ok jer, perlu lihat juga banyak anak yang ikut sekolah biasa rosak akhlaknnya. Memang la ada yang ok. Dan sedikit sebanyak mereka akan terpengaruh juga dengan cara berfikir kawan-kawan mereka.
Imam Syafi’e sendiri jarang keluar ke pasar, kerana takut unsur buruk masuk ke dalam diri dia. Kalau keluar ke pasar pun, dia akan menutup telinga, supaya tidak masuk unsur-unsur yang buruk dalam dirinya.
Ulama’-ulama dahulu kebanyakannya sudah dididik oleh ibubapa mereka sehingga punya keperibadian sendiri, baru kemudiannya mengembara mencari ilmu ke seluruh pelusuk dunia.
Mungkin apabila sampai masanya, mungkin ketika form 1, atau mungkin form 4, apabila anak kita telah mempunyai keperibadiannya sendiri sebagai seorang da’ie baru kita masukkan dia ke dalam sekolah-sekolah biasa supaya mereka pula menjadi ajen perubah dan bukan mereka yang dirubah oleh suasana. Pada ketika ini memang betul, dia akan belajar secara praktikalnya bagaimana berdakwah, mereka masuk ke dalam masyarakat dengan misi bagaimana menarik masyarakat, bukan lagi masuk untuk melihat dan ikut dengan pemikiran sekeliling mereka.
Apapun, ini adalah pendapat kami. Mungkin benar mungkin salah. Kalau ada pendapat lain, teringin jugak nak tahu. Mudah-mudahan bermanfaat buat semua.
cantik n ideal. Masih pjg lg pjlanan sbg ibubapa y akn dharungi. Apa pun silibus , pastikan anak-anak mendapat ransangan yang menyeluruh sebagai seorang insan ciptaan Allah selain aqidah yang pasti. Kak Miz begitu tetarik dgn entri saiful islam y btjuk ‘ belajar dari pokok semalu’. gunakan alam (benda maujud / psekitaran ) utk myampaikan mesej tarbiyah. inilah dinamakan ‘hands on dan meaningful learning.’
Salam ukhuwah fillah. Mabru’ alaiki, atas usaha yg amat menarik ini. Usia mu msh muda tp sudah jauh matlamatnya.TAHNIAH!!!
Ana dah ada 3 permata(2adam n 1hawa…ALHMDLLH). Semasa proses mmbesarkan 2adam. ana didik cara biasa2 aje, sbb kurng ilmu.sulung dah umur 8thn,ke-2 7thn. Agak t’lewat utk mmulakn ilmu2 yg ummu bg….(sedih skt). 6 nak msk 7thn(beza trkh lahir anak ke2 n ke3 ni, cuma 2hari je, beza thn le)br dptanak ke3. skrng dah msk 11bulan. Ni yg seronok dapt ilmu bnyk dr ummu. “Homeschool” amat menarik. Kita mmg wajib mnjadikn anak2 kita sbg DAE’I.Tugas dakwah adalah tugas manusia. Di Indonesia ada 1 ranc. tv , khas utk melatih anak2 untk berani brcakap(Program PIDACIL-Pidato kecil)cuba cari!!!
Rakan semua boleh bncng sama2 utk susun silibus homeschool, INSYAALLAH.
InsyaAllah, masih dalam perancangan dan pelaksanaan.
betul tu, PILDACIL memang best!Teknik mengajar anak jadi bijak bicara, kite kne tau tu..
salam ,
saya prefer part-time homeschooling di mana saya masih kekalkan belajar di sekolah macam biasa dan kita ibubapa buat pemantauan dari semasa ke semasa..
kita masing2 tahu kemampuan masing2..bg saya , saya x mampu nk capai tahap full homeschooling..banyak lagi yg saya tak tahu.
sekolah al-zahar yg di Jitra tu ke?
kalau yg itu,saya pernah bersekolah di sana selama setahun (thn 1995)..
ummu hanie, betul tu, ikut kemampuan, yang penting kita tidak abaikan pendidikan anak di rumah. ya, sekolah alazhar di jitra… alamak… siapakan ummu hanie ni? hehe
nak berkenalan lahh…. huhu
saya jumpa blog akak di wc.. ehhe
saya mempunyai anak oku berumur 9tahun.Bersekolah di Sek Usman Awang Kota Tinggi,Johor.Mahu dapatkan maklumat belajar di dalam rumah kerana anak saya menghidap penyakit Spinal Muscular Arthopy Type2.
Homeschooling sekarang dah semakin banyak dipraktiskan di negara2 Barat dan seakan2 ini adalah trend baru ibubapa hari ini. Cuma di Malaysia, saya rasa benda ini masih dianggap benda baru.
Ada banyak bahan2 dalam internet yang membincangkan ttg homeschooling utk ibubapa2 yang serius nak homeschool anak2 mereka. Tapi, kena pandai2lah tapis sebab kebanyakan syllabusnya dikarang oleh orang yg bukan Islam. Yang Islam pun ada, cuma tak sebanyak mcm yang bukan Islam tulis.
Makin rancak kita bertukar-tukar hidangan tentang ‘homeschooling’, makin luaslah persepsi kita tentangnya.
fahamkan bahawa ‘pendidikan itu bermula dari rumah ‘. Sentuhan pertama pendidikan anak-anak adalah ibu ayahnya.
Inilah erti yang hakiki tentang apa yang diwar-warkan oleh barat. Mereka mencedok kaedah ‘ manhaj tarbiah ‘ rasullulah kita.
tergambar dalam kata-kata rasulullah yang amat popular di kalangan pendidik,
” setiap anak yang baru dilahirkan itu dengan membawa fitrah. Orangtuanyalah yang menjadikannya Yahudi , majusi atau nasrani ”
“Perintahlah anakmu untuk solat ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka (jika enggan solat ) ketika berumur sepuluh tahun.”
ini antara hadis yang memahamkan kita betapa ‘homeschooling’ adalah penting dan ianya sememangnya amalan dalam kehidupan Islam.
yang difikirkan : pelbagai aspek kemampuan… masa , tenaga , wang ringgit, silibus , ilmu ttg
( perkembangan kanak-kanak adalah paling penting ).
k.miz setuju dgn pandangan ummu farhan.
pendedahan dari segi sosial amat penting bagi anak2 mencapai kematangan emosi, terutama rakan sebaya.
Tambahan kalau ke sekolah , anak-anak akan belajar pelbagai aspek perkembangan mereka semasa aktiviti pembelajaran dijalankan. Antaranya, apa erti kerjasama, tolak-ansur , bersabar , menunggu giliran , meraikan kawan-kawan ,memahami budaya selain keluarganya, mengikut arahan dan peraturan.
untuk ini , ibubapa harus teliti sekolah-sekolah yang dapat menyambung usaha-usaha homeschooling yang telah dijalankan di rumahnya sebelumnya. Setidak-tidaknya terdapat kesinambungan dua hala.
kalau ingin melaksanakan ‘Homeschooling’
sepenuhnya dengan kudrat sendiri , memang memerlukan satu keupayaan yang amat luar biasa.ibubapa kenalah mahir segenap aspek pembelajaran dan pengajaran.
k.miz sendiri akhirnya berkongsi ( menyumbang dan menerima ) dengan ramai orang dalam melaksanakan amanah ini hinggalah tertubuhnya tadika.
untuk menggalas amanah dakwah dan tarbiah memang tak termampu tanpa kesatuan jiwa.
Allahua’alam.
baru saja habis mengikuti kursus standard pembelajaran bagi pra sekolah yang ditetapkan oleh kementerian pendidikan malaysia pada 16-17mac 2010.
waduh…kalau xmau terikat dgn kurikulum ni,…huhu…buat homeschooling is better.
nampak macam tak menjadi manusia….
kami , pihak swasta …tak berkenanlah…
Waa… menakutkan je bunyi nya…
ape agaknya isi kandungan kurikulum tu ek?
sp (standard pembelajaran ) bg ank 6 tahun…utk pddikan islam…
. menyebut rakaat dan waktu solat.
. mengetahui perbuatan dalam solat.
( bacaan – tgu tahun 1 )
kalau ginilah…macam mana nak merealisaikan
hadith ; ” suruhlah anak kamu solat pada usia 7 tahun. ”
inilah silibus y diguma pakai oleh ‘ pra sekolah , kemas dan perpaduan ‘.
ini baru penddikn islam. kalau ikut sp depa , tak pandailah anak membaca.
patutlah bebudak depa tak pndai mbaca sb sp depa ttg kmahiran mbaca bercelaru wp
y dtetapkan : mendengar , bertutur , membaca dan menulis.
mendengar mesti menaakul katenya…tp..ah saling mesekularkan….
owh, macam tu ke?
harapnya semua orang sedar akan perkara ini. Kita perlu mulakan pendidikan dari rumah. Bukan ketika hantar anak ke tadika yang menggunakan kurikulum ini…
Jika ingin hantar ke tadika sekalipun, lihat dan periksalah modul pembelajarannya terlebih dahulu… Jazakillah kak miz atas info yang berguna ni…
ye..mengetahui modul pebelajaran sesuatu tadika adalah hak ibu bapa malah proses dan aktiviti pembelajaran&pengajaran juga perlu diketahui.
Ini adalh kerana di samping modul,
kaedah pembelajaran adalh jg ‘keutamaan’ dalam menyampaikan ilmu pada kanak-kanak.
ilmu y sahih tp kaedah tdk menepati psikologi pkembangan kanak-kanak akan mendera kanak-kanak. kasihan anak-anak.
belum menjulur , udah dipaksa merangkak.
banyak tadika y mengajar anak-anak dgn tdk memahami ‘perkembangan kanak-kanak’.
bila diterangkan:
‘ dalam sesi p&p mestilah mengambil kira perkembangan kanak-kanak’ haa…barulah ada pengusaha y berkerut2 dan nak mengamuk-ngamuk.
” ape kehenye kome ngajo bebudok tadika matematik sampai sifir?’ kalau ajar konsep tak pe tanpi dengan objek. (benda maujud ). ini dak , ngajo ayat matematik…” Lagi kasihan , anak-anak diberi exam dan homework.
ibubapa y tak faham, mmg suka sebab nampak macam ‘keformalan belajar’ dan hasil y kononnya terukur. malangnya mereka tak tahu anak-anak mereka sedang terhukum oleh sistem tadika tersebut. Rugi bayar mahal-mahal tp anak-anak bagaikan dalam penjara…sedihkan.
semasa percutian y lalu , k.miz bertemu dengan anak saudara dari johor dalam sebuah majlis perkahwinan. udah lima tahun umurnya dan baru sj menapak-napak ke tadika. ibunya mengkhabarkan …”tasha ada kerja sekolah cuti sekolah ni, kena tulis huruf ‘c’ satu muka surat”.
Laa..kesian tasha..lenguh tangan yek?” sampuk k.miz. dgn otot y masih tdk matang, apalah maknanya pd tasha, kasihankan?
cikgu2 ni tak tau buat aktiviti utk memupuk kemahiran otot ke? tulis! tulis! tulis! kalau tak menulis atas kertas , tak belajar la anak-anak ini agaknya pada fahaman mereka dan juga ibubapa.
salam…
saya adalah seorang guru sekolah. kelemahan yg saya nampak bila anak dihantar ke sek ialah berlakunya percampuran aduk ant anak lelaki dan perempuan. sedari ting 1 lagi, anak2 dah menunjukkan minat kpd yg berlawanan jantina…maka berlaku kes2 yg menjurus kpd bunga maksiat..telah bnyk kali saya saksikan di dpn mata dan sudah bnyk kali dihalang tetapi berlaku juga..ibubapa tdk mengetahui hal ini….
saya setuju homeschool utk anak2 perempuan…..dan di sek kita hantar anak lelaki shj…krn ia adalah utk keselamatan anak2 kita juga…
percampuran / pgaulan adalh lumrah dan realiti bmasyarakat. y sukar adalah cara sistem mengatur pergaulan.
kl matlamat homeschooling semata-mata nk tgni pgaulan rasanya tak bebaloi.
alhamdulillah, banyak perkongsian di sini…
Ye, betul tu puan halina… Masalah yang dihadapi dan cabaran bagi ibu bapa juga tentang pergaulan anak-anak di sekolah…
Kita tetap tidak menyalahkan para guru di sekolah, kerana saya yakin puan halina juga telah berusaha untuk membendung masalah tersebut. Namun seperti kata kak miz, ia adalah budaya dan realiti yang amat sukar ditangani. Namun ia TIDAK MUSTAHIL untuk menangainya….
Kesungguhan kita mendidik dan membawa masyarakat kepada ISLAM yang SEBENARNYA adalah tanggungjawab yang berat. Namun, ISLAM ADALAH PENYELESAIAN segala-galanya.
Nampak macam mudah… Tapi, cikgu jugak yang tahu betapa peritnya kan???
APe pun, kita berusaha untuk anak2 kita dan juga masyarakat agar menjadi manusia yang sentiasa sedar akan kuasa Allah… InsyaALlah
dah puas fikir cara nak didik, buat masa ni yang ‘ideal’ bagi saya ialah untuk ada satu tempat di mana anak2 rasa bebas untuk keluar ke laman, memang kita nak seluas-luasnya, tapi setakat ada laman boleh cucuk tanam sikit pun ok la..itu ideal, kalau takde terpaksa la naik kereta pergi taman..
lagi ada beberapa ibu/pembimbing dari latar-belakang yang berlainan, contohnya agama, sains, matematik, bahasa, dalam 4-6 org would be nice, tetapi berfikiran terbuka, dan spesifik untuk anak2 pd tahap awal, perlu juga berfikiran islamik dan progresif.
Jadi bergilir-gilir lah di situ mengajar anak2. I believe in multi-age grouping, setiap anak, walaupun umur sama tapi masih pada tahap berbeza dlm subjek2 yg berlainan. Juga byk research yang support peer learning, iaitu dalam suasana multi-age.
Silibus/kurikulum byk dan mudah saja fikir saya, dah banyak metod dikaji, montessori, waldorf/steiner, reggio-emilia, yang spesifik homeschool guna: charlotte-mason, well-trained mind. Semua dah ada dan sedia, nak cari mudah saja, nak tailor ikut acuan kita saya kira mudah jika kemahuan tu ada, untuk anak2 library banyak sumber, tak cukup boleh tumpang library uni2 tempatan, pun byk sumber..yang masalahnya, bagi saya lah, untuk mula dengan ibu2 yang sehaluan..i don’t want to do it alone
pergaulan tak perlu risaulah dgn homeschool, kalau hantar ke sekolah yang saya tengah risaukan. bukanlah nak kata anak2 jadi katak bawah tempurung bila homeschool, tapi sy menjurus kepada socialisation yang terkawal, ada adult yang memerhati, tapi tak semestinya masuk campur kan..ya saya mmg setuju dgn ummu_abdullah yg saya hanya boleh lepaskan begitu saja bila anak sudah tetap pendirian, umur berapa tu wallahu a`lam, form 4 bg sy kalau untuk ke asrama tu boleh lah jika anak sudah agk teguh pendiriannya..
Apapun sy mencari ummi2 yg sehaluan, nak chit chat saja pasal pendidikan, minat nak homeschool, mungkin boleh bincang2, boleh contact saya:
ain_jalal-at-yahoo-dot-co-dot-uk
intisaar´s last blog ..mencari-cari