Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!
Powered by MaxBlogPress 
Your are here: Home // Kisah Keluarga // Bila Ummi Sakit

Bila Ummi Sakit

(coretan ini khas buat tatapan pembaca blog anakkusayang.com)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

heart_valves

Pada tanggal 14 januari 2010 yang lalu, saya telah dimasukkan ke Hospital Kuala Kubu Baru dan kemudianya dipindahkan ke wad ICU, Hospital Kuala Lumpur.
Kisahnya bermula selepas saya mengalami sesak nafas 3 hari sebelumnya dan bengkak-bengkak pada kedua belah kaki. Mulanya, doktor di sebuah klinik swasta membuat pemeriksaan keatas saya dan memberitahu bahawa saya mengalami annemia(kurang darah) dan memberi ubat untuk menambah darah. Saya dapati tiada perubahan pada kesakitan yang saya alami. Malah saya tidak dapat tidur dan tidak boleh buat sebarang kerja kerana sesak nafas yang semakin teruk.

Suami segera membawa saya ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut. Alhamdulillah, ketika itu adik ipar ada untuk membantu suami membawa dua orang anak saya yang masih kecil. Ketika saya dimasukkan ke hospital, pegawai perubatan tidak dapat mengenalpasti penyakit sebenar yang saya alami. Antara kemungkinan yang mereka jangkakan adalah paru-paru berdarah atau jangkitan kuman pada paru-paru. Kedua-dua penyakit yang dinyatakan adalah penyakit serius yang sukar diubati. Suami amat merisaukan kesihatan saya terkedu menerima berita tersebut.

Alhamdulillah, Allah swt memberi teguran pada kami melalui penyakit ini. Doktor pakar memberitahu saya menghidapi sejenis penyakit yang dikenali sebagai Peripartum Cardiomyopathy.(http://en.wikipedia.org/wiki/Peripartum_cardiomyopathy).
Jantung saya membengkak, paru-paru tidak dapat mengepam dengan baik. Sepanjang terlantar di ICU, anak-anak dijaga oleh ibu bapa saya. Seluruh ahli keluarga menitiskan air mata kesedihan dengan berita yang mereka terima. Namun, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT anak-anak tidak banyak meragam dan dapat menyesuaikan diri dengan mudah. Cuma yang paling menyedihkan saya, anak kedua saya yang baru berusia 51 hari ketika itu terpaksa memulakan penyusuan susu fomula memandangkan saya tidak dapat menyusukannya ketika berada di ICU.

Selepas 3 hari, saya dipindahkan ke wad pemulihan jantung untuk mendapatkan rawatan jantung dari doktor pakar disitu.Alhamdulillah, kesihatan saya semakin stabil. Bantuan oksigen tidak lagi digunakan. Saya sudah dapat ke tandas sendiri dan mula menjalankan terapi untuk memulihkan kesihatan saya. Cukup seminggu berada di Hospital Kuala Lumpur, akhirnya saya dapat kembali kerumah dan berjumpa dengan anak-anak serta keluarga tercinta.

Walaupun mereka menziarahi setiap hari, perasaan dapat berkumpul sekeluarga merupakan suatu nikmat terindah yang Allah SWT kurniakan pada saya ketika itu. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah syukur Ya Allah.

Sepanjang peristiwa tersebut, banyak perkara yang Allah SWT mahu sampaikan kepada saya. Bagi saya ianya suatu teguran kasih sayang Allah buat kami sekeluarga. Sebagai seorang ibu, 7 hari tidak dapat berjumpa dengan anak-anak adalah saat yang sukar untuk dihadapi. Namun, kedekatan dengan Allah SWT adalah suatu rahmat yang tiada tandingannya.
Alhamdulillah, ketika ini saya lebih menghargai amanah Allah SWT, menghargai pengorbanan suami, menghargai kasih sayang ibu bapa serta menghargai setiap detik kehidupan yang Allah kurniakan. Semoga Allah terus memberi peringatanNya hingga ke akhir nyawa.
Selawat Syifa’(dihafal sewaktu ICU)

salawat syifa

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

Wallahua’lam

Artikel Berkaitan:

    Bila Anak Menangis
    Bila anak lambat bercakap
    Bila ibu “hilang sabar”…
    Perniagaan dan Anak-Anak
    Anakku Menjangkau Usia 2 Tahun

6 responses to "Bila Ummi Sakit"

  1. Masya’allah…
    Tak terbayang kalau diri sendiri menghadapi ujian seupama itu…
    Alhamdulillah segalanya semakin pulih…
    Kami doakan yang terbaik untuk Ummu_Nasuha

  2. Ummu^nasuha Ummu^nasuha says:

    Terima kasih buat semua.. Alhamdulillah anak saya sudah mula menyusu badan semula..doakan mg penyusuan dapat diteruskan hingga azzam berusia 2 tahun. :)

  3. ummu syaheedah ummu syaheedah says:

    alhamdulillah, moga jadi ibrah utk semua.
    satu hari pun saya tak dapat berjauhan dgn amirah..ni kan seminggu. tabah ya ummu nasuha.

  4. Ummu^nasuha Ummu^nasuha says:

    jazakillah buat ummu syaheedah..
    baru tau nm ank amirah.. :P
    rindu nk jumpa..

  5. Zura Zura says:

    Salam ummu nasuha…nasib kita serupa saya juga trkene sakit yg sama selepas ank prtama berumur 2 bln.tp keadaan ummu nasuha masih beruntung kerana ketika saya mengalami sesaknafas hubby bertugas di oversea so shinggalh kaki saya bgkak barulh saya buat keputusan untuk ke hospital. Semasa dibhgian pesakit luar semua org lihat saya seperti tidak sakit itulah saya trpksa tabah dn kuat semangat untuk mgharungi tanpa suami didisi dn ank 2 bln yg prlu di jaga.(tetapi di dalam hati dan keadaan diri tuhan yg maha kuasa sahaja yg tahu). Ok slps saya jumpa doktor , doktor cukup trkejut dgn keadaan sebenar dan telah mghntr terus saya emergcncy dgn menaiki ambulan(doktor kata keadaan saya merbahaya sehinggakn saya kn marah sbb nkjln kaki jer ke bhgn emergency…malu lahsaya nk naik ambuln sbb saya masih blh brjln) slps pemeriksaan saya telah dimasukkn ke wad dn pereksaan echo ke atas jantung saya dibuat. Di sini doktor sekali lg trkejut keputusan dr echo hanya 18% sahaja jantung saya brfungsi . Kali kedua echo still result yg sama dn doktor terkejut bagaimana saya blh brjln dan ikut result mcm tu pesakit sudah trlantar di wad icu. Inilah kuasa tuhan mgkin dgn dibekalkn semangat dn tabah memandangkn ank yg masih kecil yg sgt mmrlukn ibunye…. dn jg belum lg melihat babahnye. 10 hari saya di wad. Rawatan ubat yg dibri telah meningktkn fungsi jantung saya ke 28% slps 1 bln. Keadaan saya still tk blh dukung ank shinggalah kwn mmprkenalkn spirulina dr Kayla. Alhmdulillah sgt slps 2 mggu ambil spirulina saya dh boleh dukung ank dan brlari2.semasa saya mengandung ank kedua alhmdllh jantung saya sudah 40% dn sesak nafas sudah tiada.. sehinggalh brsalin ank kedua. Slps ank prtama umur 2 thn 3 bln tiba2 ank sy jatuh sakit dn meniggl dunia slps 8 bln mgharungi sakitnyer .slps itu sakit saya kembali semula mgkin di sebbkn trlalu sedih dn juga letih mnjaga ank trcinta ketika sakit. mgkin ummu nasuha tk percaya ketika ank menutup mata didlm pangkuan tiada sesiapa di sisi dn saya juga tidak menitiskn air mata…ramai org kata saya tak ada perasaan tp tuhan sahaja yg tahu slps ank menutup mata jantung sy berdegup pantas mcm nk pecah tp saya terus ingtkn tuhan jika saya mengikut hati dn perasaan mgkin saya akn gila… saya masih ada seorang lg ank yg perlu di jaga so kuatknlah iman dan hati iniuntuk teruskn hidup yg masih panjang… Slps 3 bln pemergian ank prtama saya merancang untuk mengandung lg dn ketika inilah jantung saya kembali sakit dn ank ketiga slmt lahir dgn bedah. Sehigga skrg umur ank ketiga saya sudah 2 thn 8 bln dn jantung saya didapati semakin teruk. Saya telah pergi ke IJN dn diberi ubat untuk kuatkn jantung tp nasib tdk menyebelahi semer ubt tdk sesuai untk bdn saya krn kesan semakin teruk slps pengambiln ubt yg di beri. Sehigga ke hari ini saya berdoa semoga suatu hari nnti adalah penawar untuk jantung ini selain di gantikn dgn jantung yg baru…setiap hari hidup saya trbatas… Sesak nafas semakin teruk mmg setiap hari tetapi saya tetap seperti dahulu kuatkn semangat sehiggakn kwn2 sekeliling tdk perasan yg saya mmpunyai sakit yg boleh meragut nyawa…tetapi ummunasuha dn sesiapa shj yg prnh mghadapinya pasti tahu bagaimana seksanya menanggung kesakitan ini…tetapi hidup perlu di teruskn dn harapan dn doa saya semoga sakit ini ada penawarnye dn bukan hanya brgantung pada jantung baru…semoga ummunasuha sihat walafiat .kuatkn semangat dn jaga baik2 jantung tu jgn jd seperti saya menghitung hari adakah masih ada hari untuk meneruskn hidup ini… Salam.

  6. Ummu^nasuha Ummu^nasuha says:

    Subhanallah..sungguh besar ketabahan dan kesabaran Pn Zura.alhamdulillah setiap ujian membuatkan kita lebih dekat pd Allah SWT..mg kt memperoleh syurga Allah..smoga puan juga terus sihat dan menjalani detik2 seterusnya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan pd Allah..insya’Allah sy sentiasa mendoakan puan.

    salam ukhwahfillah.

Leave a reply

Copyright © 2009 Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak . All rights reserved.
designed by alfatihstudio.