SHARE
Inilah Anak Petah Bercakap

“Amad tak buat apa-apa pun, amad angkat je, pastu terlepas, pastu tumpah air tu…”

“Amad cuma nak main game je, tiba-tiba keluar yang ni”

“Amad nak minum susu, pastu amad tertumpahkan…”

Seorang anak berusia 2 hingga 3 tahun belum mampu membezakan dengan baik yang betul atau salah. Jadi apa-apa kesalahan yang dilakukannya akan dianggap satu perbuatan normal. Bagi kanak-kanak yang petah bercakap seawal usia 2 tahun, memang banyak menguji ibu bapanya dan banyak juga membuat ibu bapa ketawa. Tumpahkan air, makanan atau pecahkan sesuatu tanpa sengaja bukanlah satu kesalahan. Jika anak cakap “tak sengaja” maka terimalah dan percayalah apa yang diperkatakannya. Kelak mereka akan percaya diri sendiri dan faham perkataan yang disebutnya.

Bila ada anak yang boleh bercakap seawal usia 2 tahun, kalau ayat kita, banyak alasan anak kecil itu akan berikan. Anak saya Muhammad, 3 tahun sangat petah bercakap, jadi dia akan diam ketika tidur atau menonton televisyen sahaja. Waktu lain mesti akan diajak bersembang.

Lagi satu, tentang berkawan. Apa yang saya dapat lihat, anak yang petah bercakap akan gemar berkawan dengan kanak-kanak yang lebih tua atau mereka akan lebih mesra dengan orang tua. Bila mereka dapat menguasai perkataan-perkataan, mereka akan lebih yakin untuk berdepan dengan orang lain.

Apa yang perlu ditekankan jika anak banyak bercakap adalah mendengar dengan baik. Memang agak memakan masa kita dan biasanya akan terkeluar kata-kata ini:

“Boleh tak amad diam kejap je, umi nak buat keje sekejap”

“Tutup mulut kejap, adik nak tido”

“Boleh tak amad sembang dengan abi pulak”

“Tutup mulut! Pejam Mata!”

Owh! Serius ini bukanlah ayat yang perlu diulang-ulang kepada anak yang banyak celoteh. Tapi ibu yang kurang sempurna ini sering juga keluarkan ayat-ayat ini.

Jadilah pendengar yang baik kerana mendengar lebih mudah dari bercakap (hehe..).

1 COMMENT

  1. askm. tahniah anak bercakap awal. ayat2 yg biasa bila mula hilang sabar, cuma cara beritahu dgn lembut dan nada memujuk mungkin banyak membantu

LEAVE A REPLY