Daripada: Penulis Baru Anakkusayang.com (Klik sini untuk melihat Team Anakkusayang)
Bagaikan tidak terasa hampir 2 tahun yang lalu aku melalui detik-detik indah melahirkan dan memiliki bayi yang sungguh comel menjadi penyejuk hati buat kami suami isteri, dia adalah Raja Nornasuha yang lahir pada 7 Januari 2008 selepas hari lahir ke 22 tahun ayahnya pada 6 Januari 08.
Kenangan terindah adalah melihat perkembangan anakku yg setiap hari membesar dengan ASI(air susu ibu), kini usianya mencecah 2 tahun dan sehingga kini ASI merupakan minuman yang mesti baginya walaupun telah mula diperkenalkan dengan susu yang lain.
Saat yang tidak akan pernah dilupakan, syukurnya aku sebagai ibu yang diberikan ASI berlimpah, alhamdulillah.
Dan kini ini anakku semakin bijak dan membesar dengan sihat. Alhamdulillah. Hidupku sungguh indah kerana memiliki suami terbaik dan puteri comel yang pandai bergaya. Alangkah cepatnya dunia berputar dan nasuha kini menjangkau usia 2 tahun.
Setiap ibu pasti merasakan perkembangan anaknya terlalu istimewa buat dirinya, kebersamaanku bersamanya setiap hari membuatku merasakan dia puteri yang cukup istimewa yang perlu ku didik dan tarbiyyah sebaik mungkin.
Pada usianya 7 bulan giginya sudah mula tumbuh, dia sudah pandai memilih dan agak cerewet, dan pada 11 bulan dia sudah mula melangkah setapak demi setapak.
Ketika awal dia mula berjalan kami sangat bimbang. Kini setelah berusia setahun 11 bulan dia sudah laju berlari dan gemar memegang pen dan kertas untuk menconteng. Kami menyediakan buku untuknya supaya dia dilatih untuk tidak menconteng ke tempat lain.
Syukur atas kurniaan Allah swt, kini kami telah pun dikurniakan seorang lagi cahaya mata. Dan kini Nasuha mempunyai seorang adik lelaki yang dilahirkan pada hari wukuf ketika umat Islam mengerjakan haji di tanah suci iaitu tanggal 9 zulhijjah 1430 Hijrah yang lepas, sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha.
Sokongan dari suamiku tercinta, merupakan suatu kekuatan bagiku untuk terus berkorban dalam mendidik dan membesarkan anakku menjadi insan yang mulia dan sebagai bekal buat kami di alam barzakh kelak.
Dalam membicarakan soal anak memang tidak ada penghujungnya. Apa yang kita harapkan semoga anak ini dapat membesar dengan penuh kasih sayang serta diajar mengenal Allah swt dan RasulNya agar mereka tunduk dan patuh serta menjadi anak yang soleh juga musleh.
Amiin ya rabbal alamin..
Artikel Berkaitan:




















Alhamdulillah, setelah membaca luahan hati seorang ibu yang prihatin, terdetik dihati alangkah bertuahnya dan bahagianya sebuah rumahtangga yang anda miliki. sebut soal anak, kasih ibu sampai ke syurga…itulah kehebatan seorang ibu muslimah. tahniah…
terima kasih ummi usia, mg kita sama2 mendoakan kebaiakan buat semua..amiin
Amin… Moga tabah mendidik dan membesarkan amanah Allah ini… =)