Bila kita beli peti televisyen, ia akan datang dengan manual bagaimana menjaga menggunakan televisyen tersebut dengan baik. Bagitu juga bila kita beli handphone, laptop, mesin basuh dan sebagainya.
Akan tetapi apabila anak kita lahir ke dunia ini, ia tak datang bersama-sama dengan manual bagaimana menjaga anak tersebut. Sebab itu, pesanan paling utama kepada semua ibu-ibu, tolonglah belajar bagaimana menjaga dan menggunakan anak dengan betul.
Sebenarnya baru-baru ini seorang kawan saya melahirkan anak. Anaknya ada jaundice, tetapi menurut orang tua-tua di sekelilingnya, jaundice ni suatu yang biasa terjadi pada anak kecil, maka dia pun biarkan sahaja anak dia dalam keadaan tersebut, tanpa merujuk kepada klinik kesihatan. Setelah hampir sebulan, anaknya masih lagi jaundice. Kalau tengok anak dia pada waktu tu kuning seluruh badan. Nasib baik ada kawan yang tahu mengnai jaundice ni datang melawat dan memberitahu bahaya jaundice yang berpanjangan. Baru dia pergi ke klinik. Sampai di klinik, klinik dah tak boleh buat apa-apa lalu merujuk kepada hospital.
Terus bayi tadi dimasukkan ke dalam ICU, sebab kuning dah terlalu teruk. Saya sudah lupa nilai serum bilirubinnya akan tetapi memang pada kadar yang sangat tinggi. Alhamdulilllah, setelah dirawat di ICU dan kemudian ditahan di dalam wab selama hampir seminggu, anaknya masih selamat, walaupun mungkin ada sedikit kerosakan otak yang berlaku.
Beberapa kaedah tradisional yang salah dalam merawat kuning:
1. Jemur di bawah cahaya matahari
Betul ke menjemur anak di bawah cahaya matahari boleh merawat kuning?
Ada yang berkata, “kau dulu aku letak bawah matahari tulah.. takde apa-apa pun… ” atau “Buat apa kau nak siksa budak kecik tu… masuk hospital… letak bawah lampu.. kena cucuk sana sini… letak je bawah matahari…. ” Kadang-kadang idea-idea yang meruntun jiwa ni boleh juga masuk ke benak kita dan akhirnya akan melengah-lengahkan tanggungjawab kita kepada anak kita.
Pada hakikatnya, bayi dijemur di bawah sinar matahari ketika berada di rumah. Tiada ibu-bapa yang ingin membawa anak mereka ke hospital dengan niat menjemur anak. Oleh itu, tiada pengawasan yang sewajarnya untuk bayi tersebut ketika berada di rumah. Ibu-bapa pula berada di dalam zon selesa dan perhatian kepada anak pula berkurang.
Kenapa Phototherapy lebih baik daripada menjemur bayi di bawah matahari?
1. Phototerapy bersinar selama 24 jam, menukarkan bilirubin kepada bentuk yang tidak merbahaya setiap masa kecuali waktu minum susu, tukar lampin, mandi dan ambil darah
2. Berapa lama bayi boleh dijemur di bawah matahari? Bayi hanya boleh dijemur pada waktu pagi selama 3 jam? 4 jam? paling lama 5 jam? Bagaimana dengan baki 20 jam lagi?
3. Bagaimana anda hendak memeriksa paras bilirubin sekiranya anda begitu selesa berada di rumah menjemur anak? Adakah cukup dengan pemerhatian visual anda sahaja?
4. Antara sebab kekuningan bayi meningkat ialah dehydrasi iaitu bayi kekurangan air. Sinar matahari boleh menjadikan dehydrasi bertambah teruk kerana suhunya itu. Sedangkan di hospital, dehydrasi boleh dibendung dengan menambah air melalui saluran darah.
5. Keputusan untuk mengadakan Exchange Transfusion atau ET boleh dibuat sekiranya pesakit di hospital menjalani rawatan lampu, berbanding sekiranya pesakit hanya berada di rumah.
6. Ujian darah boleh dilakukan serentak ketika menjalani rawatan lampu untuk mengenalpasti sebab-sebab kekuningan samada ia adalah jangkitan, masalah hati atau sebagainya.
2. Beri minum susu kambing
Terdapat pendapat bahawa susu kambing boleh mengurangkan kekuningan yang dialami oleh bayi. Walaubagaimanapun, rata-rata pendapat mengatakan bahawa ini adalah petua orang tua-tua, cara tradisional atau mengatakan ia adalah satu keajaiban. Tidak ada penjelasan secara saintifik. Malahan, petua berjemur bawah matahari pagi mempunyai penjelasan yang lebih saintifik berbanding cerita susu kambing. Diharapkan ia bukan taktik penjual susu kambing untuk meraih keuntungan.
1. Apa yang ada pada susu kambing menjadikan ia begitu ajaib? Jika ada kajian tentang susu kambing, saya yakin ia tidak ada perbezaan yang besar dengan susu ibu atau susu lembu. Susu ibu lebih berpotensi menjadi ubat kepada penyakit kuning kerana ia makanan sempurna kepada bayi. Malahan, susu kambing mempunyai zat-zat galian yang lebih tinggi yang tidak sesuai dengan tumbesaran bayi.
2. Ada yang memberi susu kambing yang belum dipasteurkan, dinyahkuman atau dimasak!. Memberi susu kambing mentah yang tidak pasti status kebersihannya mengundang bahaya kepada bayi.
3. Perut dan usus bayi yang masih belum matang tidak sesuai diberi selain daripada susu ibu. Jika susu lembu yang telah bertahun-tahun digunakan itu pun boleh menyebabkan allergi kepada bayi, bagaimana pula susu kambing? Alahan boleh membawa maut! (Baca artikel ini oleh Pusat Racun USM)
4. Secara fisiologi, kekuningan bayi akan hilang selepas 5-6 hari walaupun dia tidak diberi minum susu kambing. Sekiranya bayi diberi minum susu kambing pun, kekuningan yang tinggi boleh menyebabkan kernicterus. Jadi tidak ada bezanya secara perbandingan.
Artikel Berkaitan:




















Sekadar nak menambah petua anakkuning itu, saya rebus pokok dukung dan beri anak minum airnya sikit2…pagi 2-3 sudu, petang pun begitu..
Salam Sitisifir,
Terima kasih atas tambahan petua tu.
Tapi bagi saya, macam mane pun petua yang kita amalkan, tolong la pegi klinik kesihatan untuk mendapatkan kan checking yang lebih reliable. Jangan sesekali pertaruhkan kesihatan bayi anda!
Salam,
Anak saya pun kuning, breastfeeding jaundice..tapi mild saja
A’ah anak saya pun sama. Tapi stop setelah umur die 2 minggu lebih. Alhamdulillah.
Sempat la jugak kami risau-risau, dengan nurse klinik kesihatan tu bukak cerita tentang ada yang baru meninggal dunia kerana kuning dah sebulan tak penah pegi check dekat klinik. Bila anak dia tak memang lembek dah baru nak pegi check. Waktu tu nilai serum bilirubin dalam darah dia dah tak dapat dibaca oleh mesin dah, sebab terlalu tinggi sangat.
Waktu dengar cerita tu kami ni risau bagai nak rak. Huhu… terkenang balik peristiwa tu…
sebenarnya.. berjemur dibawah cahaya matahari (sebelum pukul 11 am) adalah disaran oleh doktor sendiri.macam mana tu?
berjemur tu memang membantu, cahaya dari matahari tu juga meneutralkan kembali kandungan serum bilirubin dalam darah. Kalau kuningnya masih rendah (perlu tahu tahap kuning berapa dengan pergi check di klinik) memang tak perlu phototheraphy. Kalau dah doktor yang menyarankan macam tu, maknanya kuningnya rendah la…
Tapi kalau dah teruk kuningnya, ie prolonged jaundice, (bagi bayi normal, apabila lebih 14 hari), lebih baik phototheraphy, sebabnya sudah dinyatakan di atas. Doktor jugak yang akan bagi tahu, ini dah masuk kes prolonged jaundice atau belum. Huhu… harap dapat menjawab persoalan tu…