“Umi, nak beli anak dinosaur!”
“Anak dinosaur mana ada, Abdulah. Dinosaur ni dah pupus.”
“Pupus tu apa umi? Kenapa anak dinosaur takde?”
Sejak kebelakangan ni, Abdullah asyik sebut-sebut untuk beli haiwan peliharaan. Gara-gara projek abi dan Abdullah menangkap cicak dan diletakkan dalam botol semalaman, barulah bunuh. Mungkin sebab itulah yang Abdullah terfikir untuk membeli binatang peliharaan.
Semalam dah pegi Pet Shop di pekan Tanjung Malim. Tapi, tak banyak pilihan. Yang ada hanya burung, arnab, kucing, monyet dan hamster. Yang saya nak beli adalah ikan. Tapi tak jumpa pula ikan dalam kedai tu. Memang ikan tak dijual di kedai tersebut.
“Abdullah, kita beli ikan di Gombak ye nanti?”
“Ala, kita beli la hamster tu umi.”
Bukan hal kewangan yang menjadi penghalang untuk beli hamster, tapi alahan pada bulu binatang tu yang saya risaukan. Alhamdulillah, dapat juga pujuk Abdullah keluar kedai tu.
Sebenarnya, memelihara haiwan ini ada faedahnya. Selain membentuk kasih sayang dalam diri anak, anak kita juga mampu menjana idea untuk memberi keselesaan pada binatang ternakan tersebut. Bagi Abdullah, mungkin saya tanamkan dari kecil lagi tentang ciri-ciri haiwan, sifatnya dan memberinya menonton video-video haiwan. Oleh sebab itu, dia sangat sukakan haiwan. Dua minggu lepas, ketika berkunjung ke perpustakaan awam, memang buku yang Abdullah pinjam adalah buku dinosaur dan kisah haiwan.
Jadi, sebaga ibu, saya senang sekali dengan minatnya. Selagi tiada pelanggaran syariat, insyaAllah saya akan terus sokong. Maka, pesanan saya, minat perlu dipupuk, dan minat itu bukan hanya satu. Biar minatnya pada pelbagai aspek, kerana dengan minat itu wujudnya cinta. Dengan cinta, wujudnya kefahaman yang mendalam.
Wallahua’lam.
Artikel Berkaitan:



















