Your are here: Home // Kesihatan // Susu Formula

Susu Formula

breastfeed

WHO dan UNICEF berpendapat bahawa usaha yang gigih dan berterusan diperlukan untuk membendung kemerosotan kadar penyusuan ibu di merata dunia. Tindakan ini penting memandangkan berjuta-juta nyawa bayi di merata dunia masih terancam oleh pelbagai jenis penyakit berjangkit yang boleh dielakkan sekiranya ibu-ibu mengamalkan penyusuan ibu secara ekslusif.

Mengikut pengisytiharan Innocenti, “semua wanita perlu diberi peluang mengamalkan penyusuan ibu secara ekslusif dan semua bayi perlu diberi hanya susu ibu dari masa lahir sehingga berumur 4-6 bulan. Seterusnya disamping makanan tambahan yang lain, ibu digalakkan memberi susu ibu sehingga bayi berumur 2 tahun atau lebih.”

Ibu-ibu harus peka tentang kepentingan penyusuan ibu dan menyokong serta melindungi hak asasi ibu untuk menyusukan bayi mereka. Dengan adanya pengetahuan tentang penyusuan ibu, bolehlah kita mengembalikan semula kepada ibu-ibu, keupayaan untuk memelihara dan membela anak-anak mereka dengan sempurna melalui cara-cara semulajadi yang telah dikurniakan Allah S.W.T kepada mereka.

Kemudian, setelah bayi mencecah umur 2 tahun, perlukah mereka kepada susu? YA! Mereka sangat memerlukan kalsium yang tinggi untuk membina tulang dalam badan mereka. Walaupun ia adalah susu formula, anak-anak sangat perlukannya. Setelah susu ibu mencegahnya daripada jangkitan penyakit ataupun alahan selama 2 tahun, besar kemungkinan susu formula tidak akan menyebabkannya berpenyakit kronik. Semuanya dengan izin Allah.

Kanak-kanak sedang dapam proses perkembangan. Semua organ, otot dan juga tulang masih dalam proses pertumbuhan. Oleh kerana itu, sekiranya ibu-ibu menghentikan pemberian susu kepada anak selepas 2 tahun penyusuan, ibu-ibu perlu meneruskannya dengan menggalakkan anak meminum susu formula. Sekiranya tidak, mereka mungkin akan mengalami masalah pertumbuhan. Seperti masalah gigi rosak dan sebagainya.

Saya mengambil kesempatan menulis artikel ini kerana ada di kalangan para ibu yang telah menukar pengambilan susu formula kepada anak mereka selepas 2 tahun kepada pengambilan Vico, Milo dan juga minuman coklat lainnya. Ada juga yang berbuat demikian dengan alasan agar anak-anak lebih mudah dilatih untuk ke tandas. Mereka bukan seperti para ibu sekalian. Para ibu bukan lagi mengalami proses pembentukan tulang, otot dan organ. Semua itu telah sempurna, cuma ibu-ibu memerlukan makanan tambahan untuk menyokong dan menguatkan lagi tulang, otot dan juga organ mereka.

Bertindaklah sewajarnya.

Artikel Berkaitan:

    Cerita untuk anak : Anjing dengan bayang-bayang
    Mengapa Saya Menjarakkan Kandungan?
    Fungsi Permainan Kanak-kanak
    Bila Anak Menangis
    Anak tak datang dengan manual

Anda rasa entri ini bermanfaat? Isikan emel anda di bawah supaya anda tidak terlepas entri-entri bermanfaat yang lain.


filed under: Kesihatan Tagged with: ,

49 responses to "Susu Formula"

  1. Merlin Dunding says:

    1. Bagaimana sebenarnya jadual penyusuan ibu dan susu formula bagi bayi berumur 3-4 bulan memandangkan ibu adalah bekerja dan hanya dapat pulang ke rumah pada jam12.00thari sehingga jam1.39pm, dan akan kembali ke pejabat dan akan pulang pada jam5pm?
    2. Berapakah kekerapan masa memberi minum air kepada anak yang menyusu susu formula?

  2. Mrs. H says:

    Dear Merlin Dunding,

    Saya tolong jwb sikit2 psl Breast Feeding (BF) ye.

    Saya adalah seorang ibu yg bekerja (9-5) mcm ibu2 bekerjaya yg lain juga. Dan saya amat menyokong & menggalakkan ibu2 memberikan bayi mereka susu ibu selama mungkin.

    Apa yg puan boleh buat ialah dengan cara membuat stok susu ibu pada bayi dengan melakukan ‘pumping’.

    Pertama sekali puan perlu ada pengetahuan asas tentang cara2 mengepam susu yg betul. Puan boleh merujuk website2 yg berkenaan. Puan boleh akses http://www.susuibu.com (website ini banyak membantu saya!) ataupun terus ke http://momslittleones.com/shop/reading_room.php?osCsid=cp9ppqcau34ibu611af3ttra67
    ataupun puan boleh membeli buku. Saya rekemen buku “Panduan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya” yang hanya berharga rm10.00 shj. Buku ini memang informatif. Segala2nya diterangkan dengan terperinci dlm buku tersebut.

    Selepas puan mendapat pengetahuan asas, insyaAllah saya rasa semua persoalan puan akan dijawab.

    Happy pumping and congratulations for giving your baby an opportunity to enjoying the precious food ever!

    Wish u all the best k! (^_^)

  3. qay says:

    kdg2 ibu2 bg milo vico bsg sb nak jimat utk beli susu formula yg lbih mhal,,,kdg2 mmg tak mmpu sb mslh sosioekonomi…rmi juga ibu2 yg hnya bg teh kpda anak tiap hari,..sgt sdih…

  4. oh, sebab masalah ekonomi ke? Itu saya tak terfikir. Erm, sedih jugak klu camtu.

  5. Liza says:

    Salam…anak sy dah setahun setengah n masih BF..antara FM (susu tepung) dgn Fresh Milk/Creamer (contohnye Dutch Lady) mana yg lebih baik?
    pernah baca dlm satu forum Fresh Milk/Creamer lebih baik drp FM (susu tepung). betul ke?

  6. ummu_abdullah says:

    Actually yang saya tahu susu segar kurang baik untuk perut anak sebab dia belum disesuaikan dengan budak kecil.

    Susu formula adalah susu lembu yang sudah diformulakan untuk meniru kandungan dan khasiat susu ibu adalah lebih baik dari fresh milk.

    Bahkan kalau baca dekat label susu segar biasanya dia akan tulis kurang baik untuk bayi. Cuma, kalau doktor biasanya nasihatkan jangan bagi bayi bawah usia 1 tahun minum susu segar. Lebih 1 tahun baru boleh bagi minum susu segar.

  7. Ummu Mus'ab says:

    Mcmana kalo brestfeed masa mengandungkan anak? ada kesan ker?

  8. ummu_abdullah says:

    FYI ummu Mus’ab, ia bergantung kepada seseorang. Asalnya boleh aja. Selagi mana xde rasa contraction, boleh aje. If ada rasa contraction, better stop. bagi susu botol. Niway ummi memang akan letih sket la time ni.

    keterangan lanjut boleh semak di sini:
    http://susuibu.com/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=2943&forum=9#forumpost175038

  9. Areen says:

    Anak saya berusia 6 tahun. Tidak mahu langsung makan makanan pepejal dan hanya minum susu 1 -2 jam sekali ( 12 – 13 kali sehari). Adakah cukup dengan meminum susu untuk mendapatkan zat yang diperlukan.
    P/s : Anak saya dikategorikan sebagai kanak-kanak sangat kurus dengan berat 10 kg.

  10. ummu_abdullah says:

    Saya baru tanya mak saya (Dr Rohani :) ) mengenai kes ni. Sebenarnya dia tak dapat zat yang cukup dengan hanya minum susu. Mungkin akan nampak macam ok jer, tapi makanan yang dia ambil tidak seimbang, mungkin akan menghasilkan apa-apa kekurangan dalam jangka masa yang panjang.

    Anak sepatutnya sudah diperkenalkan dengan makanan pejal sejak usia 6 bulan. Kesan tidak mendapat zat yang seimbang seperti lemah daya tahan penyakit, kurus, dan sebagainya. Tak berapa ingat dah. :)

    Apa pun, mak saya cadangkan supaya bawa anak puan untuk berjumpa dengan pakar. Ia mungkin masalah psikologi. Sementara anak masih kecil, ia mungkin masih boleh diubati.

    Saya pun ada seorang kawan waktu di sekolah dulu yang hanya minum milo sehingga ke sekolah menengah. Tapi dah lama lost contact. :p

  11. siti norazilah says:

    assalamualaikum, baru2 ni saya mengasuh bayi 5 bulan. bayi masih menyusu badan dan saya sedang mengajarnya minum dalam botol susu. masalahnya bayi tidak mahu hisap botol susu dan semacam fobia. saya kasihan lihat bayi 2, macam mana nak buat.

  12. ummu_abdullah says:

    Biasa sahaja baby kalau dah biasa breast feeding tidak mahu minum dari botol susu.

    Ada petua mengatakan biarkan sahaja dia lapar kemudian bagi minum dari botol susu apabila dia sudah lapar sangat.

    Petua lain adalah tinggalkan bayi dengan orang lain supaya dia lebih mudah terima perubahan minum dari puting baru berbanding apabila ada ibu di sisi, dia masih berharap ibunya akan beri susu badan.

    Masukan lain adalah, disebabkan bayi sudah fobia dengan puting itu, tukar jenis puting kepada puting yang lain, atau cuba beri minum menggunakan sudu bayi dahulu, atau beri minum menggunakan cawan.

    Bayi biasanya lebih mudah minum susu daripada sudu berbanding puting yang memerlukan dia menghisap keseluruhan puting susu.

    Kaedah lain adalah mula memperkenalkan makanan lain kepada bayi seperti nestum. Bayi yang telah berusia 5 bulan sudah boleh diperkenalkan dengan makanan separa pejal.

    Apabila bayi sudah mula biasa makan makanan separa pejal, insya’allah dia akan lebih mudah menerima botol susu. Dan kalaupun bayi masih lagi menolak, dia mungkin boleh diberikan makanan tersebut sementara ibu bekerja.

    Apapun, sebolehnya jangan menyebabkan bayi fobia terhadap sesuatu. Jangan menyebabkan bayi menangis terlalu lama dalam proses tukar kepada sumber susu lain. Tangisan yang kuat dan lama akan memberi kesan kepada psikologi bayi dan mungkin akan dibawa seumur hidup.

  13. ila des says:

    Saya mempunyai 2 org anak. Anak saya yg kedua ni berusia 1tahun 8 bulan, ia tidak mau minum susu botol..nak susu badan aje..masalahnya saya sekarang bertambah kurus sangat…jadi saya nak tanya adakah penyusuan susu badan menyebabkan badan ibu bertambah kurus. Berat badan saya selepas melahirkan adalah 68kg dari tahun 2008 bulan April dan sekarang hanya tinggal 46kg. Tinggi saya 165cm. Adakah itu normal bagi ibu yg menyusukan bayi dgn susu badan?

  14. abu_abdullah says:

    Ya, memang menyusu akan menyebabkan ibu bertambah kurus. Ibu kene seimbangkan dengan makan lebih kerap (bukan lebih banyak ye? :) ). Ambil makanan suplement juga. Yang paling penting banyakkan minum susu.

    Tu la special perempuan yang dapat anak, tak perlu diet-diet, mudah je kurus.

  15. si bapa says:

    salam.. saya ingin bertanya, apa makanan pejal yg sesuai utk anak saya yg berumur 1 tahun 5 bulan? sebelum ni pagi dalam pukul 10 saya akan kasi dia makan nestum dan roti yg di sapukan majerin sekeping, tapi stok nestum kami dah hampir habis dan di paris agak sukar nak dapat nestum, adakah roti dengan majerin itu baik utk baby berumur anak saya? terima kasih

  16. mama_que says:

    salam…saya ingin tahu bagaimana nak bagi bayi makan bubur nasi.Bayi saya berusia 6 bulan lebih,saya ada cuba bagi makan bubur nasi yg dikisar halus bersama sayur tetapi bayi saya tidak berapa suka.Saya risau kerana dia hanya bergantung 80 % susu bdan slebihnya susu formula,nestum & biskut!Bila saya suap bubur nasi dia akan keluarkan semula dan sembur..tanda x suka..hmmm..tu saje…sekian.

  17. ummu_abdullah says:

    salam.. saya ingin bertanya, apa makanan pejal yg sesuai utk anak saya yg berumur 1 tahun 5 bulan? sebelum ni pagi dalam pukul 10 saya akan kasi dia makan nestum dan roti yg di sapukan majerin sekeping, tapi stok nestum kami dah hampir habis dan di paris agak sukar nak dapat nestum, adakah roti dengan majerin itu baik utk baby berumur anak saya? terima kasih
    @si bapa: majerin dan roti baik juga untuk anak, tiada bahayanya. Cuma saya cadangkan berikan serat atau sayuran dan juga buah-buahan sebagai makanan tambahan selain susu. Susu tetap perlu diberikan walaupun dah beri makanan pejal pada anak.

    Selain dapat ajar anak makan sayur, dari sudut kesihatan juga penting bagi bayi mendapatkan vitamin…

  18. ina says:

    salam..saya ingin bertanya anak saya dah hampir masuk 2 thn dan nak hentikan susu badan dgn menggantikan susu formula..masalahnya skrg dia mcm tak berminat dgn susu formula atau botol..dan taknak berhenti susu bdn..apa cara terbaik agar dpt hentikan dia dr susu bdn dan tukarkan dgn susu formula..minta cdgkan susu formula yg sesuai utk anak saya..terima kasih.

  19. azrina says:

    Saya salah seorang ahli yg aktif di SUSUIBU.COM. Ini cuma pendapat peribadi saya. Kami ibu2 yg menyusukan memang menolak susu formula sprt mana yang kita ketahui banyak skandal mengenai susu formula ini. Selepas 2 tahun tidak semestinya bayi perlu bergantung pada susu formula, ia boleh digantikan dengan pengambilan cheese atau apa2 yg punya kalsium. Saya masih menyusukan bayi saya yg berumur 1 thn dengan susu badan tanpa susu formula dan saya tidak akan meletakkan susu formula satu tempat pergantungan, rasanya banyak alternatif lain.

    Jika ingin tahu boleh refer di sini

    http://www.susuibu.com/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=2316&forum=7&viewmode=flat&order=ASC&start=20

  20. ikadesca says:

    saya setuju dgn azrina…saya nk share something..byk juga info tentang penyusuan dlm http://www.mumschoice.com.my

  21. ummu_abdullah says:

    ok, best juga blog tu… ni link sebenarnya saya rasa… http://momschoice.com.my… mekasih kak tikah… =)

  22. Siti says:

    salam…saya nak bertanya..semasa melahirkan anak saya tdk dpt bg susu bdn krn susu bdn hny ada 10 ml sehari saja…sy tdk bengkak susu mcm org lain..
    disebabkan saya tdk dpt memberi susu yg sempurna utk baby saya..sy beli susu enfalac A+ yg mmg di beri masa di dalm wad..nurse ada ckp susu tu boleh mmbantu pembesaran anak sbb anak sy lahir xcukup bulan..doctor pun ada suggest kerna enfalac baik utk pencernaan.
    soalnya enfalac agak mahal berbanding dumec dan sebagainya…dan status halal enfalac pun dikeluarkan di thailand..sy ingin mencari susu yg benar2 di sahkan halal dan dibuat oleh tgn2 muslim serta bahan2 tdk lgsung dibeli di luar negara..adake susu seperti itu…
    satu lg adakah biomil susu malaysia yg benar2 halal?sbb nya bhan mnetah tenusu tetap dr new zealend..sy xarif pasal ni..kalaula ummu abdullah boleh menolong.terima kasih

  23. UmmuIlham says:

    Saya nk share jugak tentang BF ni. Saya first time mom jugak.. baby Ilham saya baru 10 weeks.Semasa di hospital, saya bertanyakan cara utk menambah breast milk, so dia cadangkan saya minum nursing tea. Masa tu saya dlm 3 hari lepas bersalin, dan saya belum lagi bengkak susu, tapi alhamdulillah mlm hari ketiga saya telah bengkak susu dan baby dpt pun minum. Sebelum tu saya keep on feeding baby dgn colostrum. Bila dah balik rumah, saya cuba nursing tea, dan memang ada effect utk membanyakkan susu.
    sekarang saya minum nursing tea utk bykkan volume susu yg dipump di office.

  24. ummu_abdullah says:

    Siti, sisi Biolac juga bagus…
    Anak kawan saya dah gunakan dan OK la…

    UmmuIlham,
    Menarik cerita awak, dan sangat bagus untuk motivasi semua… =)

  25. shaza says:

    salam..
    anak saya bru berusia 3 bulan,masalanhya sekarang dia begitu susah nak hisap susu badan..dia hanya hisap susu badan bila dia terjaga malam,itupun klu dia masih dlm keadaan separuh sedar..
    skrg ni yg amat merisaukan saya,anak saya juga kurang minum susu formula..
    saya risau klu dia kekurangan zat..
    ada petua x nak bg baby suka hisap susu..(xkira la susu badan @ susu formula..)

  26. shaza says:

    salam..
    nursing tea tu blh dpt kat ner?brand apa?
    pls inform

  27. adlyn says:

    bukannya ibubapa yang bagi minum tea tu nak jimat.tapi harga susu formula terlalu mahal.

  28. salam,saya mempunyai anak yang berumur 2 tahun,saya cuba nak berhentikan bf,tapi anak saya susah sangat,kalau ikutkan kesian juga,tapi nak buat macam mana,saya ada dengar orang kata kalau anak menyusu lebih 2 tahun,anak akan menjadi degil betulke?anak2 saya dari yg ke1 hgga ke4 bf memang cukup 2 bulan,tapi adik nya susah sikit nak berhenti,tolong macam mana saya nak berhentikan bf.

  29. kakyong says:

    azlena,
    walau anak sudah 2 tahun & dia masih ingin BF,, berikan ajer.. lagipun anak yg sudah 2 tahun, dia dah makan mcm2 , so pastikan anak cukup makan seimbang… kdg2 dia nak nyempeng jer.. melepas gian..

    sbb anak kakyong pun dah 2 tahun lebih.. masih suka nyempeng… tp 5-6 kali juga le 1 hari… heheh.. so selagi boleh provide susu ibu.. bg jer..
    .-= kakyong´s last blog ..kek batik dan biskut cornflake rangup =-.

  30. izzie yusof says:

    salam..ank sy 3bln lbh..sblm ni minum anmum ms dlm pntg cz susu xbnyk n puting kecik..bby xmau bf..sedih gak..tp ape daya ms tu pantang umh mentua cz cucu sulong..phm2 jela..bby slalu nangis mln nk buang air bsr ssh..blk kl mak sy suh tkr dumex..lpstu ok la trus smpai 3 bln xde mslh..skang bby lps 3bln xmau nyusu da..mak ckp xmau dumex kot..sy nk tkr susu..mane lbh better isomil?similac?s26 gold?ni suma membe suggest..

  31. yani says:

    salam…
    Anak saya 2 tahun 6 bulan. saya risaukan anak saya kerana dia tidak mahu makan makanan pejal dan hanya minum susu yang dicampur dgn nestum. kalau dia makan makanan pejal seperti nasi, biskut dll. dia akan mengunyah sampai hancur dan tidak menelan sebaliknya dia akan buang. saya risau kalau dia tak nak makan nasi sampai dia besar.

  32. rose says:

    salam..
    anak saya baru berusia 2 bulan. Sekarang dia tidak mahu menyusu susu botol. Saya dah tukar puting susu tapi dia tetap menolak dan menangis. saya memberinya susu dumex dugro. apa yang perlu saya lakukan kerana minggu depan sy sudah mula bekerja. apakah nasihat puan? adakah sy perlu menukar susu formula lain (dan jenama apa yg sesuai?). terima kasih.

  33. kakyong says:

    Salam Pn Rose,

    Anak puan bukan tak mau susu botol, tp dia tak mau susu formula..
    cuba puan usahakan utk perah@pam susu badan & masukkan dalam botol & lihat reaksi anak.. ;)
    .-= kakyong´s last blog ..Rezeki GA lagi Jan 2011 =-.

  34. yantie says:

    salam…
    anak sy br nk msuk 10bln….die xde mslh lngsg dgn mknn tmbhn ni suap jerk per sume die mkn…cma mslhnyer sblm nie die pnah admit wad sbb kna berak b’darah msa 2 umr die 5bln msa 2 sy dh bg ssu formula sy bg lactogen…doc pkar ckp ank sy xleh mnum ssu yg de lactose so doc syorkn pkai ssu soya similac LF…sy nk tye pndapat puan adakah sy perlu truzkn bg anak sy ssu soya tnpa lactose @ leh pkai ssu formula yg len….ssu similac LF yg sy bg skang cuma smpai 12bln shja…terima kasih

  35. muni says:

    Salam,
    Anak kedua saya berusia 3 bulan dan tidak mahu menyusu botol. Pelbagai usaha sudah dilakukan seperti menukar jenis susu formula, menukar jenis puting botol susu, pam susu badan dan masukkan dalam botol tetapi tetap tidak berhasil. Pernah saya membiarkan anak saya lapar dan memberikan susu formula tetapi anak saya tetap tidak mahu menyusu botol.Kadang kala, saya cuba memberikan susu formula mengguna syringe dan saya dapati anak saya boleh menerima susu formula wp dalam kuantiti yang sedikit.Justeru, saya membuat kesimpulan bahawa anak saya boleh menerima apa jua jenis susu formula, tetapi tidak menerima puting botol susu tersebut.Oleh itu saya ingin meminta petua, bagaimana cara untuk membolehkan anak saya menyusu botol, memandangkan saya ingin memulakan kerja tidak lama lagi.

  36. ummu_abdullah says:

    pernah cuba perah susu badan dan berikan dalam botol? saya rasa itu lebih baik… Cuba dulu…

  37. ummu_abdullah says:

    puan yantie, sebaiknya ikut saranan doktor…

  38. muni says:

    Salam,
    Semang siap kali saya ingin menyusukan anak, saya akan pam susu badan dan berikan kepada anak tetapi tetap tidak berhasil.Pelbapai jenis susu formula sudah dicuba dari jenis susu lembu mahupun soya bahkan susu dari hospital pun telah cuba diberikan begitu juga dengan jenis puting baik yang lembut berwarna coklat mahupun puting silicon jernih. Untuk puting botol saja dah ada lebih dari 10 jenis serta saiz manakala susu tepung pula 9 jenis sudah diberikan.Ikhtiar dari ‘orang bijak pandai’ seperti jampi ayat quran pun telah di buat ke atas anak saya dan botol susu tetapi tidak berhasil.Minta tips yang boleh membantu saya dalam mengatasi masalah ini. Terima kasih.

  39. tasha says:

    salam..anak saya 3 thn tp still x mahu makan pejal..just bubur blend,nestum n biskut2 je dia makan.tp susu kotak dutch lady mmg dia suka.saya bg dia susu formula pedia sure sb bimbangkan dia x cukup keperluan nutrien.saya risau sb semakin dia membesar sudah pasti saya mahu hantar ke sekolah.saya risau pemakanan dia kelak sb mana ada org nak layan dia makan bubur nak kena blend.saya nak sangat pandangan para ibu,cara atasi masalah ini..tq

  40. nini says:

    saya msalah sama mcm di atas.. mula2 bb ok jer susu botol..msuk 2bln jd taknak..pelik plak..2 mnngu lg nk msuk kje ni..mcm2 puting n jnis susu formula tmasuk susu perah, smua tanak..saya, suami atau sesaper jer yg bg botol dia tanak..TOLONG LA SAYA SELESAIKAN HAL INI…tq

  41. ummu_abdullah says:

    Buat ibu tasha, cuba menarik minat anak kepada makanan pejal dengan konsep lain pula. Samada bercerita, atau menerangkan khasiat makanan pejal lain. Anak-anak sebenarnya mudah dipengaruhi. dan jika dari kecil sudah biasa dengan tabiat memilih makanan memang agak sukar ketika sekolah kelak. Ada 2 kemungkinan di sini, samada anak akan tidak makan di sekolah (ibu sediakan bekal) atau anak terpaksa juga makan kerana lapar di sekolah kelak. Dari segi kesihatan, alhamdulillah saya rasa takde masalah kan? cuma nak ke sekolah yang perlu difikirkan…

  42. ummu_abdullah says:

    Buat ibu nini, harap banyak bersabar dan terus berdoa dan usaha. jika bayi lapar memang bayi akan minum juga, cuma akan menangis sekejap sebab tak dapat susu direct dari ibu, tapi akhirnya bayi akan minum juga susu botol. Harap dapat bersabar, saya faham situasi tersebut memang sukar…

  43. ayue athirah says:

    Anak saya berusia 2thn 5bln, dia sedang di latih utk ke bilik air. hari ini hari kedua latihan nya maseh tidak membuahkn hasil.. Dia buang air kecil dahulu baru beritahu.. masaklah saya mengelap air kecil dia.. macam mana nk buat dia phm rase nak buang air kecil? dan dlm mase yg same sy sdg cube beri dia susu melalui cawan, dia maseh xmahu minom sampai tertidur.. ada pon di pakse akn minom sdikit shje dgn menyedot melalui cawan straw.. agk2 brape lme lg mse yg di ambil utk mengajar dy? sy juga risau tntg pmaknn dy jika dia berhenti susu krn xmhu mnom dr cwn..

  44. aznzy uz says:

    salam…anak saya berumur setahun setengah dan mengalami cirit birit selepas minum susu formula…adakah ini disebabkan susu tersebut?susu formula apakah yg paling sesuai untuk anak saya….

  45. ummu_abdullah says:

    ayue athirah, untuk ajar anak toilet training bukan semudah 2-7 hari, kadangkala memakan masa berminggu-minggi. Hari kedua memang wajar anak masih belum faham. Begini puan, puan cuba bawa anak ke tandas setiap 2 jam, atau setiap 4 jam. cuba suruh anak buang air dalam waktu tersebut. Barulah anak akan belajar kalau nak buang air perlu ke bilik air…

  46. ummu_abdullah says:

    aznzy uz, saya cadangkan tukar kepada susu formula lain. Saya cuma gunakan dutch lady sahaja. puan mungkin boleh gunakan susu enfalac. ramai yang beri respon positif…

  47. yanty says:

    anak saya umur 1 tahan 3 bln.. dulu dia boleh minum FM..tapi skrg dia dah x nak minum FM … dia asik2 nak BF je… jdnya skrg saya dah bagi dia fully BF .. mcm mana saya nak kasi dia minum FM balik…
    sebelum nie anak saya minum susu isomil.. kemudian saya cuba ubahkan susu tersebut ke susu dutch lady… tapi dia masih x nak minum jugak… dah mcm2 susu tukar nie…
    harap u all dapat menjawap pertanyaan saya…

  48. annissah says:

    anak saya berusia 8 bln 1 saya bg dia susu formula dumex langkah 1..oleh kerana tak tahan dgn bau muntahnya..saya bertukar ke dutch lady langkah 2 memandangkan usianya da 6 bln keatas..setelah itu saya bertukar plk ngan lactogen 1 tp masalahnya najis tu cair la plk…jd saya minta nasihat..yang boleh membantu saya menangani masalah saya..terima kasih

  49. Nurfitrianie says:

    Salam
    Bayi saya skg 2 bulan, saya dapati bayi saya seolah2 fobia pada susu botol. Setiap kali disuakan puting botol dia mula nak muntah. Dia akan muntahkan segala susu yang tlh diminum sblm itu. Saya sgt bimbang sehingga saya tukar beberapa kali botol namun x juga berkesan. Bantu la saya, seminggu lagi saya akan mula bekerja

Leave a reply

Copyright © 2009 Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak . All rights reserved.
designed by alfatihstudio.