SHARE

masalah keguguran rambut

Ramai ibu baru yang mendapat bayi pertama terkejut dengan keadaan ini. Masalah keguguran rambut agak ketara pada beberapa bulan pertama selepas bersalin. Masalah keguguran rambut adalah normal. Ibu tidak perlu panik. Ibu takkan mengalami “botak” kepala dengan keadaan ini dan rambut anda akan kembali normal dalam beberapa bulan atau selepas bayi menyambut ulang tahun pertamanya.

Mengapa anda mengalami masalah keguguran rambut selepas bersalin?

Biasanya 85% hingga 95% daripada rambut anda akan mengalami fasa pertumbuhan manakala 5% hingga 15% lagi mengalami fasa rehat.

Selepas fasa rehat, rambut ini akan gugur (biasanya ketika anda syampu atau sikat rambut). Kemudian akan diganti dengan rambut baru yang akan tumbuh.

Wanita pada kebiasaannya akan kehilangan 100 helai rambut dalam masa sehari.

Ketika anda mengandung, hormon estrogen akan memanjangkan fasa pertumbuhan rambut. Sedikit sahaja bilangan rambut yang berada dalam fasa rehat dan kadar keguguran rambut berkurang dalam sehari, maka rambut anda akan lebih lebat ketika ini.

Selepas anda melahirkan anak, tahap hormon estrogen anda akan jatuh dan bilangan rambut yang berada dalam fasa rehat akan meningkat. Maka ketika ini banyak rambut anda akan gugur ketika mandi, syampu dan menyikat.

Keguguran rambut yang melampau ini akan berhenti dan rambut anda akan kembali kepada keadaan sebelum mengandung semula selepas 6 hingga 12 bulan selepas kelahiran.

Namun, tidak semua wanita mengalami perubahan mendadak ini ketika mengandung dan selepas kelahiran. Kebiasaannya ia lebih ketara kepada wanita yang berambut panjang.

Apa yang boleh dilakukan?

Anda sudah tentu tak dapat menghentikan rambut daripada gugur, namun anda boleh cuba pelbagai kaedah atau produk untuk menjadikan rambut anda sihat dalam transisi ini.

masalah keguguran rambut

Ramai ibu-ibu yang sudah letih mengumpul rambut di lantai ketika mandi atau dalam rumah. Maka penyelesaiannya adalah berambut pendek. Tambahan jika anda mempunyai anak kecil (toddler) yang suka mengutip benda di lantai dan masuk ke mulut. Sudah tentu ia agak menyusahkan anda.

Perhatian kepada ibu-ibu baru yang mempunyai rambut panjang: helaian rambut anda boleh terikat pada jari, kaki, pergelangan tangan, dan juga kemaluan bayi anda. Ia boleh terikat kuat dan menghalang daripada peredaran darah malah ia menyakitkan bayi anda. Jika bayi anda menangis tanpa sebab yang diketahui, cuba periksa bahagian tertentu jika ada rambut yang mengganggunya.

Cuba gunakan minyak rambut atau “conditioner”. Ia akan meningkatkan kelembapan kulit rambut selepas anda syampu rambut.

syampu untuk keguguran rambut

Ambil supplement yang tidak memberi kesan kepada susu ibu dan vitamin-vitamin yang asli. Vitamin-vitamin yang boleh mengurangkan masalah keguguran kerana keguguran rambut ketika ini mungkin disebabkan hormon, akan tetapi pastikan tiada sebab lain seperti maslaah kekurangan vitamin pada kulit rambut. Ia menambahkan lagi masalah keguguran ini.

Memandangkan ibu menyusu sudah menyalurkan nutrien kepada bayi, maka dinasihatkan ibu menyusu mengambil pil-pil vitamin bagi menggantikan nutrien yang sudah diberikan pada bayi anda.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY