MENJARAKKAN kehamilan bukan lagi satu perkara yang menjadi tabu kepada masyarakat di Malaysia kini. Kos sara hidup yang semakin meningkat ditambah dengan kesibukan kerja menyebabkan bilangan ahli keluarga kini semakin mengecil berbanding 20 tahun dahulu.
Dalam Islam, anda digalakkan menyusukan bayi selama 2 tahun untuk pembentukan otak dan sistem imunisasi yang baik buat anak anda. Di sebalik kebaikan yang berterusan untuk bayi anda, menyusu juga boleh membantu anda menjarakkan kelahiran kerana ia melambatkan kitaran haid selepas bersalin.
Bagi saya, saya memilih untuk menjarakkan kelahiran anak atas banyak sebab.
1. Penyusuan
Saya menyusukan anak sulung selama 2 tahun. Setelah itu, saya pregnant. Hehe… Memang mencabar, ketika menyusukan anak, saya perlu ke kelas dan meninggalkan susu buat anak di rumah. Namun, itu tekad dan pendirian saya. Alhamdulillah, Allah izinkan perancangan saya.
2. Pendidikan Anak
Salah satu seba saya menjarakkan kelahiran adalah kerana saya ingin mengawal pendidikan anak saya. Dalam situasi saya masih belajar ketika itu, bagi saya, pilihan ini adalah tepat.
Sebagai ibu bapa, kita bukan sahaja inginkan pendidikan yang terbaik buat anak-anak, malah kita inginkan layanan yang betul dan tepat kepada mereka agar perkembangan mereka berlaku dengan optimum dan positif.
Cuba bayangkan jika ibu bapa tertekan dengan persekitaran, tidak kira hal rumah tangga, hal di pejabat atau hal karenah anak-anak. Tekanan ini sedikit sebanyak akan dilepaskan kepada anak-anak. Bukankah ia memberi kesan negatig kepada perkembangan anak?
3. Kesihatan
Kajian terbaru dalam “American Journal of Obstetrics and Gynaecology” mendapati, wanita yang mengandung semula selepas 6 bulan bersalin akan terdedah terhadap risiko melahirkan bayi pra-matang sebanyak 41%. Risiko tersebut akan menurun kepada 14% jika anda tunggu selama 12 bulan sebelum mengandung, dan turun hampir kepada 1% selepas 12-18 bulan.
Kandungan yang rapat selepas bersalin berkemungkinan membahayakan anda kerana badan anda masih lagi dalam proses pemulihan dan perlu menggantikan nutrisi yang hilang semasa kandungan yang sebelumnya dan semasa menyusu bayi.
Ketiga-tiga point di atas adalah sebab utama mengapa saya menjarakkan kandungan. Namun, ingat bahawa semuanya berlaku dengan izin Allah. Kita mampu berusaha untuk beri yang terbaik.
PS: Ini hanya pendapat peribadi saya… =)
Artikel Berkaitan:




















