SHARE

masalah kesuburan

1. Kurangkan berat badan

Ini merupakan perkara utama yang perlu anda lakukan bagi membolehkan diri kembali subur. Ini terutamanya bagi anda yang disahkan menghidap polycystic ovary syndrome (PCOS). Untuk itu, anda perlu mengubah corak pemakanan seharian dengan mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat dan bergula.

clomidgeneriqueenligne2. Pengambilan clomid

Clomiphene citrate iaitu sejenis pil subur perlu diambil bermula dari hari ke-2 hingga ke-6 haid untuk membesarkan telur. Pengambilannya hanya boleh dilakukan jika rahim dan sperma dan tiub fallopio tidak tersumbat.

Dos pil yang perlu diambil selama 5 hari ini adalah bergantung kepada individu. Lazimnya antara 50mg – 200mg iaitu satu hingga empat tablet sehari. Perlu diingat! Pil ini hanya boleh diambil setelah mendapat pemeriksaan doktor.

Menerusi kaedah rawatan ini, pemeriksaan faraj perlu dilakukan pada hari ke 12 untuk melihat saiz telur. Seterusnya ujian darah pula akan dilakukan pada hari ke 21.

Dalam pada itu, keburukan mengambil pil ini adalah boleh menipiskan selaput dalam rahim (endometrium) dan menebalkan cecair pangkal rahim sehingga menyukarkan pergerakan sperma.

femara-letrozole-tablet-2-5-mg-500x5003. Penggunaan letrozole

Satu lagi alternatif kepada pil subur ialah letrozole. Ia dikatakan lebih efektif berbanding penggunaan clomid. Selain daripada itu, ia juga kurang meninggalkan kesan sampingan malah risiko kehamilan kembar turut menurun dengan penggunaannya. Walau bagaimanapun di Malaysia, pil ini belum berlesen tetapi sudah lama digunakan di luar negara untuk merangsang pembesaran telur sejak tahun 2001.

4. Suntikan

Salah satu kaedah lain adalah suntikan hormon perangsang folikel (FSH) untuk merangsang perkembangan dan kematangan beberapa telur. Suntuikan ini akan diberi pada hari ke 10 hingga hari ke 12 kitaran haid. Suntikannya yang sama digunakan dalam kaedah IUI (dos kecil) dan IVF (dos tinggi).

5. Intra uterine insemination (IUI)

Kos kaedah ini murah dan prosedurnya agak mudah. Dalam pada itu, selain daripada suntikan FSH, suntikan human chorionic gonadotrophin atau HCG akan diberi pada hari ke-13.

Seterusnya, sehari atau dua hari lagi diperlukan bagi membolehkan telur menetas (oocyte). Kaedah ini sangat bagus bagi mengatasi masalah kekurangan sperma atau cecair pangkal rahim tebal. Hal ini kerana hanya sperma terbaik akan dimasukkan ke dalam rahim. Selain itu, doktor akan memilih waktu terbaik untuk meletakkannya kembali.

ivf

6. In vitro-fertilization (IVF)

Secara amnya, petunjuk yang membolehkan anda menjalani kaedah rawatan kesuburan ini termasuklah hal-hal yang meliatkan tiub fallopio tersumbat, masalah ketidaksuburan yang tidak dapat dikenalpasti dan PCOS.

Menariknya tentang IVF ialah menerusi blastocyst transfer, di mana telur akan diperam selama lima hari bagi membolehkan prosedur assisted hatching dilakukan, Jadi, telur akan lebih kuat lekatannya pada dinding rahim.

Melalui kaedah yang sama, anda turut boleh memastikan bayi anda bebas daripada risiko sindrom Down, mengenalpasti jika terdapat penyakit-penyakit tertentu pada telur dan memilih jantina bayi yang bakal dilahirkan menerusi pre implantation genetic diagnosis (PGD). Ketahuilah, peratusan kejayaan dalam pemilihan jantina adalah 100% dengan menggunakan kaedah ini. Walau bagaimanapun, kos rawatan bagi kaedah ini adalah tinggi.

ICSI

7. Intra cytoplasmic sperm injection (ICSI)

Kaedah ini amat bersesuaian untuk mengatasi masalah setelah doktor membuat pengsahan bahawa jumlah sperma adalah terlalu sedikit untuk membolehkan persenyawaan berlaku. Kaedah yang sama juga sangat berguna untuk mengatasi masalah sperma kurang berkualiti.

8. Gamate intra fallopian transfer (GIFT)

Prosedur kaedah ini paling sukar dilakukan kerana perlu melibatkan laparoscopy. Tambahan pula, peratusan kejayaan sangat rendah. Oleh kerana itulah ia kurang popular di kalangan doktor mahupun pesakit yang mahu menjalani rawatan kesuburan.

Dari: Dr Mohamed Rafi, Pa&Ma 2011

panduan-dan-tips-untuk-mudah-hamil-dan-cepat-dapat-zuriat-2-638 panduan-dan-tips-untuk-mudah-hamil-dan-cepat-dapat-zuriat-3-638

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY