SHARE

oleh Puan Asiah Budiman

Kita sebagai ibu bapa sangat menitik beratkan kesihatan anak-anak kita, tetapi kadangkala kita tidak mempunyai info bagaimana untuk handle apabila anak kita jatuh sakit.

Jika kita dapati anak kita telah membuang najis dengan lebih 3 kali atau lebih dari kebiasaan, atau najis lembik atau berair, kita jangan panik! Kita perlu perhatikan perkembangan anak kita selama 3 hari.

Cirit birit yang biasa adalah disebabkan jangkitan kuman pada makanan dan akan berakhir dalam beberapa hari sahaja.

Sebab lain adalah kerana anak kita makan buah-buahan dan kekacang secara berlebihan atau alahan kepada antibitotik. Akan tetapi perlu bawa ke klinik atau kecemasan apabila anak telah mula muntah dan tidak bertenaga (lembik) atau cirit-birit yang berpanjangan.

Apa perlu ibubapa buat?

Kesan utama dari cirit birit ialah dehirasi atau kehilangan air yang banyak. Oleh itu, perlu pastikan anak kita minum air dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap. Kita juga perlu manjaga kebersihan ketika membersihkan najis anak seperti basuh tangan dengan betul dan menggunakan sabun. Elakkan mengambil antibiotik, julap (laxative) atau antacid.

Jika kita ke klinik, doktor akan pesan untuk minum air dan juga membancuh garam hidrasi atau Oral Rehydration Salt (ORS) buat si kecil minum. Sila pastikan bancuh sepeket ORS dengan satu cawan (250mL) air yang telah dimasak. Bayi yang belum 2 tahun boleh disuap menggunakan sudu dan diberi dengan kerap dalam 1 hingga 2 minit.

Mengikut pengalaman saya dengan anak-anak saya, mereka tidak mahu minum air ORS kerana rasanya yang sangat masin. Elakkan bagi minum air isotonic seperti 100plus kerana mempunyai tahap gula yang sangat tinggi!

Performance Drink

Jadi apa alternative yang ada buat para ibubapa? Saya berikan air bancuhan Performance Drink (PD) yang mempunyai mineral yang diperlukan untuk mengembalikan air dalam badan anak-anak kita. PD ini juga adalah daripada sumeber yang semulajadi dan mempunyai kandungan gula yang lebih rendah jadi tidak khuatir untuk diberikan kepada anak kecil (6 bulan ke atas).

Boleh whatsapp saya untuk tahu lebih lanjut ttg PD (010.240.0614)

SHARE

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY