SHARE
Diet Ibu Hamil

“ibu mengandung kene makan 2 kali ganda sebab ada 2 orang, untuk uminya dan untuk bayi dalam perut tu.”

Selalu kan kita dengar ayat ni. Kadangkala mungkin cuma gurauan. Dari konsep matematiknya, nampak macam betul, akan tetapi dari sisi dietnya, ia tidak tepat. Pada trimester pertama, makan adalah untuk menambah tenaga. Dan ibu hamil cuma memerlukan 300 kalori setiap hari. Yang selebihnya adakah akan pergi kepada bayi? Lebih tepat lagi, ia pergi kepada organ-organ ibu sendiri. 

Pada trimester kedua, keperluan kalori untuk tenaga ibu meningkat kepada 350 kalori. Dan pada trimester ketiga, ia meningkat sehingga 500 kalori. Kepada yang mengandungkan anak kembar, mungkin keperluan kalori lebih dari itu, terpulang kepada nasihat doktor. Yang perlu dititikberatkan juga adalah zat makanan yang diambil. Seharusnya lebih berzat dan kurangkan makanan ringan yang dapat memberi kesan kepada bayi samada kepada perkembangan fizikal atau perkembangan mental. (nak cuba sikit tu tak apa, cuma yang menjadi rutin, ambil makanan ringan setiap hari, itu yang perlu dirisaukan)

Sekarang kita dah tahu tentang keperluan kalori dalam pemakanan, jadi adakah perlu mengira skala kalori dalam setiap pemakanan kita? Susah sangat tu. Untuk memudahkannya, ingat bahawa ibu hamil penting untuk mengambil zat makanan seperti di bawah:

1. Protein

2. Vitamin C

3. Kalsium

4. Sayur hijau

5. Buah-buahan

6. Besi

7. Bijirin

8. Kandungan lemak yang tidak berlebihan

9. Makanan bergaram yang tidak berlebihan

Pendek kata, untuk memudahkan pengiraan, pastikan berat badan ibu hamil tidak meningkat secara mendadak pada setiap bulan. Itu pun sudah mencukupi dalam mengira pengambilan makanan yang mencukupi.

Wallahua’lam…

5 COMMENTS

  1. saya juga sama, total sampai 9 bulan, naik dalam 4 kg aje… Tapi ketiga2 anak normal sahaja beratnya… =)

  2. Untuk lebih selamat, saya pergi jumpa pakar, katanya saya normal sebab memang berat badan sesuai dengan penambahan tersebut…

LEAVE A REPLY