SHARE

Promosi November!

Balm Tasneem Kuala Lumpur/Selangor

Tempahan

Untuk tempahan, sila isi form di bawah dan saya akan hubungi anda.

Ini adalah produk terkini yang baru diperkenalkan oleh seorang usahawan tempatan. Namun ideanya sudah lama diketengahkan di Eropah. Produk ini menggunakan bahan-bahan semulajadi dan bahan yang kita sendiri tahu kelebihan dan kekuatannya. Jadi saya tidak teragak-agak mencuba produk ini oleh sebab ia fokus kepada masalah yang kita selalu hadapi.

balm-tasneem

Balm Tasneem Nature ini mempunyai 4 jenis.

  1. Calm Time
  2. Sleep Time
  3. Tummy Time
  4. Coughcold Time

Keempat-empat produk ini menggunakan ramuan yang unik bagi menyelesaikan masalah-masalah tertentu. Apa yang menariknya, balm ini dihasilkan di rumah. Maka yang pastinya, tiada campuran bahan kimia berbahaya seperti paraben atau SLS yang boleh menyebabkan keradangan pada kulit.

1. Calm Time – Masalah Anak Meragam

calm-time-balm-tasneem

Calm Time Tasneem Nature membantu menstabilkan emosi baik kepada bayi atau orang dewasa. Ia bertindak menghasilkan bau yang menyenangkan, bau ini terhasil daripada campuran pati minyak yang dimasukkan ke dalam balm tersebut.

Kelebihan Calm Time adalah menyelesaikan masalah:

- Anak kuat meragam dan tuntrum

- Anak kurang fokus

- Anak sering menangis

Malah ia juga berfungsi dan berkesan kepada orang dewasa.

2. Sleep Time – Masalah Susah Tidur

bagi masalah anak susah tidur

Sleep Time Tasneem Nature membantu memperbaiki hormon tidur anda atau anak anda. Ia melepaskan bauan yang sesuai dengan hormon tidur dan hormon sedar kita.

Kelebihan Sleep Time adalah dengan menyelesaikan masalah:

- Anak susah tidur malam

- Anak tidak tidur lama atau nyenyak

- Orang dewasa yang tidur tidak teratur

- Masalah tidur malam bagi kanak-kanak atau orang dewasa

3. Tummy Time – Masalah Kembung Perut

tummy-time-balm-tasneem

Tummy Time Tasneem Nature adalah antara produk kegemaran saya. Ia menggantikan produk-produk biasa seperti minyak telon atau minyak yu yi. Tummy Time telah menyelesaikan masalah anak saya yang jarang membuang air besar. Saya akan kongsikan nanti.

Antara kelebihan Tummy Time adalah menyelesaikan masalah:

- Bayi sukar buang air besar

- Bayi selalu kembung perut

- Anak sakit perut

- Anak susah membuang air besar atau sembelit

- Orang dewasa / kanak-kanak yang sakit perut atau cirit birit

4. Coughflu Time – Masalah Batuk Selesema

coughflu-balm-tasneem

Coughflu Time Tasneem Nature juga antara produk kegemaran saya kerana anak saya mempunyai athma. Alhamdulillah, sangat terkesan dengan Coughflu Time ni.

Antara kelebihan Coughflu Time adalah untuk mengatasi masalah:

- Batuk malam

- Susah bernafas kerana selesema

- Selesema dan batuk

- Anak nak mula demam

- Masalah athma

Bahan-bahan

Balm Tasneem Nature adalah produk DIY (Do It Yourself), malah anda juga boleh buat sendiri di rumah kerana prosesnya mudah sahaja. Baiklah, di bawah adalah bahan-bahan yang digunakan bagi menghasilkan Balm Tasneem Nature. Sekali lagi, semua bahan-bahan yang digunakan adalah bahan semulajadi.

1. Beeswax

Beeswax adalah bahan yang terhasil dan dikeluarkan daripada kelenjar bawah abdomen lebah. Ia hanya dapat dihasilkan oleh lebah pekerja dan beeswax juga adalah bahan yang menghasilkan sarang lebah yang kukuh.

Beeswax adalah bahan yang sinonim dengan rawatan keradangan kulit. Bahan semulajadi ini dapat merawat masalah kulit kering, masalah bakteria pada kulit, masalah jerawat dan juga strechmark pada kulit.

 2. Shea butter

Shea butter terkenal dengan pelembab kulit semulajadi. Banyak produk kosmetik di luar sana menggunakan shea butter dalam bahan mereka. Shea butter dihasilkan daripada tumbuhan Shea atau Karite.

Shea butter mampu melembabkan kulit kering, mengelupas, sunburn, ruam dan banyak digunapakai dalam produk menghilangkan parut.

3. Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara adalah salah satu komponen dalam penghasilan Balm Tasneem Nature. Minyak kelapa sudah terkenal dengan 1001 manfaat. Minyak kelapa dihasilkan daripada isi kelapa.

Minyak kelapa sangat lembut dan halus dalam merawat kulit bayi. Malah ia mampu menyembuhkan penyakit-penyakit kulit anak anda seperti ekzema, kulit melecet dan kulit kering. Ia juga bagus diletakkan di rambut.

Saya sendiri sudah lama tidak menggunakan krim-krim di pasaran bagi menyembuhkan kulit melecet anak yang memakai diaper kerana kebanyakannya mempunyai steroid. Memang minyak kelapa mampu menyembuhkan kulit bayi yang melecet.

4. Minyak Pati / Essential Oil

Kekuatan produk Balm Tasneem Nature ini adalah pada Essential Oil yang digunakannya. Essential Oil yang digunakan adalah daripada Young Living. Antara produk yang berkualiti tinggi ketika ini dalam menyembuhkan penyakit dan mengatasi masalah-masalah tertentu secara semulajadi.

Apa yang menariknya, balm ini adalah hasil campuran Essential Oil Young Living yang mampu menyelesaikan masalah-masalah tertentu. Essential Oil adalah minyak yang dihasilkan secara semulajadi daripada tumbuhan. Pati minyak ini berfungsi menghasilkan bauan yang mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

 

Testimoni

Di bawah adalah beberapa testimoni pengguna-pengguna yang mencuba Balm Tasneem Nature ini:

testimoni-balm-tasneem-nature-4 testimoni-balm-tasneem-nature-5 testimoni-balm-tasneem-nature-6 testimoni-balm-tasneem-nature-8
testimoni-balm-tasneem-nature-3 testimoni-balm-tasneem-nature-2 testimoni-balm-tasneem-nature-7

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY