SHARE

Pemakanan seimbang ketika hamil, atasi sembelitSukar membuang air besar sering dialami oleh ibu yang hamil. Perubahan hormon dan juga perubahan pola hidup merupakan faktor terjadinya sembelit. Pada peringkat awal, sembelit hanya membuatkan rasa tidak selesa ketika membuang air besar dan kemungkinan sakit perut atau kembung. Namun, jika ia berpanjangan dan tidak diatasi, ia mampu mengganggu metabolism badan dan mengganggu system-sistem lain dalam badan.

Jenis dan Punca

Peningkatan hormon tertentu ketika hamil

Akibatnya:-

  1. Sistem saraf pembuangan akan menjadi lemah
  2. Kelemahan pada otot-otot saluran pencernaan

–          Makanan akan menjadi lebih lama di dalam perut sehingga ibu hamil sukar membuang air besar

–          Peningkatan pengambilan zat besi yang sangat diperlukan oleh ibu hamil biasanya merupakan makanan pelengkap (supplement)

–          Berat badan ibu dan janin tidak seimbang. Hal ini menyebabkan perut dan rahim terhimpit dan menyukarkan pergerakan zat-zat makanan dalam badan

–          Gerakan fizikal terbatas. Kemungkinan disebabkan kurangnya aktiviti gerakan semasa hamil

Apa yang perlu anda ketahui?

Jika anda tahu, sembelit mampu menyebabkan buasir. Ketika anda hamil, sembelit akan menyusahkan anda. Jika anda membiarkan sembelit berterusan tanpa apa-apa tindakan, ibu hamil lebih mudah mendapat buasir. Sebagai contoh, anda kurang membuang air besar melebihi 3 hari, najis kering, dan sukar dikeluarkan bahkan kadangkala perlu meneran dengan kuat untuk membuang air besar. Hal ini akan menyebabkan otot-otot pada pembuluh darah di dalam lubang dubur akan melemah. Oleh sebab itu, ibu hamil mudah mendapat buasir.

Cara mengatasi

  1. Amalkan pengambilan nutrien yang seimbang dan jumlah yang mencukupi dalam pemakanan harian.
  2. Amalkan pengambilan makanan berserat dan secair setiap hari.
  3. Biasakan meminum air kosong satu gelas selepas bangun pagi atau 1½  hingga 2 liter sehari semalam
  4. Amalkan senaman atau gerakan fizikal setiap hari

Sekiranya sembelit menyerang…

  1. Banyakkan mengambil makanan berserat.
    • Sayur-sayuran dan buah-buahan segar atau kering, contoh bijirin, kekacang atau betik
  2. Banyakkan minum air atau jus buah-buahan
    • Air dan jus buah-buahan sangat penting bagi pergerakan sisa buangan dalam salurannya.
  3. Dapatkan nasihat doktor
    • Jika sembelit masih tidak berkurang, dapatkan nasihat doktor, kemungkinan anda perlukan supplement.

Maka, berusahalah untuk mengelakkan daripada terkena sembelit ketika hamil. Amalkan cara pemakanan yang sihat beserta pengambilan makanan pelengkap yang dibekalkan oleh doktor. Pemakanan yang seimbang ini juga amat penting bagi perkembangan bayi dalam rahim sekaligus mengelakkan penyakit kepada ibu hamil itu sendiri. Wallahua’lam.

8 COMMENTS

  1. terima kasih diatas info.patutlah saya sembelit dalam 2 minggu nie..seinagt seumur hidup saya xpernah sembelit..rupanya saya mengandung dah 2 bulan…..
    sebb mengandungla tu sembelit yer…

  2. saya dh minum air tp x smpaila 2 liter buah juga saya makan tapi masih sembelit.kalau saya guna ubat cecair yang masuk kat dubur (prime enima) selamat ke.kawan2 ramai kata kalau mengandung bila buang air besar jangan meneran nanti bahaya pada bayi dalam kandungan.tapi kalau dah sembelit tak meneran camne pulak tu.

  3. =)mungkin ada pemakanan yang dimakan menyebabkan sembelit. Untuk pengambilan ubat, saya sarankan bertanya kepada doktor…

  4. Info berguna.
    Yang penting, ibu-ibu perlu ambil diet seimbang.
    lebihkan buah,sayur danyang penting minumair masak secukupnya

LEAVE A REPLY