SHARE

back-pain-during-pregnancy-uterus

Pada umumnya ibu hamil akan merasakan gangguan pada bahagian pinggulnya semasa di akhir kehamilan. Beban perut yang semakin meningkat membuatkan badan sukar untuk bergerak dan mencari posisi badan yang selesa.

Masalah ini jika disertai dengan gejala lain akan membuatkan ibu hamil tidak selesa. Walaupun begitu, ia boleh dikurangkan dengan beberapa kaedah seperti menyapu minyak angin. Jika rasa sakit sangat mengganggu, sila berjumpa dengan doktor untuk mencari puncanya.

Rasa sakit tidak hanya menyerang bahagian pinggul, tetapi juga bahagian pinggang

Jenis dan Punca Sakit Pinggul Ketika Hamil

Apabila masuk bulan kelima kehamilan, ibu hamil mula mengalami pengenduran sendi pinggul yang biasanya stabil. Badan juga sudah mula menyediakan jalan ke luar yang lebih besar untuk bayi. Perut yang semakin membesar membuatkan ibu hamil kehilangan keseimbangan. Berat janin juga semakin menekan otot-otot pinggul.

post-prenancy-posture

Akibatnya ibu hamil akan menarik pinggul ke arah belakang dan melengkungkan leher. Posisi ini menyebabkan pinggul pada bahagian bawah menjadi melengkung, otot-otot pinggul tertarik sehingga timbul rasa sakit. Umumnya, masalah ini sering berlaku pada ibu hamil dengan otot perut dan otot pinggul yang lemah atau yang selalu memakai kasut tumit tinggi.

Apa yang anda perlu tahu?

Rasa sakit ini tidak hanya terasa pada bahagian pinggul sahaja, tetapi menjalar sehingga ke bahagian pinggang. Jika rasa sakit ini tidak reda, misalnya selama seminggu, segeralah berjumpa doktor untuk dapatkan nasihat. Terutama jika disertai dengan gejala demam, bengkak bahagian pinggul, warna kemerahan pada kulit pinggul, kaki lemah atau bahagian bawah badan terasa sakit.

Apakah cara mengatasi dan mencegah masalah sakit pinggul ketika hamil?

Jika rasa sakit pada pinggul ini mengganggu proses kehamilan anda, Berikut adalah beberapa langkah pencegahan yang boleh anda lakukan.

sakit pinggul ketiuka hamil

  • - Perhatikan posisi badan ketika menjalankan aktiviti harian. Duduklah dengan posisi betul iaitu dengan posisi pinggul lurus membentuk sudut 90 darjah dengan paha.
  • - Tidur di atas tilam yang keras dan belajar untuk lebih tenang. Amalkan tidur di atas tilam yang baik, iaitu yang tidak mengikut bentuk badan apabila baring di atasnya. Tidurlah dengan posisi mengiring ke kiri. Posisi ini membantu aliran darah dan makanan ke arah plasenta berjalan lancar.
  • - ¬†Elakkan berdiri terlalu lama
  • - Jangan mengangkat barang berat tanpa memerhatikan keseimbangan badan.
  • - Jangan memakai kasut tumit tinggi. Gunakan kasut tumit yang lebarnya 5sm untuk membantu keseimbangan badan.
  • - Berjalan dengan kepala menegak dan tidak membongkok.
  • - Lakukan senaman secara teratur.

Walaupun begitu, jika sakit pinggul menyerang anda, gunakan bantal yang panas atau anda berendam dalam air panas untuk mengurangkan rasa sakit.

Anda juga boleh menurut badan atau bahagian pinggul yang sakit. Jika rasa sakit sudah tidak boleh ditahan lagi, segeralah dapatkan rawatan daripada doktor atau berikan terapi ketenangan untuk badan anda.

SHARE

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY