
Assalamualaikum, Alhamdulillah, cuti universiti telah bermula. Dan akan diteruskan lagi pengajian saya pada akhir bulan Disember. Perjuangan ini akan tetap saya teruskan. InsyaAllah.
Dalam masa cuti ini, saya berkesempatan mencari sumber pendapatan sampingan di samping memperbaiki kelemahan-kelemahan saya dalam mendidik anak-anak. Allah telah membuka ruang yang sangat tidak dijangka. Di mana saya hanya perlu berada di rumah sahaja untuk memulakan perniagaan. Alhamdulillah.
Sebenarnya saya dah banyak mengikuti webinar (seminar Online) yang dianjurkan oleh Raja Kamil. Daripada seminar-seminar ini saya mula mengorak langkah, memperbaiki perjalanan perniagaan internet yang saya mula ceburi sejak bulan Julai lalu. Alhamdulillah, pendapatan yang diperolehi dapat menampung perbelanjaan keluarga saya.
Perniagaan internet sangat memmakan masa saya untuk berhadapan dengan laptop. Namun, saya cepat sedar, anak-anak perlu diberi perhatian juga. Kerana apa yang lebih penting adalah masa depan mereka. Jadi, sampailah masa saya menyusun jadual agar masa-masa bersama mereka adalah masa yang sangat berkualiti.
Awal pagi saya akan menghabiskan masa bersama mereka berjalan-jalan sekitar taman. Seronok sangat, dapat hirup udara yang sangat-sangat segar (berbanding waktu orang nak pegi kerja, maklumlah di selangor…). Jadi biasanya tengahari mereka sudah melelapkan mata kerana letih bermain pada waktu pagi. Jadi masa saya membuat kerja sepenuhnya adalah pada waktu tidur mereka. Alhamdulillah.
Dengan izin Allah, insyaAllah saya sedang menyiapkan sebuah ebook yang akan saya berikan kepada anda semua secara percuma. Ebook tersebut akan saya hadiahkan khas buat subscribers anakkusayang.com.
Saya amat berterima kasih kepada saudara Raja Kamil kerana memberi peluang untuk menyertai coaching darinya, kemudian memberi tunjuk ajar yang berguna dalam dunia perniagaan internet. Memandangkan beliau adalah usahawan internet sepenuh masa, maka saya tidak ragu-ragu untuk membeli produknya yang sangat bernilai buat saya.
Aku Seorang Blogger mengandungi panduan yang sangat bermanfaat buat para blogger. Alhamdulillah, harganya sangat tidak masuk akal, hanya RM10 sahaja!
Jadi, siapa kata susah untuk dapat duit dari internet? Semuanya boleh sekiranya diiringi usaha. InsyaAllah…
P/S:
Raja Kamil seorang usahawan internet sepenuh masa mengadakan cabutan bertuah lagi. Hadiah kali ini lebih lumayan daripada sebelum ini. Begitu juga dengan syaratnya, paling mudah, tak sampai seminit pun masa diperlukanuntuk peluang memenangi hadiah beliau. Jika anda hendak memenangi sebuah MP3 Player berkapasiti 2GB, baca lanjut di cabutan http://rajakamil.biz/2009/11/20/pertandingan-akhir-tahun-update
Artikel Berkaitan:




















Nice sharing Ainul!!
Juga teruma kasih atas sumbangan untuk Kakyong kita
eh, lupa lak pasal tu… japgi nak up entry kak yong tu…
salam.. bagus sekali kepada sesiapa yang belajar dengan saudara raja kamil…
hmm, kepada penulis blog ni,, sy ada satu pertanyaan, gambar tu amik dari mana ya? sbb cantik gak gmbrnye.
salam, saya tak boleh register di website raja kamil, reason: account has been suspended.
Boleh saya tau mana lagi boleh dapat ebook tu?
Terima kasih.
saya dah email roz