Entry Giveaway Ramadhan, Syawal n anak-anak
Maaf ye sebab lambat sikit up kan entry ni. Kak Yong dah lama dah. Di bawah adalah entry dari peserta-peserta Giveaway Ramadhan, Syawal n anak-anak :
1. Asmieyra
Memandangkan Ramadhan menggangak ke minggu kedua akan disilih gantikan dengan kedatangan Syawal pasti ku merindui Ramadhan yang bakal berlalu. Masa begitu cepat berlalu tanpa ku sedari. Ingin berkongsi kegembiraan Ramadahan , Syawal???Kongsikan detik indah anda bersama owner blog Kakyong (Catatan ibu)& Ainul (Anakku Sayang)
Kehidupan berkeluarga kurasakan lain dari sebelumnya, dahulu ketika menjelang Ramadhan aku sebagai puteri tunggal keluarga sibuk didapur menolong ibu siapkan juadah berbuka dan bersahur. Tapi ketika ini setelah bergelar ibu kepada putera yang berusia 7 bulan ada kelainannye. Balik kerja pantas ku siapkan diri sebelum melangkah kedapur, anak suami akan amik alih tanggugjawab menjaganya seketika bila aku sibuk didapur menyiapkan juadah berbuka.
Apa yang ingin ku kongsikan adalah suasana ketika Ramadhan dan menjelang Syawal suatu ketika dulu. Mengimbau kenangan lalu di zaman kanak-kanak dan remaja. Seawal usia 7 tahun aku di ajar untuk berpuasa, antara yang telah dipraktikan oleh ibu bapaku adalah:-
* Kejutkan bersahur ~ ini satu pekara penting di titik beratkan ketika itu, supaya di siang hari tak merungut lapar. Wajib jamah walaupun sedikit bagi mengambil keberkatan.
Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
* Sembahyang berjemaah~ walaupun diberi kelonggaran sembahyang seawal usia 7 tahun, namun ayah didik kita orang berjemaah bersama-sama dimana ia mengeratkan hubungan kekluargaan dan di situ mengajar kita berdisiplin dalam setiap tindakan.
* Membaca al- Quran ~ waktu yang terluang ayah @ ibu akan ajar aku & abang mengaji al-quran, walupon ketika itu ada kelas fardu ain yang wajib di hadiri setiap petang namun sekiranya ada kelapangan aku akan mengulangi bacaan bersama ayah & ibu.
* Banyakkan amalan baik ~ tolong menolong, bercakap benar dan sentiasa bersikap sederhana. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati. Kata ayah hati akan tenang dan dapat pahala. Tambahan bulan puasa, lagi banyak ganjarannye. Ayah akan ternagkan pekara-pekara yang menyebabkan batal puasa / makruh puasa kerana amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda.
* Berbuka bersama~ amalkan bacaan doa berbuka . Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak. Berhenti sebelum kenyang.
* Solat Tarawih ~ pada usia 10 tahun aku telah mengikut ibuku ke masjid bagi mengerjakan solat tarawih,kerana setiap malam ada ganjaran yang diberikan. Ibu kan bacakan ganjaran solat tarawih setiap malam dan terangkan kelebihan orang yang mengerjakannya. Tidak lupa pesanan ayah & ibu iaitu berniatlah untuk puasa esok hari.
* Malam Lailatul Qadar ~ kelebihan Ramadhan terang ayah kerana adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan. Iaitu pada penghujung Ramadhan. Banyakkan amalan baik dan kerjakan solat bagi merebuat malam tersebut dimana diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
Mejelang syawal
* Takbir raya ~ ayah sentiasa berpesan untuk bertakbir “AllahuAkbar” sepanjang malamnya. Melambangkan kita berjaya mengharugi keperitan dan kesusahan. Dengar takbir raya jer pasti sedih, tambahan pula kata ayah orang dalam kubur menangis kerana sedih berlalunya Ramadhan dimana lepas daripada seksaan kubur. Begitu menginsafkan diriku.
* Solat Aidilfitri ~ setelah berpakaian cantik dan memakai wangi-wangian di pagi hari, bersiap-siap untuk solat sunat hari raya. Kenapa tak lepaskan pelung solat? Lepas jer solat akan berbaris panjang untuk kutip duit raya. Masa niler yang di tunggu-tunggu oleh setiap kanak-kanak. Tetapi setelah menganjak uisa belasan tahun dah tak queqe lagi. Segan lah…
* Ziarah Kubur ~ amalan yang dilakukan setiap kali selesai solat sunat Aidilfitri. Kami sekeluarga bersama-sama menziarahi pusara kaum keluarga. Membersihkan kawasan perkuburan dan sedekahkan surah Yassin & bacaan doa.
* Bermaaf-maafan~ Tentu banyak salah silap dilakuan saban hari, saat ini lah saat untuk mohon maaf atas kesilapan yang telah dilakukan.
* Kunjung mengunjung ~ Masa yang di nanti telah tiba, round kampung kutip duit raya. Mula-mula kunjung umah saudara terdekat baru pusing kampung. Sedar tak sedar amalan kunjung mengunjung ni mengeratkan ikantan dan kenal-mengenali antara satu sama lain.
Semua ini adalah kenangan, yang akan ku abadikan dan dijadikan panduan dalam mendidik anak ku kelak. Amalan murni harus di amalkan dan di semai sejak kecil, bak kata orang “ melentur buluh biar daripada rebungnya“. Insyaallah…
Tengok jerlah gelagat si kecil ni, sibuk juga nak berbuka… takper asuh dari kecil yer tak? Sorry yerk.. Simple jer… Beginilah hari-hari dalam kamus hidupku, hidup ber-3.
2. Fizah

Berminat memiliki Heat Pack? Ia boleh dijadikan tungku bagi yang baru bersalin dan boleh juga dijadikan pemanas waktu sejuk, lenguh-lenguh, sakit sendi, dan banyak lagi lah kegunaannya. Basically Heat theraphy akan jadi panas dalam satu masa yang lama. Kalau berminat memilikinya bolehlah join contest yang dianjurkan oleh Kak Yong / Catatan Ibu dan Ummu Abdullah / Anakku Sayang. Untuk keterangan lanjut Klik sini atau sini. (Aik, dah macam iklan fulak, kan! heheh)
Jika berminat dengan CD juga boleh mencuba nasib dalam contestini.
Tugasan yang perlu dibuat adalah buat karangan tentang “Ramadhan, Syawal & anak-anak”, satu artikel menjurus kepada kisah ibu & anak-anak di bulan Ramadhan & Syawal & kongsi tips untuk anak-anak mengenali/ memahami/ menghayati Ramadhan & Syawal dari usia seawal bayi.
Sebenarnya, ini kali pertama saya menyambut Ramadhan bersama anak. Jadi, tiadalah banyak pengalaman yang boleh dikongsi. Sekadar bercerita suka-suka, ok. Alkisahnya, anakku Adni setakat ini kususukan sepenuhnya dengan niat ingin berpuasa penuh selagi mampu. Ramadhan ini, usia Adni sekitar 3 bulan lebih. Sebelum ni, saya pernah terbaca ada ibu yang risaukan anak tak cukup susu, lalu berbuka. Hal ini menurut hukum, perlu bayar fidyah dan diganti puasa itu. Tetapi Alhamdulillah, bagi saya yang serba kekurangan ini, sangat bersyukur kerana kekuatan untuk menyusukan itu ada. Secara tak langsung, saya bercakap-cakap dengan si kecil, agar dia faham saya sedang berpuasa dan nikmat susu yang dinikmatinya adalah rezeki dari Allah jua. Pakej hadirnya Ramadhan adalah dengantaqwa. Maka secara tak langsung juga, saya serapkan nilai itu kepada anak dengan eratnya dakapan dia dalam pelukan cinta. Tiap kali ingin solat pula, saya biarkan dia jika menangis, agar dia tahu bahawa menghadap Allah itu lebih penting bagi saya. Dia juga saya dakap ketika mulut membaca kalam Allah, Al-Quran dan saya sebut-sebut bahawa ini satu bulan yang istimewa. Pahala 1 huruf dibaca dari Kitab Al-Quran berganda-ganda. Melainkan mendatangkan mudarat, dia saya ambil dan dodoikan. Saya bisikkan bahawa tiap malam ayahnya ke masjid untuk bertarawih. Tinggal kita berdua, nanti Adni dah besar sikit, ibu bawak sekali, ok.
Itu kisah Ramadhan semasa telah bergelar ibu. Masa anak-anak dara dulu (ayat tak hingat ;p), berpuasa dengan keluarga dan rakan-rakan, pastilah lain pula suasananya. Yang paling saya suka bila Ramadhan ni adalah kerana dalam imaginasi saya pahala turun mencurah-curah seperti salji. Dan, orang ramai berebut-rebut mengejar dan mengumpul segala kebaikan-kebaikan itu. Rugilah siapa tak merasakan hangatnya kasih sayang Allah kepada kita, terutama dalam bulan penuh keberkatan ini. Saya selalu berdoa, hati penuh berharap agar selepas sekolah ini tamat, bekalan saya cukup hingga bertemusekolah ini lagi tahun depan, dengan izin-Nya! Tentang Syawal pula…eh, Syawal tahun lepas Adni dalam perut lah. Heheh. Sekian karangan entah-apa-apa dari saya.
Terima kasih daun keladi Kak Yong dan Ummu Abdullah kerana menganjurkan contest berguna seperti ini. Sambil menulis, saya muhasabah diri, dan secara tak langsung terfikir, bahawa mendidik anak tentang Ramadhan memang bermula seawal bayi lagi.
Gementar. Orang utara cakap ketaq. Hehe..1st time nak try join contest kat blog ni. Apa pun, khusus untuk penganjur contest ummu_abdullah (Anakku Sayang) & kakyong (Catatan Ibu) , saya cuba menguji diri sendiri. Secara tak langsung, dapat juga mengimbas kembali Ramadan dan Syawal semasa bujang dan membandingkannya pula ketika sekarang (sudah berkeluarga dan mempunyai 3 orang puteri).
Nak citer pasal amalan bertarawikh. Kalu dulu, masa bujang, Ana belajar di sekolah berasrama. So, didikan agama telah diterap semasa dalam kelas dan juga di asrama sekolah itu sendiri. Setiap malam, Ana join kawan-kawan yang lain berjemaah solat tarawikh di surau. Bila masjid sekolah telah siap dibina, semua pelajar puteri berjemaah menunaikan solat tarawikh bersama-sama dengan pelajar putera. Macam-macam gelagat yang boleh dilihat bila berjemaah beramai-ramai.
Amalan solat tarawikh Ana teruskan sehingga sambung belajar di UiTM, Shah Alam. Begitu juga apabila Ana pulang ke kampung. Ana dan adik-adik akan ikut mama & baba ke masjid untuk menunaikan solat tarawikh.
Tapi sekarang, ana hanya bersolat tarawikh di rumah sahaja. Maklumlah, anak-anak masih kecil. Masa ada Aqilah (anak sulung), rajin juga berjemaah dengan suami. Tapi sekarang kena solat sendirian sebab Adlin (baby) suka menangis kalao tak ada sesiapa di sisinya. Selalunya terbabas, tak solat juga. So, nak kutip pahala sunat lain, Ana bertadarus di pejabat. Waktu rehat, oleh kerana berpuasa, Ana ambil peluang pada waktu tersebut dengan mengisi masa dengan bertadarus.
Bila tiba waktu berbuka, Aqilah dan Iwani pasti sibuk juga. Betul, Ramadan mengeratkan ikatan keluarga. Ana dan suami berbuka sambil melayan kerenah anak-anak. Bila makan bersama-sama, anak-anak nampak lebih berselera. Macam-macam yang dipinta. Tapi Ana dan suami juga tetap ajar anak-anak agar tidak membazir. Selalunya kami beli makanan di bazar kerana ana tak sempat nak masak ketika hari bekerja. Ana selalu pesan pada suami agar beli makanan yang boleh dihabiskan sekali makan sahaja. Makanan tidak perlu dipanaskan banyak kali. Lagipun, makan makanan yang dimasak berkali-kali, tak baik untuk kesihatan.
Anak-anak Ana yang baru berusia 4 dan 3 tahun itu tentu masih belum mengerti istilah puasa. Tapi yang penting, Ana dah bagitau mereka iaitu bila puasa tak boleh makan. Biarlah. nanti, bila Aqilah dah berumur 7 tahun, Ana berazam nak ajar dia berpuasa sepertimana Ana mula berpuasa ketika usia tersebut.
Tahun 2009 ini juga, tahun rezeki dan rahmat buat kami sekeluarga. Ahli keluarga bertambah dengan kehadiran baby baru, Nur Adlin dan kami dapat menjalani ibadah puasa serta Insyallah menyambut Syawal di rumah sendiri yang baru kami beli. Seronoknya berganda-ganda.
Rezeki yang tidak pernah putus. Alhamdulillah.
Walaupun penat dan letih melayan kerenah anak-anak yang semakin membesar dan semakin nakal, di bulan Ramadan ini, benar-benar mengajar Ana dan suami agar banyak bersabar. Betapa nakal pun anak-anak Ana ini, mereka tetap anak-anak yang masih belum mengerti kewujudan Ramadan dan Syawal. Masih belum paham kewujudan istilah baju raya, duit raya, balik kampung, ketupat, rendang dan sebagainya.
Tak apalah. Ana akan mengajar mereka perlahan-lahan dan dengan penuh kesabaran.
“Anak-anak mama, bila dah besar nanti, kita puasa sama-sama. Kakak tolong mama masak, adik Wani tolong mama hidang juadah berbuka, adik Adlin tolong mama cuci pinggan.”
Eh..eh..Ana dah berangan-angan sedia jadual tugas untuk anak-anak. Aci ke?
Hehehe..sabar ajerlah.
4. Anamarza

Bismillah….Giveaway “Ramadhan, Syawal & Anak-anak” anjuran bersama AnakkuSayang & Catatan Ibu ni dah hampir ke penghujung nya…dah agak lama berkira2 nak join tapi terasa ilmu didada masih blum cukup dalam bab2 nak berkongsi tips apatah lagi tips berkaitan keibubapaan dalam memperkenalkan/memahamkan Ramadhan & Syawal kepada anak2 ni…
Manakan tidak usia perkahwinan kami baru setahun jagung dan anak2 pun masih kecil lagi…belum wujud pun lagi istilah pengalaman mengajar anak2 berpuasa..cuma..sewaktu mengambil keputusan untuk berkahwin dahulu dah bertekad untuk mendidik anak2 mengenali islam dan kehidupan sebagai seorang hamba Allah..melakukan yg wajib dan menghindari yg mungkar….atas sebab ini lah saya berusaha dengan mencari dan berfikir kaedah yg akan dipraktikkan dalam mendidik anak2 kami dari sewal usia dengan didikan secara islam…
Dari usia 7 tahun ibubapa kami memang dah mengajar kami adik beradik berpuasa..dan Alhamdulillah saya mampu melakukannya tanpa ade penipuan atau niat berpuasa sekadar ingin mendapatkan upah..mungkin kami dibesarkan dalam keluarga yg sederhana jadi mak dan abah tidak pernah mengumpan dengan sebarang upah untuk menghabiskan sebulan berpuasa…begitu juga dengan ibadah yg lain…
Sekarang setelah memiliki 2 pasang cahaya mata, sudah masanya untuk saya pula mendidik anak2 mengenal Ramadhan dan Syawal..buat masa ni Selalu jugak bercakap2 dengan Safiyya apa itu puasa, terawih dan dah hampir nak raya ni sentiasa beritahu dia baju yg baru dibeli tu untuk dipakai raya nanti..
Setiap kali bersahur pasti Safiyya bangun sekali ade masa makan ade masa cuma minum susu sahaja..tapi yg kelakarnya setiap kali nak suap nasi bila dia dah rasa kenyang dia akan cakap :”kakak puasa la..”..mungkin bagi dia puasa tu tak makan..ade masa bila diacah oleh mak sedara nya dengan meminta makanan yg sedang dimakan oleh Safiyya..cepat sahaja Safiyya jawab:”mak cu/mak uda/mak tam puasa…tak leh makan” cute jer dengar jawapan darinya..at least dalam usianya yg baru 2 tahun setengah ni dia dah mula faham puasa tu macam mana walaupun tak faham sepenuhnya lagi….
Bagaimana saya nak membiasakan anak2 saya dengan Ramadhan dan Syawal???ni kira perancangan saya la..harap2 kaedah ini akan berjaya…
- Sentiasa bercerita/menerangkan apa2 sahaja perkara berkaitan Ramadhan dan Syawal (puasa, terawih, solat sunat aidilfitri dll….) sedari usia anak masih kecil lagi kerana usia sebaya safiyya ni memori nya hanya untuk satu tempoh tertentu sahaja…bila bertemu semula ramadhan dan syawal pada tahun hadapan perlu diceritakan/diterangkan semula…begitulah seterusnya
- Jangan sesekali malas melayan persoalan yg keluar dari mulut si kecil bila dia mula bertanyakan hal2 berkaitan puasa, solat terawih, baca Al-Quran dll..
- Mengajak anak untuk sama2 melakukan sesuatu yg dikaitkan dengan aktiviti yg dilakukan dalam kedua2 bulan ini..seperti sewaktu berbuka atau bersahur (sekiranya anak yg belum mampu / belum bersedia berpuasa turut terbangun) biasakan mereka makan sekali, ajak anak duduk sekali setiap kali kita membaca Al-Quran, membawa anak2 ke masjid untuk bersolat terawih atau sembahyang raya
- Melatih anak mula berpuasa dari sewal usia 4 atau 5 tahun dengan kaedah sukarela..
- membiasakan anak tadi berpuasa setakat kemampuan mereka, mungkin pada awal2 belajar berpuasa setakat pukul 10pg / 11pg dan bertambah dari masa kesemasa sehingga dengan sendirinya mereka mampu berpuasa penuh…
- Membiasakan anak2 berpuasa makan tapi boleh minum…sedikit2 kurangkan kekerapan minum sampai akhirnya mereka mampu berpuasa betul2 iaitu menahan lapar dan dahaga….
- Menggalakkan anak2 suka makan kurma sedari kecil lagi dan bagi anak2 yg dah mula berpuasa didik mereka berbuka dengan buah kurma dahulu dan makan sedikit kurma juga waktu bersahur..ceritakan kebaikan kurma dalam berpuasa..
- Jangan sesekali biasakan anak2 berbuka dengan meminum minum bergas atau berkafein kerana dengan meminum air jenis ini boleh menyebabkan mereka merasa lebih haus di siang hari…
- Ajar anak2 minum air kosong banyak selepas waktu berbuka dan semasa bersahur
- Sebolehnya ajak anak solat berjemaah sekali dirumah bagi solat maghrib / subuh sekiranya tidak dapat membawa anak2 ke masjid sekali untuk berterawih atas sbb tertentu…
- Seboleh mungkin bawa anak2 untuk sama2 bersolat sunat aidilfitri, menziarah kubur untuk bertahlil agar anak2 terbiasa dengan suasana di pagi raya
- Sebaiknya di pagi raya, ‘wajibkan’ anak2 untuk bersalaman dengan semua ahli keluarga memohon maaf dan mengucap selamat hari raya…biasakan anak2 dengan amalan ini dan terangkan sebab dan musabab amalan bersalaman ini bukan sekadar bersalam untuk dapat duit raya sahaja
- Bawa anak2 berkunjung ke rumah sedara mara untuk membiasakan dirinya dengan amalan ziarah menziarahi..jangan biarkan anak beraya hanya di hadapan tv sahaja….
Rasanya ini sahaja yg dapat saya kongsikan. Apa yg saya kongsi ini hanyalah pendapat saya semata2…dan sekiranya terdapat kekurangan minta diperbetulkan…
Related Posts
- Contest “Ramadhan, Syawal & anak-anak”
- Pemenang Contest Ramadhan, Syawal dan Anak-anak
- update Contest Ramadhan, Syawal n Anak-anak
- Pendidikan dan Ramadhan
- Cerita dan lagu anak islam
Categories: Contest
Tags: Anak, Contest, pertandingan


















Comments
No Comments
Leave a reply