Archive for the "Pendidikan" Category
Sunday, March 14, 2010

29/3, Muhammad bakal mencecah 1 tahun. Alhamdulillah, kala ini Muhammad sudah mampu berdiri dan menapak 5-7 tapak. Seronok tak terhingga. Ye lah, ibu mana yang tidak gembira melihat anaknya berkembang dan menguasai satu-satu kemahiran.
Saya sendirian pernah terfikir. Apa yang berlaku apabila anak-anak saya sudah dewasa kelak? Bagaimana sikapnya, bagaimana pemikirannya, bagaimana imannya, bagaimana kehidupannya…?
Sesekali, terasa [...]
Read full story »
Tuesday, February 9, 2010

Pernah kita lihat, bagaimana seorang kanak-kanak yang begitu yakin dalam setiap tindakan dan pertuturannya? Sudah tentu kita pernah melihat anak yang begini bukan?
Subhanallah, hebatnya anak ini. Inilah pemberian Allah. Juga usaha yang dilakukan oleh kedua orang ibu bapanya. Saya yakin anak-anak anda juga begitu. Hebat, yakin dan hebat dalam pertuturan.
Sekarang ayuh kita bahas secara ringkas, [...]
Read full story »
Thursday, January 28, 2010
![[PENTING!] Pelancaran Portal AnakkuSayang](http://anakkusayang.com/blog/wp-content/uploads/2010/01/head1-300x120.jpg)
Bismillah,
Dengan ini saya melancarkan Portal AnakkuSayang.
Apa kelebihan portal ini berbanding blog AnakkuSayang?
1. Submit Artikel – pengunjung boleh menghantar artikel menggunakan sistem submit artikel
2. Forum – Perbincangan yang lebih mendalam dan mendapat jawapan dari semua pengunjung. Semua orang mendapat manfaat dari perbincangan.
3. Video – Video-video berkaitan dengan pendidikan dan sesuai dengan anak-anak diletakkan di sini. Anda [...]
Read full story »
Monday, January 25, 2010

Siapa pernah menghadapi anak berbohong? Anak kecil, ape la yang dia tahu. Yang penting dia dapat perhatian. Dapat pujian dan kasih sayang.
Mereka inginkan kasih sayang dan perhatian sehingga perlu berbohong? Bagaimana ia boleh berlaku?
Bohong nampaknya tersebar luas di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak melakukan hal-hal yang tiada asas dari kenyataan yang sebenar. Ibu bapa mengetahui anaknya berbohong [...]
Read full story »
Thursday, January 21, 2010

“Pang!!”, bunyi pinggan pecah.
“Abdullah! Kan ummi dah cakap banyak kali dah! Jangan main dengan pinggan! Kan dah pecah!”.
“Pap!”, bunyi pukulan singgah di tangan Abdullah.
“Ni supaya Abdullah ingat, lain kali jangan buat lagi dah!.” Kata Ummi.
“Bedebuk… Waaa!!!” bunyi tangisan adik.
“Abdullah! Kenapa tendang adik! Kan ummi dah cakap banyak kali dah! Kesian adik! Kalau orang tendang Abdullah, [...]
Read full story »
Tuesday, January 19, 2010

Baru-baru ni terasa jiwa agak kekeringan dengan kesibukan-kesibukan seharian. Bukan cuma pendidikan anak sahaja terasa kurang berkesan, pendidikan dan semangat diri sendiri pun kadang-kadang tak mampu dikuatkan. Mulalah berfikir mencari jawapan, bagaimana nak kembali menguatkan jiwa kembali.
Hurm, apa nak buat ye?
Baca buku motivasi?
Dengar ceramah?
Buat je kerja macam biasa?
Buat tak peduli jer?
Tido????
Tiba-tiba terpandang al-Qur’an terjemahan yang [...]
Read full story »
Sunday, January 17, 2010

- Menghasilkan ikatan ibu bapa dan bayi
- Tenang
- Bayi rasa disayangi
- Membantu bayi tidur dengan nyenyak
- Meningkatkan sistem imunisasi
- Rangsangan sentuhan
- Menyihatkan kulit bayi
- Melancarkan sisitem perangaliran darah
- Membantu sistem penghadaman
- Membantu dalam pernafasan
- Menlegakan kesakitan pada gigi
- Membantu ibu bapa mengenal bayi (keperluan dan kehendak)
- Menenangkan ibu bapa
- Membina keyakinan ibu bapa dan bayi
- [...]
Read full story »
Friday, January 15, 2010

“Orang yang kuat itu adalah orang yang mampu menahan marahnya ketika dia marah.” Marah memang mudah, namun berapa ramai yang mampu bertindak dengan bijak ketika marah menguasai diri? malah, sesetengah ulama’ berpendapat yang talak tidak jatuh apabila diucapkan ketika marah.
Muka menjadi merah padam, darah naik ke muka, badan menjadi panas, tangan digenggam kuat, menggigil, fikiran [...]
Read full story »
Wednesday, January 13, 2010

“Cinta” satu kalimah indah lagi mengasyikkan. Membuatkan para pendengar membayangkan keindahan dan keseronokannya. Cinta adalah suatu yang merubah bebanan menjadi kenikmatan, yang merubah suatu kesusahan menjadi keasyikan diatas namakan perilaku “pencinta sejati”.
Cinta mendatangkan kekuatan, Cinta medatangkan kesegaran, Cinta mendatangkan kesenangan, dan Cinta adalah energy yang menggerakkan perjalanan. Seorang yang kehilangan cinta, baginya dunia sudah [...]
Read full story »
Saturday, January 9, 2010

Anak saya dapat bercakap petah seawal usia 2 tahun. Subhanallah, betapa hebatnya keagungan Allah. Saya sangat kagum dengan kehebatan ciptaan Allah.
Anak yang berkembang sedikit demi sedikit sangat menggembirakan hati semua ibu bapa. Walaupun anak seusia 10 bulan dapat menyebut perkataan abi, abang, baba dan sebagainya. Hanya perkembangan secubit itu, kita sangat mengaguminya dan sangat gembira. [...]
Read full story »
Sunday, January 3, 2010

Cuba kita menjadkan diri kita berada dalam situasi seorang bayi kecil yang baru dilahirkan ke dunia. Dalam keadaan masih belum mengerti apa-apa, semuanya adalah asing. Yang hanya dikenali adalah ibu dan kehangatan pelukan ibu. Apabila sedikit demi sedikit diperkenalkan dengan dunia, persepsi awal terhadap dunia adalah suatu yang sangat penting dalam menentukan sikap yang akan [...]
Read full story »
Friday, December 25, 2009

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.
Kebelakangan ini, banyak pula permintaan Abdullah untuk menonton televisyen, bermain starfall dan menonton carita kartun kegemarannya. Kalau ikutkan memang taknak bagi langsung. Mengapa? Tahulah apa yang terkandung dalam televisyen. Tahulah anak-anak, jika dah berada depan kartun, fokusnya dan dunianya adalah dunia kartun.
Namun, saya tetap benarkan semua itu kepada anak sulung [...]
Read full story »
Tuesday, December 15, 2009

Cuba kita menjadikan diri kita berada dalam situasi seorang bayi kecil yang baru dilahirkan ke dunia. Dalam keadaan masih belum mengerti apa-apa, semuanya adalah asing. Yang hanya dikenali adalah ibu dan kehangatan pelukan ibu. Apabila sedikit demi sedikit diperkenalkan dengan dunia, persepsi awal terhadap dunia adalah suatu yang sangat penting dalam menentukan sikap yang akan [...]
Read full story »
Friday, December 11, 2009

Pendidikan anak itu bermula seawal mencari pasangan. Seorang lelaki mencari isteri yang terbaik buat menjadi ibu kepada anak-anaknya, dan sebaliknya seorang wanita mencari seorag suami buat menjadi ayah kepada anak-anaknya nanti.
Mencari pasangan hidup bukan cuma mencari seorang yang cantik atau kacak sahaja, yang lebih penting dari itu adalah agama, keperibadian dan ilmu yang membentuk dirinya. [...]
Read full story »
Sunday, December 6, 2009

Diantara manfaat menghafal Al Quran pada masa kanak-kanak adalah: meluruskan lidah, membaca huruf dengan tepat, dan mengucapkannya sesuai denan makhraj hurufnya, dan tidak mengalami seperti dialami oleh orang awam dan sayangnya sebagian pendidik, yang kurang fasih dalam membaca huruf jim, dan tidak mengeluarkan lidah saat membaca huruf tsa, dzal, zha dan lainnya, tidak menebalkan huruf-huruf izh-har [...]
Read full story »
Sunday, December 6, 2009
Entah kali ke berapa saya membelek-belek sambil membaca Majalah Solusi isu 13. Rasanya dah kali ke 5. Baru semuanya habis dibaca. Bagi saya, inilah majalah terbaik isinya kurun ini. Alhamdulillah, terjumpa satu fakta tentang Sultan Muhammad Al-fatih, tak sangka juga tarikh lahirnya adalah 29 Mac, sama dengan tarikh lahir anak kedua saya, Muhammad Al-fatih yang menjangkau [...]
Read full story »
« Older Entries