SHARE

bayi dalam air

Tempoh anak anda mandi adalah salah satu tempoh yang menyeronokkan bagi mereka – mereka seronok bermain dengan buih-buih sabun, permainan plastik yang mereka ada, dan juga bau syampu buah-buahan yang wangi dan menarik perhatian mereka. Bermain permainan yang menggunakan air adalah mudah, menyenangkan dan juga murah. Ia boleh dilakukan dimana-mana sahaja sama ada di dalam ataupun di luar rumah. Jadi, di sini ada beberapa cara bermain air yang sesuai dengan peringkat anak anda yang masih bayi:

Rendam Dalam Kolam, Ketika dia dalam keadaan tidur (sebentar semasa siang), angkat bayi anda dan rendamkan ke dalam kolam yang cetek, dan ada peningkatan sekiranya dia sudah mula mahu menyelam.

Menyiram Tanaman, Biarkan anak anda membiasakan diri mereka menggunakan bekas penyiram air yang kecil untuk disiram ke rumput dan pokok-pokok. Isi bekas tersebut dengan air kira-kira separuh ukuran bekas tersebut, dan tunjukkan contoh bagaimana hendak melakukannya.

bayi dan air

Lakukan Perkara Biasa, Letakkan anak anda berhampiran dengan baldi kecil yang berisi air dan biarkan dia bermain mencelup dan mencedok bekas yang berada di tangannya. Boleh juga sekiranya anda menyediakan satu sudu atau pengacau plastik untuk dia bermain masak-masak (masak sup).

Bermain Secara Berhati-Hati, Jangan sekali-kali anda biarkan bayi kecil anda bermain berseorangan ketika dia berhampiran dengan kolamnya ataupun baldi (Bayi akan mudah lemas walupun air hanya  berukuran seinci atau dua inci.) Berhati-hati dengan kulitnya juga, sekiranya anda bermain di luar rumah, pastikan dia sudah berhenti berendam ketika cuaca panas terik.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY