Follow me on tweeter... (anakku_sayang)... Klik Disini!
Powered by MaxBlogPress 
Your are here: Home // Aktiviti Anak // Aktiviti bersama anak : Main pondok-pondok

Aktiviti bersama anak : Main pondok-pondok

TentSalah satu permainan yang selalu kami mainkan bersama adalah bermain pondok-pondok. Abdullah suka sangat permainan ini, dia boleh habiskan berejam-rejam dengan permainan ini sahaja. Sangat Simple dan praktikal.

Tajuk : Main pondok-pondok (versi moden)
Masa bermain : sampai anak bosan. (paling sekejap 10 minit)
Objektif : bina kreativiti anak, melatih kemahiran berfikir secara logik, melatih saraf motor, rapatkan hubungan antara ibu dan anak.
Bahan : gunakan kreativiti sendiri.
Cadangan cara nak buat khemah:

1. Paling mudah kalau di rumah anda ada kusyen yang boleh angkat kusyennya, gunakan itu sahaja pun dah cukup. Susun kusyen tadi di keliling meja. Maka siaplah rumah kecik untuk anak anda bermain. Kalau Abdullah, dia akan bawak masuk mainan dia dan bantal, lepas tu tak tahu lah apa yang dia buat dalam rumah kecik dia tu. Kalau dah start nak bosan, nanti dia akan robohkan rumah tu dan mintak ummi dia buatkan balik. Huhu…
2. Cara lain adalah ambil 4 kerusi + 1 selimut + 4 kelip kertas. Susun 4 kerusi tu di empat penjuru, letakkan selimut di atasnya sebagai bumbung, klip selimut tadi agar tidak roboh.

Tips : jangan klip kuat sangat, takut anak terlanggar selimut, kerusi tumbang atas dia.

Pesanan : Perhatikan anak anda, risau kerusi jatuh. Kalau boleh cari kerusi yang susah nak jatuh. Atau cari 4 bucu yang boleh di kepit klip tadi, tak perlu guna kerusi pun. Be creative, kids love it, the more creative you are, the better.

Artikel Berkaitan:

    Aktiviti bersama anak : Mewarna Online
    Aktiviti bersama anak : Pancing
    Aktiviti Anak : Main api?
    Aktiviti bersama anak : lelong lukisan
    Aktiviti anak : StarFall.com

filed under: Aktiviti Anak Tagged with: , , ,

Leave a reply

Copyright © 2009 Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak . All rights reserved.
designed by alfatihstudio.