Saje nak kongsi kat sini. Salah satu kaedah pendidikan anak adalah menggunakan flash card. Cuma kami ni sebab kaki komputer sangat maka buatlah flash card sendiri dalam komputer. Ni flash card yang dibuat untuk Muhammad. Guna suara abang dia, Abdullah, tu yang mahal tu. Dalam flash card ni ada dot, one to ten. Kalau bukak, flash kan pada muhammad, dia akan ternganga duduk tengok, tak berkelip mata. Huhu…
Bagus untuk pendidikan awal kanak-kanak, terutama bayi yang di bawah usia 3 bulan sebab hanya ada black and white. Bayi dalam usia sebegini masih tak dapat fokus mata dia dengan baik, jadi gambar yang high contrast seperti hitam, putih, dan merah sangat bagus untuk melatih mata mereka untuk fokus. Sebenarnya ini adalah estimation jer, ada bayi yang mampu fokus lebih awal dan ada yang lebih lambat dari tu. Bergantung juga pada ransangan yang dia dapat.
Bagus jugak untuk bayi atas 3 bulan, sebab bila high contrast dia akan nampak dengan jelas tidak ada distraction lain.
Sebenarnya ada lagi beberapa set flash card yang dah dibuat. Insya’allah akan dikongsikan pada masa akan datang.
Pada ibu-ibu yang malas nak flash kan card (macam saya, huhu..). Boleh la pasang pada lap top then tinggalkan anak. Cuma perhatikan keselamatan laptop n jangan sampai dia boring, huhu…
Nak download, klik sahaja pada gambar di atas…
Bonus!
Ada lagi satu flash card bertemakan binatang-binatang, pun guna suara abdullah. Yang ni lagi best, Abdullah sebut nama binatang tu dalam bahasa inggeris. Tapi yang ni saya akan bagi pada siapa yang register email dia pada website ini sahaja. kalau berminat isikan email anda di ruangan register email. Kemudian comment pada entry ni yang anda dah subscribe dengan anakkusayang. Saya akan emailkan pada anda Flash Card tersebut.
Artikel Berkaitan:





















Assalamualaikum..kak, saya dah daftar email tu…;)
Ainul..
bagus ni.. kakyong drp bersalin kan aliya.. tp tak jugak buat2.. huhuuu
Terima kasih, saya dah emailkan pada ummu iffah dan pada kak yong
salam
trima kasih berkongsi
saya pun nak juga
Boleh2, hanya isi emel pada langgan artikel, nanti saya emelkan.
Nanti saya bagi lagi flashcard yang ada insyaAllah…
berminat gak nak dptkan flash card nih! leh emel kat sy jugak.
terima kasih
Salam ummu_abdullah, saya dah daftar dan berminat nak dapatkan flash card tu. terima kasih.
mamaadib, ummu-iman dan Hasni, saya sudah emailkan flash card tersebut. Kalau ada apa-apa komen boleh bagitahu di sini ya?
salam…best2..dah tgk yang dot2 tu.nak gak yang lain…:)
mama_auni, saya dah email kan flash card tu. Kalau ada apa-apa komen bagitau la ye?
Ah … interesting. Cukup kreatif. Coba download untuk intermezzo. Thanks
Cuba jangan tak cuba… huhu… mau ngak yang flash card animal nya?
berminat nak dapatkan f/kad nie.. email kat kite guna email suami
Saya sudah email kan. Terima Kasih.
saya berminat ngan f/kad yang bertemakan binatang tu…leh tolong email tak… thanks a lot..
Salam ogy, saya dah emailkan flash card tu.
salam..sy juga merupakan ex-student upsi dan sy bangga dgn usaha saudari utk berkongsi ilmu keibubapaan..smga segala usaha saudari diberkati, insyaallah..sy jg berminat utk mdapatkan flashcard tsbt.. thanks
ok, saya akan hantar selepas ini… =)
akk pun nk juga..tq!
flash kad nama binatang
Berminat gak nak dapatkan flash card tu..leh emailkan kat email saya tak…
as’kum…
berminat jugak flash card. tolong emailkan. tkasih.
saya pun nak juga flash card tu yer..nnt tlg emailkan yer,terima kasih.
Assalamualaikum.
Saya suka semua yang ditulis tu.
Tapi saya ni tak pandai nak buat blog ke ape-ape yang advance tu. Banyak lagi yang saya tak pandai nak buat. Blog aye pun boring je .
Assalamualaikum,kak…saya dah ada 2 org anak…dua2 perempuan…yg sulong berumur 3 tahun…yg bongsu umur…3 bulan…cuma sekarang nie, kalau boleh saya nak minta panduan kakak mengenai ape yg perlu saya ajar untuk anak2 saya nie…contohnya pada umur 3 bulan kena perlu ajar ape….yg 3 tahun sepatutnya kena ajar ape….last sekali minta kakak email saya flash card tue yer…terima kasih….
saya nak flash cad tu nak ajar adik saya tapi macam mana
Salam. Terima kasih kerna berkongsi. Satu blog yang baik untuk parent yang inginkan anaknya pintar di peringkat rebung. Teruskan usaha anda yang baik ini. Saya hanya tumpang sekaki. huhuhuhu
Dah send kepada semua. Terima kasih
terima kasih !
Salam..
Baru perasan pulak page ni.. dah beberapa minggu gak saya subscribe dgn website nih.. ok saya berminat nak flashcard yg lain tu ya.. apa2 jer yg boleh share percuma saya minat
BTW anak2 saya 4 tahun, 2 tahun, dan lg 1 tgh tunggu mase nak kuar
salam, sy dah subscribe… bleh la sy daptkan flashcard yg laen..
shukran jazilan
Ok, dah dihantar. Sesiapa yang masih tak dapat sila email pada saya kembali ye?
salam, saya nak gak flash card tu. boleh e-mailkan.
ibu saya ialah seorang guru tadika Kemas. dia ada sarankan kepada saya untuk buat flashcard pada anak dgn menggunakan power point. pas tu, suruh anak tu click sendiri. they will feel excited.
onemore, macam mana nak add suara tu ek? kalu tak keberatan, boleh kongsi tak.
Boleh saja… Dalam minggu ni saya akan berikan lebih 5 flash card…
erm, nanti saya kongsikan juga cara buat flashcard tu… =)
salam… saya da subscribe… hope dpt as soon as possible.. thanks…
Sekarang ni saya dah gabungkan dengan 5 flash card terbaru tu. Cuma masukkan nama dan email dalam borang di sebelah kanan blog ini sahaja. Selepas verify email, akan terus dapat link download tu.
salam… saya da subscribe… hope dpt as soon as possible.. thanks ye…
Azie kene verify email dulu baru akan dapat link tu. Tekan verify punye link dalam email tu.
salam…saya dah daftar email..berminat sgt nak dptkan f/card tu..tq
sharina´s last blog ..KiSaH RoTi JoHn 2008
bila daftar email dan sahkan email dengan cara klik link di dalam email yang diterima, satu email lain akan sampai secara automatik bersama-sama dengan semua flashcard tersebut.