Ketahui Rahsia Berhenti Merokok Selamanya Hanya Dalam Masa 3 Minggu... Klik Disini!
Powered by MaxBlogPress 
Your are here: Home // Aktiviti Anak // Ceritakan Kepada Anak Anda

Ceritakan Kepada Anak Anda

Mother

Pada usia 28 bulan hingga 3 tahun, kanak-kanak sangat gemar mendengarkan cerita. Perhatiannya terhadap sesuatu adalah singkat, maka ibu hendaklah memilih kisah-kisah yang mudah dan pendek bagi anak-anak. Oleh kerana kanak-kanak pada usia ini tidak memiliki ingatan jangka panjang yang baik, mereka gemar mendengar irama atau kisah yang berulang-ulang. Cerita atau kisah yang menggunakan perkataan, ayat ataupun frasa yang sama dan diulang-ulang sangat menarik perhatian mereka. Anda akan melihat anak-anak memberi perhatian dengan gembira ketika mendengar kisah. Pengulangan dapat membantu meningkatkan daya ingatan dan kemahiran bahasa.

Kanak-kanak belajar tentang perasaan. Mereka sedang belajar bagaimana dan bilakah waktu yang tepat untuk mengekspresi perasaan mereka. Contohnya, mereka mendapati bahawa adalah tidak salah sekiranya mereka marah tetapi tidak menyakiti atau memukul orang lain sekiranya dalam keadaan marah. Memandangkan kanak-kanak sangat sensitif dengan perubahan perasaan, mereka sangat gemar mendengar cerita. Cerita tentang kanak-kanak lain berperasaan sama seperti mereka adalah cerita yang mereka gemarkan. Buku-buku yang menceritakan tentang anggota badan, suatu yang mereka tahu, atau tentang ahli keluarga mereka yang dikenali (seperti ibu, ayah, peliharaan, kawan-kawan) akan membantu mereka mengenal diri sendiri serta kehidupan mereka.

Oleh kerana otot kecil mereka, seperti tangan telah berkembang baik pada usia ini, kanak-kanak dapat menyelak atau membuka muka surat baru daripada buku. Benarkanlah mereka melakukan perkara ini kerana ia membuatkan mereka rasa yakin dalam mengawal sesuatu. Pada usia ini, mereka mampu melihat gambar-gambar dalam jangka masa yang panjang kemudian menceritakan apa yang mereka lihat. Pada ketika ini, mereka sedang “membaca” gambar. Buku yang terbaik pada usia ini adalah buku yang mempunyai gambar-gambar yang jelas dan menarik. Buku itu juga pastinya tidak terlalu banyak warna dan gambar dalam satu-satu muka surat kerana hal ini akan membantutkan imaginasinya.

Apabila meeka menjangkau kira-kira usia 2 tahun, mereka mula mengetahui perbezaan antara realiti dan bukan realiti. Pada ketika inilah, aktiviti seperti Puppet show atau haiwan bercakap sangat bagus untuk dijalankan. Usia 2 tahun, kanak-kanak sangat bersedia untuk belajar tentang warna dan bentuk, usia 3 tahun, mereka bersedia belajar tentang nombor dan huruf.

Artikel Berkaitan:

    Bercerita kepada anak
    Siapa Mendidik Anak Anda?
    Anak anda bosan?
    Keburukan Pendedahan Video atau Televisyen Kepada Anak
    Biarkan Anak Belajar!

5 responses to "Ceritakan Kepada Anak Anda"

  1. Hi! I like your srticle and I would like very much to read some more information on this issue. Will you post some more?

  2. ummu_abdullah ummu_abdullah says:

    Yups, wait for the next post!… =)

  3. as as says:

    tahniah kerana banyk ilmu yg dapat dkomgsikan.

  4. ummu_abdullah ummu_abdullah says:

    terima kasih kerana memberi semangat untuk saya meneruskan perjuangan…
    kadang-kadang mudah terasa jemu, tetapi dorongan dari orang lain yang datang menaikkan semangat kambali…

  5. rina rina says:

    salam….saya juga peminat artikel ummu abdullah….anak saya baru 28 bulan dan sekarang mula pandai membaca BM, BI dan al-quran juga….alhamdulillah bersama22 panduan dr artikel ummu abdullah byk ilmu yg saya dapat…sebelum ini saya mengajar anak berdasarkan pemerhatian saya terhadap kebolehan dan minat anak sahaja

Leave a reply

Copyright © 2009 Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak . All rights reserved.
designed by alfatihstudio.