Ada seekor anjing.
Nama anjing ni dodo.
Satu hari Dodo rasa lapar.
Sudah dua hari dodo tidak makan.
Dodo pun pegi jalan-jalan untuk cari makanan.
Tiba-tiba dodo terjumpa seketul tulang.
Dodo sangat suka makan tulang.
Dodo sangat gembira.
Dodo menari-nari kegembiraan.
Dodo pun bawa tulang tu balik ke rumah.
Waktu nak balik, Dodo lalu satu titi.
Dodo meniti dengan berhati-hati.
Tiba-tiba Dodo ternampak ada lagi seekor anjing yang membawa tulang.
Tulang anjing itu lebih besar dari tulang Dodo.
Dodo tamak, Dodo nak tulang anjing tu juga.
Dodo pun menyalak pada anjing itu.
Apabila Dodo menyalak, dia membuka mulut.
Tulang dalam mulut Dodo pun terjatuh.
Plum! bunyi tulang Dodo jatuh dalam air.
Air pun terpercik.
Baru Dodo tahu, anjing yang dia nampak adalah bayang-bayang dia.
Sebab Dodo tamak, Dodo tak dapat makan tulang langsung.
Kesian Dodo lapar.
Sebab tu kita tak boleh tamak, kalau tamak nanti langsung tak dapat apa-apa.
Artikel Berkaitan:





















terima kasih berkongsi cerita ini, boleh la saya ceritakan untuk adib nanti
saya ingat-ingat lupa isi cerita ini.
Terima kasih juga, rasa best sangat bile berkongsi sesuatu dan ade orang appreciate perkongsian kite…
gaya bahasa y mudah n pgajaran y jelas.
guna teknik ape tuk bcerita ?
hehe, saya mane la pandai teknik2… cerita aje wwaktu-waktu nak tido (walaupun akhirnya uminya yg ttdo dlu)…
kalau nak ikutkan, ada jugak la kelainan dalam pembawaan cerita2 yang berbeza. Pernah juga saya lukis… kemudian cerita…
Gunting kertas buat ikan dalam aquarium, kemudian cerita nabi nuh.
apa jenis teknik2 ni?
ih ih ! gunting2…, itu namanya teknik tampalan. waktu2 tdo tu , teknik intonasi suara..he …he..bru je bca ptyn ainul.