SHARE

cute-cat-photosAda seekor anak kucing yang sangat comel.

Nama dia comel.

Comel adalah anak kucing yang baik.

Dulu Comel malas mandi.

Tapi sekarang Comel dah rajin mandi.

Dulu Comel busuk.

Tapi sekarang Comel dah wangi.

Comel suka main dengan kawan-kawan di luar rumah.

Pada suatu hari, Comel nak keluar rumah untuk main dengan kawan-kawan.

Mak comel pesan, “jangan pergi jauh-jauh, nanti sesat”.

Comel cakap “ok”.

Comel pun keluar jalan-jalan.

Comel jumpa kambing.

Comel pun main dengan kambing.

Comel main lari-lari dengan kambing.

Seronok sangat.

Bila dah boring, comel cakap “terima kasih, lain kali kita main lagi”,

Comel pun jalan-jalan lagi.

——————————————————————

Comel jumpa itik pulak.

Comel pun main dengan itik.

Comel main berenang-berenang dengan itik.

Seronok sangat.

Bila dah boring, comel cakap “terima kasih, lain kali kita main lagi”,

Comel pun jalan-jalan lagi.

———————————————————–

Kali ni Comel jumpa belalang.

Comel pun main dengan belalang.

Comel main lompat-lompat dengan belalang.

Seronok sangat.

Bila dah boring, comel cakap “terima kasih, lain kali kita main lagi”,

Comel pun jalan-jalan lagi.

———————————————————-

Comel jumpa pulak dengan budak kecik nama Abdullah (letak nama anak anda).

Comel pun main dengan Abdullah.

Comel main ape ye dengan Abdullah? cube teka?

Betul! Comel main …….. dengan Abdullah.

Seronok sangat.

Bila dah boring, comel cakap “terima kasih, lain kali kita main lagi”,

Comel pun jalan-jalan lagi.

—————————————————–

(boleh tambah lagi dengan berjumpa ahli keluarga yg lain atau binatang lain)

—————————————————–

Tiba-tiba baru comel sedar,

Comel kat mane ni?

Comel dah sesat.

(Abdullah tanya : sesat tu ape ummi?… Ummi jawab: sesat tu kita tak tahu kita ada dekat mana, lepas tu tak tahu nak balik rumah macam mana…)

Comel jadi takut.

Comel nak balik rumah.

Tapi Comel tak ingat dah macam mana nak balik rumah.

Comel sedih sangat.

Comel nangis.

Comel tak tahu dah nak buat macam mana.

Hari dah nak malam.

Malam gelap sangat.

Nanti Comel dah tak nampak apa-apa.

Macam mana nak balik rumah?

Tiba-tiba Comel nampak Abdullah. (atau character sebelum ini)

Comel lari sambil menjerit “Abdullah!, tolong comel!”.

“Comel dah sesat, Comel nak balik rumah”.

Abdullah pun tolong bawak Comel balik rumah.

Comel gembira sebab dapar balik rumah.

Lain kali Comel tak nak dah pergi main jauh-jauh.

Comel nak main dekat-dekat rumah je.

Kalau nak pergi main jauh-jauh, Comel ajak mak die pergi sekali.

Bahaya kalau pergi main jauh-jauh, nanti sesat.

Kalau orang jahat tangkap macam mane?

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY