SHARE

resepi play doughSebenarnya dah lama anak-anak minta nak beli plastesin ni, tapi saya yang kurang gemar. Sebabnya adalah mereka suka main sungguh-sungguh sampai intergrate dengan mainan-mainan lain. Sudahnya mainan lain pula yang tak dapat berfungsi baik. Antara lainnya disebabkan anak kecil saya, Musa yg baru 1 tahun, masih gemar masukkan benda dalam mulut.

playdoughSemalam singgah rumah tok mereka, jadi mak saudara anak-anak ni lah yang mula ajak buat play dough sendiri.

Ini resepi buat plasticine atau play dough sendiri:

1 Cawan tepung gandum
1/2 Cawan garam2 Sudu kecil krim tartar (boleh beli di kedai runcit, ada di bahagian serbuk penaik)
3 Sudu besar minyak
1 Cawan air panas beserta pewarna

Cara-caranya mudah je,

Campurkan semua bahan-bahan di atas, kemudian uli dengan tangan macam buat donut.

Selamat mencuba!

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY