Biarkan Anak Belajar!

Bismillahwalhamdulillah…
Dalam topik lepas, Siapa Mendidik Anak Anda?, saya ada menyebut bahawa ramai para ibu bapa yang sanggup menghabiskan ratusan malah ribuan ringgit semata-mata untuk menaja pendidikan anak baik di rumah ataupun di sekolah. Ada juga yang membeli set-set pembelajaran yang berharga ratusan juga ribuan ringgit. Sedangkan para ibu bapa sesetengahnya terlupa bahawa terdapat satu sisi pendidikan yang hanya memakan sejumlah wang yang tidak sampai sepuluh ringgit pun yang membolehkan seorang anak berkembang secara optima malah dengan inisiatif dan kesungguhan anak itu sendiri. Sehingga ada di antara para ibu bapa yang memnghambat pertumbuhan dan perkembangan anak itu secara alami. Anda masih kurang jelas kan? Lebih baik saya memberi keadaan yang realiti. Sebagai contoh:
Seorang anak sedang bermain dengan tape pelekat. Kemudian ditariknya panjang-panjang dan dilekatkannya di merata-rata. Dengan sungguh-sungguh dan tekun sekali perlakuannya itu. Apabila ibunya tersedar, apa yang diperlakukan ibunya adalah ‘naik angin’ atau melenting dengan emosi sekali. Kerana apa yang anaknya lakukan itu adalah tidak wajar dan sepatutnya tidak boleh.
Apa yang berlaku sekiranya hal ini berlaku?
1. Anak tersebut tidak belajar tentang sebab dan akibat sesuatu perbuatan
2. Anak tersebut belajar menangani sesuatu secara emosi bukan akal yang waras
3. Anak tersebut merasakan bahawa ibunya tidak senang dengan ‘eksperimennya’ pada hari itu
4. Anak tersebut tidak dapat mengetahui secara tepat penggunaan pita pelekat
5. Anak tersebut mula terasa putus asa untuk belajar kembali
Dan banyak lagi…
Menjadi seorang ibu yang Berjaya, bukanlah mudah seperti teorinya. Perlukan kesabaran yang tinggi. Nasihat saya, berusahalah untuk mengawal emosi ketika bersama anak, terutama ketika anak masih berumur 2-4 tahun. Banyak perlakuannya yang ibu bapa rasa seperti tidak wajar untuk anak itu lakukan.
Sebenarnya, memang tidak wajar hal itu dilakukan oleh orang dewasa, namun wajar sekali bagi yang bergelar kanak-kanak. Cuba bandingkan harga tape itu dengan harga satu set pembelajaran. Anak-anak belajar dengan mengeksperimen dan mencuba segala-galanya. Usahanya jangan dihalang, dan kreativitinya jangan dipertikai. Sepatutnya apa yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa adalah menggalakkannya untuk belajar dan berusaha lagi, dan tunjukkanlah jalan yang sebenar menggunakan sesuatu alat. Barulah anak dapat belajar dengan optima.
Sekarang, jelas bukan??? Pendidikan tidak formal yang diusahakan sendiri oleh anak itu adalah pendidikan alami yang tidak perlukan belanja yang tinggi. Maka sekali lagi saya menyeru diri saya dan semua ibu bapa untuk mendidik anak secara optimis dan tidak menggunakan emosi berlebihan. Wallahua’lam.
Related Posts
- Tips Mendidik Anak
- Ceritakan Kepada Anak Anda
- Persekitaran Anak Kita
- Hadiah Paling Berkualiti
- Mendidik Anak Dengan Cinta
Categories: Aktiviti Anak, Kisah Keluarga
Tags: aktiviti, Anak, Ibu Bapa, Interaksi, Kanak-kanak, Kelebihan Anak, Kisah Keluarga, Parenting Skill, Pendidikan, Pendidikan Anak, Pengetahuan Am, Permainan, sikap anak, Tips Keluarga














Comments (17)
afzan
February 11th, 2009 at 9:27 am
menarik penulisan ni… betul.. saya agree.. that children learn through experience… mungkin kadang2, ibubapa bertindak secara x sengaja, dgn emosi berlebihan, apabila anak2 cuba untuk explore sesuatu yg baru bagi mereka.. bagi ibubapa, kerisauan yang berlebihan membuatkan mereka bertindak memarahi anak2.. bg setgh pula, menganggap anak2 nakal… which is wrong!
let them explore.. let them learn.. but this has to be with parental’s observation.. ini adalah yang terbaik…
yang tidak digalakkan adalah exploration anak2 tanpa pengawasan ibubapa.. seperti membiarkan anak2 bermain di luar, tanpa ibubapa mengawasi behaviour, di mana ada kemungkinan di pengaruhi oleh tindakan2 luar kawalan dan tidak ada kehadiran org dewasa di situ yg dapat menegur jika ada salah laku yang berlaku.
wallahualam..
ummu_abdullah
February 11th, 2009 at 2:01 pm
benar apa yang dikatakan saudara/i afzan, pengawasan tetap penting. Namun kebebasan tetap ada batasnya. Tetapi ia berbeza mengikut peringkat umur anak. Cuma, parents kena cuba untuk tidak menilai tingkah laku anak seperti menilai tingkah laku orang dewasa. maybe somestimes boleh…
wallahua’lam…
ummuwafi
February 18th, 2009 at 2:49 pm
memang betul..menjadi ibu perlukan kesabaran yg byk dan ilmu yg meluas…..
ummu_abdullah
February 22nd, 2009 at 12:05 am
betul tu ummiwafi, sabar yang paling utama, anak-anak memang menguji kita… =)
ibuaddinnasa
April 14th, 2009 at 11:02 pm
Yap…Parents is the the best teacher!
ummu_abdullah
April 15th, 2009 at 12:00 am
caiyok parents…!!!
norhaizan
September 1st, 2009 at 11:25 pm
memang kalau tidak tidak belajar dari kesilapan
NUR
October 1st, 2009 at 12:43 pm
banyak yg nur belajar dr penulisan ni. nur setuju sgt ngan ummu and semua pendapat diatas. ibubapa la yg akan mencorak anaknya sendiri, bukan pihak ke2 atau ke3.
ummuhasyir
October 2nd, 2009 at 8:52 am
Saya juga bersetuju. saya pernah belajar psikologi kanak-kanak…memang anak digalakkan meneroka tetapi perlu dalam kawalan kita. ibu bapa tak perlu bimbang sifat meneroka seperti menconteng, koyak itu dan ini hanya sekitar umur kurang 5 tahun.selepas itu kita bleh alihkan perhatian mereka kepada penerokaan yang tiada unsur merosakkan. pupuk sifat sayang harta benda dan JANGAN lakukan perkara yang sama di rumah orang. ajar malu dan adab sopan.
ummu_abdullah
October 3rd, 2009 at 9:31 am
kepada Nur, Kita sama-sama belajar dan mengajarkan.. =)
Kepada ummuhasyir, saya juga belajar Psikologi kanak-kanak…ehhe… memang seronok kan….Niway, thaks atas masukan dan perkongsian tu… cuma kne sabar la sket kan..eheheh
aqil fitri
October 28th, 2009 at 12:44 am
salam..anak sy umur 2 tahun,waktu yang paling sibuk dengn dunia penerokaan.setiap detik x pernah duk diam kecuali tidur.tapi kadang2 sy risau gak, sebabnya kalau kita selalu je bagi dia lampu hijau untuk ‘merosakkan’ barang2, kesudahannya t/laku si kecil ini akan terbawa2 hingga ke besar n jadi manja berlebih…sbnarnya sy kurang arif ngan dasar pendidikan awal kanak2 ni, sebabnya sy dulu dididik dengan pelbagai lampu isyarat merah.Boleh bagi pandangan x?
ummu_abdullah
October 28th, 2009 at 3:06 am
2 tahun, erm, memang umur mrosakkan barang. ehhe… rosakkan barang tu sebab tak tahu main/memberontak/inquiri tinggi… Semuanya berbeza dan kne kenalpasti. Anak-anak kecil juga kene selalu beri peringatan. selalu! lampu merah juga kadangkala kene bagi. Sedangkan salam islam ada benda yang dilarang, begitu juga mendidik anak. Bukan semuanya dia boleh buat. Itu perlu dijelaskan pada anak dengan cara hikmah. Bukan marah, tapi jelaskan dengan memberi lampu merah tu. =) Kalau dia rosakkan, bagi peringatan, kalau dia wat juga, sembunyikan mainan dier sebagai peringatan lagi. Ingat, bukan marah, tapi cakap dengan baik. OK?
emamumi
December 9th, 2009 at 4:29 pm
salam..thanks bkongsi nasihat dan pendapat. anak sye pn umo 2 tahun. mmg betul seminit pn xduduk diam. dari dapur sampai hall die sepahkan. sume benda nk dicubanya. kadang2 biar sbb bg chance dia explore. tp bila angin xbaik mulalah kn marah. apapun sye akui anak2 aktif menunjukkan dia sihat. sbg parents kn byk sabar, bg sokongan kpd anak n rajin2lah mgemas.
elit
December 16th, 2009 at 1:20 am
bersabar 4 – 5 tahun awal pkmbgan mghasilkn keseronokn pada ibu ayah. membina keperibadiaan tdklah smudah mbincangknnya.
anyway, ibu bapa wajib menimba ilmu btrusan.
ummu_abdullah
December 16th, 2009 at 7:02 pm
=) ye ye, ibu saja yang merasai keperitan… setelah kesusahan ada kesenangan
noor
January 16th, 2010 at 1:20 pm
assalamualaikum ummu abdullah..PERTAMA2NYA SAYA BERSYUKUR KPD ALLAH SWT kerna mempertemukan saya dgn blog ini..lebih2 lg segala info yg saudari post kat dlm ni…TERLALU AMAT LAh BESARRRRR NILAINYA..WALAUPUN SAYA AGAK TERLEWAT MENJUMPAINYA BLOG INI KERANA ANAK SAYA TELAH BERUSIA 6 THN (THN NI) NAMUN JUTAAN T.KASIH kepada saudari,,
akan saya jdkan panduan saya dlam mendidik anak saya seterusnya dan semoga Allah melimpahi RAHMATnya kepada saudari sekeluarga dan seluruh team anakkusayang khasnya mereka2 yg bertanggunjawab menyediakan blog anakku sayang ini…Telah saya fwrdkan kepada rakan2..semuanya berasa syukur yg teramat sgt..maklum la kdg2 tersalah keyword search pun tak jumpa blog ni..
sekali lagi. T.Kasih Bayk2…
noor
PJ
ummu_abdullah
January 17th, 2010 at 12:11 am
Terima kasih atas doanya. Saya turut gembira dengan perkongsian ini. Walau banyak rintangan, namun manfaat yang orang lain dapat insyaAllah menenangkan jiwa saya juga.. =)
Datang lagi ya akak… =)
Leave a reply