Inginkan Motivasi Diri Untuk Berjaya? Klik Disini!
Powered by MaxBlogPress 
Your are here: Home // Aktiviti Anak // Aktiviti bersama anak : Pancing

Aktiviti bersama anak : Pancing

Abdullah memegang ikan yang digunting dari kadboard

Abdullah memegang "sotong" yang digunting dari kadboard

Assalamualaikum wbt…

Pernah tengok kan toys yang ada ikan terbuka mulutnya dan ada fishingrod untuk pancing ikan tu… Magnetic fishing…

Baru-baru ni saya ada buat satu aktiviti dengan anak saya…

Bahan-bahan:

1. Kertas berwarna (kertas manilakad pon ok) (multiple color)
2. Ranting kayu (yang halus untuk fishing rod)
3. Benang
4. Klip Kertas

Cara-cara:

1. Gunakan Manilakad (Seeloknya berwarna biru) untuk buat kolam. Buat kolam yang berbentuk bulat. (Dapat gambaran x)

2. Gunakan benang untuk diikat pada ranting sebagai fishing rod.

3. Lukis pada kertas berwarna (multiple color) untuk buat binatang-binatang dalam laut (ikan, sotong dsb)

4. Gunakan klip kertas sebagai mata kail kepada fishing rod. Gunakan klip kertas juga untuk dipancing pada ikan… Bentukkan sikit klip kertas tu, kemudian cucuk la pada mulut ikan atau ekor atau mana2 part la supaya boleh dipancing…

Abdullah sedang memancing ikan

Abdullah sedang memancing ikan

Niway, My son really enjoyed n excited wif this “toys”…

*Maaf kalau x nampak cara2 membuatnya… Boleh tanya….

Permainan yang macam ni sebenarnya bagus untuk pendidikan awal kanak-kanak. Ia memberikan gambaran bagaimana cara untuk membuat sesuatu dari bahan-bahan terbuang.

Membina kreativiti anak, saraf motor, emosi, dan yang paling penting hubungan dengan anak. Satu kenangan yang indah bila nanti kita tengok balik gambar-gambar lama.

Artikel Berkaitan:

    Aktiviti bersama anak : Main pondok-pondok
    Aktiviti bersama anak : lelong lukisan
    Aktiviti bersama anak : Mewarna Online
    Aktiviti Anak : Main api?
    Aktiviti Anak Bagi Ibu Bekerjaya

1 response to "Aktiviti bersama anak : Pancing"

  1. hindon hindon says:

    Sya pernah buat camni utk aktiviti pengukuhan Iqra, minat betul anak saya. Bhn sama cuma saya punch kad n bentukkan dawai sbg cangkuk n kail.

Leave a reply

Copyright © 2009 Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak . All rights reserved.
designed by alfatihstudio.