Inginkan Harta Yang Diberkati?... Klik Disini!
Powered by MaxBlogPress 
Your are here: Home // Aktiviti Anak, Kisah Keluarga // Aktiviti Anak : Main api?

Aktiviti Anak : Main api?

Beberapa hari lepas, saya ada buat projek dengan Abdullah. Nak kata projek besar tu tak la sebab cuma terfikir nak bereksperimen bila Abdullah jumpa mancis dan nak main mancis. Jadi, tukarlah dengan projek. Hehe…

pendidikan-anak---main-api-2

Bahan-bahan yang ada depan mata saja yang digunakan.

  1. Mancis
  2. Kertas
  3. Bekas/mangkuk

Lastly soalan yang ditanya adalah,

“Kenapa api tu terpadam umi?,”

“Sebab takde udara”

“Kenapa takde udara?”

“Sebab kita tutup mangkuk ni, udara tak dapat masuk”

“Kenapa udara tak dapat masuk?”

“Sebab takde ruang, magkuk lagi satu ni ada ruang, sebab tu udara dapat masuk.”

“Pandainya umi”
pendidikan-anak---main-api

Dah, lepastu kitorang masuk dalam rumah, terus ja Abdullah capai satu buku. Buku Sains UPSR paksu dia. Seronok betul buku tu. Memang jadi buku ulangkaji Abdullah.

Sebenarnya, jawapan yang saya bagi itu adalah jawapan yang salah, agak-agak apa sebenarnya jawapan yang sebenarnya?

Artikel Berkaitan:

    Aktiviti bersama anak : Main pondok-pondok
    Aktiviti bersama anak : Mewarna Online
    Aktiviti bersama anak : Pancing
    Aktiviti Anak Bagi Ibu Bekerjaya
    Aktiviti Mengawal Emosi Anak

6 responses to "Aktiviti Anak : Main api?"

  1. kakyong kakyong says:

    bagus nya Abdulllah.. belajar guna buku upsr….
    abdullah belum 3 tahun tapi dia boleh bercakap dgn baik.. anis masih dok bercakap bhs german.. fikri dulu cepat juga dia ckp & byk tanya.. anis ni yg jenis dok cakap sepatah dua jer.. pastu dia masih teruskan gaya bercakap tanpa buka mulut..

  2. ummu_abdullah ummu_abdullah says:

    Waa… sebenarnya tak sabar nak tunggu muhammad besar sikit, boleh main dengan Abdullah… sekarang ni pun dah sakan bermain dengan adik dier… huhu… macam mane la nanti Muhammad ek? sebab tak penah ade pengalaman banyak anak… huhu…

  3. miz miz says:

    masih menunggu ,ape jwpn sepatutnye, ainul ?

  4. ummu_abdullah ummu_abdullah says:

    Huhu… bukannya salah apa pun… Sebenarnye die nak tahu macam mane kulit harimau dijadikan, macam mana nak buat kulit harimau…

    Kalau perhati betul-betul, abdullah cuba tukar soalan itu kepada bentuk yang lain supaya ummi faham die bukan nak tahu kulit harimau boleh buat apa tetapi kulit harimau dibuat dari apa…

    Sebab tu dia macam susah nak cakap sebab tgh fikir macam mana nak bagi ummi dia faham maksud sebenar soalan yang dia ajukan…

    Tapi malangnya ummi tak faham-faham… huhu… sehinggalah tengok kembali rakaman ni… sorry Abdullah…

  5. aqil fitri aqil fitri says:

    salam, masa ni umur abdullah berapa tahun berpa bulan? nampak macam sinaps2 nya dah pelbagai hala….

  6. ummu_abdullah ummu_abdullah says:

    hehe, 3 thun beberapa hari…

Leave a reply

Copyright © 2009 Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak . All rights reserved.
designed by alfatihstudio.