Hampir bersarang pula blog ini. Ok, sekarang saya dah merasai bagaimana menjadi ibu bekerjaya. Hakikatnya, saya masih tidak boleh meninggalkan kerja-kerja online. hehe…
Baiklah, berkenaan pendidikan anak bagi ibu bekerjaya, saya sudah jelaskannya dalam artikel ini
http://anakkusayang.com/blog/pendidikananak/ibu-berkerjaya-mendidik-anak
Sekarang, saya cuba kongsikan sedikit sebanyak aktiviti saya dengan anak-anak ketika balik dari sekolah.
1. Sains
Antara aktiviti yang kami jalankan adalah menanam pokok tauge.
Tumbuhan yang paling mudah tumbuh. Mula-mula ingatnya tok wan Abdullah akan menegur sebab buat eksperimen macam ni dalam rumah. Tapi, bila Abdullah bawa tumbuhan yang dah tumbuh panjang pada tok wannya, Abdullah suruh umi tanam lagi banyak. Sebab tok wan cakap
“Kenapa tanam sikit sangat, kalau tanam banyak-banyak boleh makan”
2. Seni
Seni, sebut saja seni, banyak aktiviti yang merangkuminya. Yaang paling kerap dilakukan adalah melukis. Sampai bila ajak main di luar rumah pada waktu petang juga, Abdullah masih cari kayu dan pasir untuk melukis.
Saya ubah sedikit, selepas lukis, potong kertas tersebut dan lekatkan pada kertas lain. Hurm, ia sangat menarik baginya. Sampai hampir setiap kali melukis, mesti minta gunting. Dalam aktiviti macam ini, kawalan dan pengawasan dari orang persekitaran sangat penting.
3. Bahasa
Selain mengajar anak menggunakan set Bacalah Anakku, Abdullah juga diberi pendedahan dengan majalah kanak-kanak.
Umilah yang bersamanya untuk menghabiskan satu majalah ni. Bagi Abdullah, satu malam dah cukup untuk menghabiskan semua aktiviti dan cerita dalam majalah ni. Memang sangat letih, tapi tahan saja, sebab esoknya dah nak pergi kerja.
3. Quran
Bahagian paling mencabar adalah mengajar Al-Quran. Seperti biasa, saya menggunakan set Al-Furqan. Buku 1 akan habis tak lama lagi. Dan di celah-celah aktiviti bermainnya, saya mula memasang Al-quran di laptop supaya dirinya biasa mendengarnya.
Oh ya, untuk mencari bacaan-bacaan ayat suci Al-Quran, boleh layari: IslamWay.Com
Itu sahaja perkongsian saya kali ini. Jika ada lagi masa terluang saya akan terus menulis untuk berkongsi dengan semua. Seperti dalam artikel lepas, masa yang berkualiti itu sangat penting.
Sekian…
Artikel Berkaitan:






















